Monday, July 8, 2019

Salah Ke Kalau Tak Pernah Jumpa?


Image result for transparent thinking animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Hai hai hai! Macam mana hari ni? Okay tak? Monday blues tak? Hehe. Nad tak la rasa monday blues tu. Well, tanam anggur kan. So, entry kali ni nad rasa macam kena tulis juga. Sebab dah lama pendam. Entah la. Kalau tak luahkan nanti apa entah yang terjadi.

Image result for online chatting animated gif

Macam mana nak citer ye? Hmm sat eh. Tengah pikiaq sat. Macam ni haaa. Seperti tajuk entry yang kat atas tu, korang pernah tak berkenalan dengan someone tu tapi tak pernah pun berjumpa? Tak kisah la kenal dari mana. Dari media sosial ke apa ke. Just pernah have conversation kat media sosial je. Follow juga account media sosial yang lain. 

Related image

Kalau dah kenal tu kan, salah ke kalau tak pernah berjumpa? Bukannya tak ada effort nak jumpa, tapi masing-masing dah besar kan. Ada komitmen masing-masing. Macam kes nad ni haa. Nad kenal someone tu almost 2 tahun. Tapi tak pernah berjumpa. Serious macam gila kan. Tapi nak buat macam mana lagi kan. So, ada la juga member yang duk tanya "bila dia nak datang jumpa kau?". Mula-mula tu, rasa macam "I'm okay. Lek la". Tapi kalau dah berulang-kali tu kan, tipu la kalau tak rasa sedih. Sedih la juga hmm. Maybe diorang tanya sebab care or risau. Nad kan pernah broken teruk dulu sampai berapa kali move on. 

Related image

Ye la kan. Orang lain boleh pi hang out sama-sama dengan partner diorang. Tapi nad hanya mampu chat je la. Call pun jarang sekali. Bukannya tak nak call selalu. Tapi dia tu busy kerja. Kerja pula tak menentu. Nak spend time chat dengan nad pun terkejar-kejar. Masa awal awal dulu ye la kan. Nad tak kisah pun. Dah lama lama macam ni, terasa la sikit. Rasa down dan stress pun ada hahaha.

Related image

Nasib baik sekejap je terasa tu haa. Tak lama lepas tu, okay je. Sebab at least nad rasa bersyukur sebab dia sabar je layan mood yang tak tentu hala ni hehe. So, bagi pendapat korang la kan. Salah ke kalau kita kenal dengan orang tu tapi tak pernah berjumpa? Share la eh pendapat korang ye :)

6 comments:

  1. Ada je kawan dekat socmed dah cecah 10 tahun tapi tak pernah ada rezeki nak jumpa.

    ReplyDelete
  2. Tak salah pun. Yang paling penting, orang tu ikhlas nak kenal dengan kita dan kita selesa dengan dia.

    ReplyDelete
  3. tak salah pun nad, cumanya ramai yang tanya tu sbb dorg concern. sbb selalunya kalau dah syg ke apa semua, ad effort nak jumpa and dorg xnk nad kecewa. apa pun, hanya nad yg tahu dia macam mana kan.

    ReplyDelete
  4. Kalau boleh g jumpe...
    Done follow ur blog n kindly to follow my blog.tq.https://banban8.blogspot.com/?m=0

    ReplyDelete
  5. kadang kadang kan.. kita okay je dengan semua tu, tapi bila orang dah start mempersoalkan, kita mula rasa tak okay. masa ni kenalah tanya balik diri sendiri. do you really trust him that much, or do you trust your friends more? pilih salah satu, dan pedulikanlah yang satu lagi.

    ReplyDelete
  6. of course tak salah! anis pun ada ramai kawan yg dekat ig, twitter tapi tak pernah jumpa lagi in real life, ada rasa nak meet up tapi tak tahu bila masa yg sesuai nya

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg