Thursday, December 31, 2015

2015 Best Nine !


Assalamualaikum w.b.t.

Holla gais ? Sihat tak ? Kalau tak sihat tu, cepat cepat la makan ubat tu. Karang melarat pula. Hihi. Pejam celik pejam celik, hari ni merupakan hari terakhir untuk 2015. Pantasnya masa berlalu. Rasa macam semalam je baru masuk tadika. Eleh perasan la nad ni. Haha. Indeed, 2015 ni banyak dukanya dari manis buat diri nad. Tapi segala duka tu la yang membuatkan nad kuat sampai sekarang ni. Haihh tak sukanya bila umur nak mencecah umur yang layak untuk mengundi. Terasa tua la pula tetiba.

Yang bestnya hari ni, nad dapat half day kot. Baiknya company ni bagi balik awal. Boleh merayap cuci mata ni. Haha. Lately ni, buka instagram je berlambak post pasal 2015 best nine. Apa bendanya 2015 best nine tu? Macam ni haa. 2015 best nine tu 1 apps yang memaparkan 9 gambar terbaik kita dalam instagram tu. Siap ada jumlah post dan likes sepanjang 2015 lagi tu. Nad dah try dah. Dan inilah resultnya. Jeng jeng jeng...


Tak gempak mana pun. Nad bukannya insta famous pun. Hihi. Korang nak try juga ke? Meh nad ajarkan.

  1. First of all, pergi ke laman web SINI
  2. Tulis id instagram korang. Then, tekan button GET tu
  3. Tunggu la sampai result keluar dalam gambar macam kat atas ni. Kalau gambar dah keluar, korang boleh share kat instagram or twitter ataupun download je gambar tu
Haa... senang je kan. Apa lagi? Try je la. Sebagai kenangan untuk 2015 ni.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg