Friday, February 26, 2016

Driving License?



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Rindu nad tak? Ecehh mesti la tak rindu kan. Nad ni siapa je. Tak famous amos pun. Hihi. Alang-alang tengah tak ada kerja ni, better tulis entry kan. Mana la tahu lari pula idea yang datang bersarang ni (suka hati je nak lari). Lol. Hahaha.

Lately ni kan ada je orang tanya kat nad "Lepas ni boleh la ambil lesen", "Bila nak ambil lesen?", "Kalau boleh drive kan senang". Huh. Letih la juga nak menjawab. Bukannya tak nak tapi entah la. Tak ready lagi. Masih rasa yang lesen tu tak penting sangat pun. Mesti jenuh mama nasihat dan bebel kat anak dia ni suruh ambil lesen, tapi anak dia ni degil sangat. Dah la pemalas. Buat lek buat cool je pula tu. Hihi. Sorry la, mama. Ampun beribu ampun.

Actually, nad pernah je ambil kursus memandu dulu. Tapi sekerat jalan je. End upnya tak sempat ambil test JPJ pun (padahal niat tu memang tak nak ambil test JPJ). Hahaha. Ye la, lepas tu terus further study. Mana ada masa nak sambung lagi kan (acah acah jadi student yang busy). Huhu. Dan disebabkan ada kes yang terjadi, memang lepas tu terasa malas nak sambung balik. Biar je survive dengan public transport. Masa belajar kat Perlis dulu pun, boleh je survive padahal kat ceruk sana tak ada public transport pun (sekarang ni baru ada bas awam tu). Just ada teksi dengan bas uni je.

The reason why nad malas sangat nak ambil lesen ni

  • Harga nak belajar memandu kat driving school semakin mahal. Takut nanti kalau nad failed, tak ke membazir je duit tu
  • Kalau dah pass memandu, kena fikir nak beli kereta apa eventhough second hand je. Lagi la nak pakai duit
  • Kalau dah reti memandu, nanti nad tak lekat kat rumah. Ye la dia ni kan kaki jalan. Hahaha.
  • Nak bagi chance kat adik lelaki nad ambil lesen. And then boleh la dia jadi driver nad je (ewah ewah kau ni)
  • Kalau dah ada lesen, alamatnya diri ni menggatal la nak langgar peraturan sana sini. Memang berderet la surat saman akan sampai kat rumah
  • Lebih selesa dan rasa boleh survive menggunakan public transport (bas, ktm, lrt)
Btw, abah tak bagi anak perempuan dia ambil lesen motor. Nak bawa motor pun tak boleh. Dia kata bahaya la tak manis la. Adui apa la nasib. Dan nad pun rasa tercabar sikit. Kira macam nak rebelling gitu. So, kalau nak pergi mana-mana sendirian naik public je. Mula-mula tu abah dengan mama pernah melarang. And then bila diorang tahu nad buat juga senyap senyap, diorang tak kisah dah. Terserlah kedegilan tu. Lek la. You have a tough princess la. Nyeh nyeh nyeh :P

I'm a tough girl. Lol

2 comments:

  1. sya ni harap je lesen ade, kreta nye xdek...berkarat je la lesen tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ok la tu. Asalkan skill driving tu berkarat sudah la

      Delete

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg