Wednesday, November 12, 2014

Khat Kufi


Gambar dari SINI

Assalamulaikum w.b.t.

Sekarang ni, dah famous khat kufi ni. Khat kufi ni adalah salah satu jenis khat yang terdapat di dunia ni. Contoh khat yang lain seperti khat nasakh, raqa'ah, sulus dan macam-macam lagi. Apa yang specialnya dengan khat kufi ni ialah reka bentuknya yang lain daripada yang lain. Ianya adalah tulisan jawi yang berbentuk kotak kotak atau pixel. Kiranya macam lebih kurang dengan permainan maze. Reka bentuknya nampak lebih moden dan cantik sebab ianya sangat unik. Kalau khat yang lain just macam tulisan biasa je. Tapi khat kufi ni macam dalam bentuk grafik sikit.

Reka bentuknya ada juga berwarna-warni. Boleh attract orang untuk membacanya. Kalau nak membacanya memang agak pening sikit. Sebab dalam bentuk kotak kotak kan. Dalam bentuk geometri gitu. Agak rare sikit. Nad tak berapa pandai sangat pasal khat ni. Khat nasakh yang basic tu pun tak berapa nak pass lagi. Nasib baik la naik sekolah menengah tak tekankan sangat pasal khat ni. Kalau tak masak la. Nad jealous la juga kepada someone yang ada bakat dalam bidang penulisan khat. Bukan calang-calang orang boleh menulis khat. Kena ada kreativiti dan ketelitian yang tinggi.




Beginilah rupanya huruf-huruf apabila convert kepada khat kufi

 Hukum-hukum menulis dan melukis khat kufi boleh baca kat SINI


Allah Muhammad


Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg