Thursday, November 13, 2014

Cabaran November #2 [#2] - Gambar Insan yang Disayangi






Assalamualaikum w.b.t.

Kalau ditanya siapakan insan yang disayangi oleh nad, pasti nad akan jawab parents nad. Ye la. Siapa la yang tak sayang parents sendiri kan. Tanpa mereka, kita takkan wujud kat muka bumi ni. Mereka lah yang bersusah payah mendidik, menjaga dan memenuhi keperluan kita dari kecil lagi. Kalau bercerita pasal parents ni boleh buat nad mengalirkan air mata. Hati yang selama ni kuat macam besi pasti akan rasa tersentuh apabila bercerita tentang parents sendiri. Kalau diingatkan balik cerita mama nad betapa susahnya dia nak melahirkan nad dulu sebab menghadapi beberapa masalah, cukup membuatkan nad rasa sedih dan terharu. Tak sangka yang mama tempuh semua tu semata-mata nak melahirkan seorang umat ke dunia. Itulah jasa seorang ibu yang tak ternilai harganya. Abah pula tak pernah tunjukkan kesusahan dan penat lelah dia untuk menyara hidup kami kat depan mata kami. Abah memang seorang yang cukup tabah dan kuat pada pandangan mata nad. Ok. Dah lah. Karang tak memasal ada mutiara jernih yang jatuh free free. Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira :')


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg