Thursday, November 13, 2014

Resepi Kek Batik Berkacang




Assalamualaikum w.b.t.

Baru baru ni nad belajar buat kek batik sendiri. Alhamdulillah. Menjadi. Terasa bermakna sikit cuti ni sebab hari tu ada buat Oreo Cheese Cake tapi tak berapa nak menjadi sangat. Huhu. Cuti ni excited nak belajar buat bakeri je. Yang masak biasa biasa tak ada mood nak belajar. Cuti lain kali je la belajar masak lauk (memasak bukan kegemaran nad. makan je yang tahu). Hahaha.

Ekceli resepi kek batik ni asalnya daripada cikgu adik nad. Memandangkan student darjah 6 dah habis exam, so diorang buat la aktiviti memasak ni kat sekolah. Tak la bosan sangat pergi sekolah. Resepinya simple dan mudah je. Tak pakai banyak barang sangat. Nad kan pemalas nak geledah cari bahan-bahan. Akan pastikan cari resepi yang paling sikit barangnya. Leceh la. Haha.

Bahan-bahan

1 bungkus biskut marie

Serbuk koko (mengikut kesesuaian)

Serbuk milo (mengikut kesesuaian. hari tu guna 5 stick serbuk milo)

Susu pekat (tak ingat berapa sudu. agak agak je la)

Kacang yang dikisar (optional. nak letak banyak atau sikit, terpulang kepada diri sendiri)


Cara-cara


  1. Mula-mula sekali patah patahkan biskut marie menjadi kecil kecil (jangan hancur sangat). Dah patahkan tu, letak dulu dalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan serbuk koko dan serbuk milo dalam mangkuk tersebut. (letak sikit dulu. kalau tak cukup, boleh tambah lagi)
  3. Masukkan kacang yang dikisar ke dalam mangkuk tersebut.
  4. Masukkan pula beberapa sudu besar susu pekat (nad letak 2 sudu besar dulu). Then, gaul sebati kesemua bahan yang ada dalam mangkuk tersebut sehingga serbuk koko dan milo tu bukan dalam keadaan serbuk lagi. Means serbuk tu dah larut menjadi coklat bersama bahan-bahan yang lain.
  5. Letakkan dan padat-padatkan adunan bahan-bahan tadi ke dalam loyang. Kalau nak tebal, buat 2 layer. Kalau suka kek tu nipis nipis je, 1 layer dah memadai (nad buat 2 layer hari tu).
  6. Simpan dalam kek tersebut di dalam peti ais beberapa jam. Kalau nak makan, baru keluarkan daripada peti ais dan potong kek tersebut (nak terus makan pun tak apa. tak payah simpan dalam peti ais). 


Selepas padat-padatkan dalam loyang

Extra tips

  1. Kalau nak buat krim or topping simple kat atas kek tu, gaul sebati 1/3 butter dan gula ising dan sapukannya di atas kek.
  2. Kalau suka rasa coklat, boleh letak serbuk koko dan milo tu lebih sikit. Tapi pastikan masukkan susu pekat juga lebih sikit supaya serbuk tu cair dan larut bersama bahan yang lain.
  3. Kek tersebut boleh dihias dengan bahan-bahan yang lain seperti dengan cip coklat, manik manik perhiasan kek, M&M dan sebagainya mengikut kreativiti anda.


Selamat mencuba ;)



Inilah rupanya kek yang nad buat hari tu. Alhamdulillah. Safely landed in our tummy. Haha.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg