Tuesday, November 11, 2014

Cabaran November #11 - 11 Sikap Yang Dibenci



Klik banner untuk join

.
Assalamualaikum w.b.t.

1. Berlagak

Paling pantang dengan manusia jenis macam ni. Kekwat je lebih. Tahu la anak orang kaya. Tak payah la heboh beritahu 1 dunia. Helloo. Yang kaya tu cuma mak ayah awak tu je. Awak tu just menumpang harta mereka je. Awak tak ada apa la sangat. Hang ingat hang tu baguih sangat ka ? Tu semua boleh jadi riak tahu tak ? Kita ni kalau ada apa-apa kelebihan macam kaya atau cantik, janganlah berlagak sangat. Boleh buat orang lain meluat muntah darah hijau tahu tak. Sebaliknya ucaplah Alhamdulillah sebab semuanya pinjaman dari Allah semata-mata.



2. Tak menghormati privacy orang lain

Ini yang paling tak suka sekali. Tak reti reti nak hormat privacy orang lain. Dah tahu orang tu nak tidur, kau boleh pula berkumpul ramai ramai, borak borak macam mak cik mak cik. Rimas tau dak ? Memekak la. Boleh spoil mood nak tidur. Dah la tengah penat or sakit. Korang mengganggu pula.  Rasa nak mengamuk macam Incredible Hulk je. Bila time orang lain, boleh pula kau senyap macam tikus tercekik cheese.

3. Suka mengarah

Well said, kau dilahirkan dengan cukup anggota badan kan ? Alhamdulillah. Dah tu awat duk sibuk mengarah orang buat itu buat ini untuk kau. Acah- acah CEO syarikat je. Hang lemah macam sayur lembik ka ? Kalau patut ditolong tu, memang la tak kisah sangat nak menolong. Bukannya berkira. Cuma belajar la independent sikit. Agaknya kalau dah kahwin nanti, habis dibulinya pasangan kau tu. Kesian dia.



4. Kedekut

Ishh... ini la sikap yang membolehkan orang menjauhkan diri dari kita. Kau nak kedekut, ada faedahnya ke ? Sedarlah bahawa semua yang kita ada bukannya milik kita kekal abadi sampai ke hujung nyawa pun. Bila-bila masa je Allah boleh tarik semua tu dalam sekelip mata. Jangan sampai bila dah tiada semua tu, baru la nak menyesal bagai. Masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Kalau orang memerlukan bantuan kita, jangan rasa kedekut untuk menolongnya. Especially bab ilmu. Tak baik tau kedekut ilmu. Ilmu tu lebih afdal dikongsi bersama. Kau pun dapat pahala sebab dah menyebarkan ilmu yang kau ada. Ilmu tu pun datang dari Allah juga kan.



5. Suka mencari kesalahan orang lain

Haa... yang ni maybe majoriti ada sikap ni termasuk diri nad sendiri. Sikap yang macam ni sepatutnya kita elakkan sebaik mungkin. Shuhh... Diri kita ni bukannya maksum macam nabi. Tak sempurna mana pun. Masih ada cacat cela dan khilaf juga. So, tak perlu la sengaja cari pasal nak cari kesalahan orang lain. Asyik tuding jari kat orang lain. Tahu tak, kita tuding jari kat orang tapi sebenarnya ramai yang tuding jari pula kat kita. Tak perlu la nak tegur orang tu 24/7. Sekali sekala tu boleh la. Lama-lama orang tu boleh naik rimas tau tak. Boleh jadi dia rasa keras hati nak terima teguran tu. Yang kau tegur dia tu, memang la kau berniat baik. Cuma nak tanya sikit, kau tak pernah buat salah ke ? Dah perfect sangat ? Nak tegur tu boleh, tapi berpada-pada la. Dengan cara yang berhikmah sikit. Tak la rasa terbakar mendengar teguran tu.



6. Membahan tak tentu masa

Yang ni depends in situation la. Memang la kadangkala tu kita perlu berhibur. Bergurau senda membahan bersama. Tapi not all time, ok. Part paling annoying sekali, sengaja buat announcement kuat kuat beritahu apa benda yang kita buat. Tahu la benda tu lawak bagi kau. Tak payah la heboh 1 dunia. Memalukan orang tu tahu tak. Boleh buat orang tu kecil hati. Memang la niat kau cuma nak bergurau je. Tapi cara kau tu macam kau sengaja je nak malukan dia depan orang ramai. Ingat bagus dan molek sangat la perangai tu ? Boleh buat orang yang kena bahan tu rasa menyampah tau. Boleh lost respect. Ishh... nasib baik tak naik penampar kat muka kau tu. Kalau tak, memang berlaku perang besar la kan. Bagi nad, ada masanya nak bergurau. Depends on situation dan mood nad la. Kalau mood nad ok, just go on with your jokes.

7. Mungkir janji

Nad memang tak suka sangat dengan orang yang mungkir janji ni. Masa berjanji semuanya manis. Semut pun boleh pengsan dan buat u-turn dengan janji manis kau tu. Ecehh... masa berjanji kalau boleh selagi tak dapat tu, selagi tu kau dengan ayat kau yang manis tu. Kalau tak boleh tepati, jangan memandai mandai nak berjanji. Tahu tak, janji tu kiranya macam amanah juga. Kalau kau asyik mungkir janji, macam mana la orang nak percayakan kau lagi. Silap hari bulan, kau boleh dumped by society.



8. Pentingkan diri

Ini memang tak boleh tahan sangat. Semuanya nak fikir pasal diri dia je. Pasal diri orang lain, dia buat derk je. Abaikan dan lantak macam tu je. Tak boleh la macam tu. Dalam life ni, kena la memberi dan menerima. Kena seimbangkan kedua-dua tu. Tak boleh memberi atau menerima sangat. Memberi sangat tu memang baik tapi boleh membuka ruang orang lain untuk take advantage ke atas kita. Karang susah pula. Bila susah kau cari dia sampai ke lubang cacing. Bila senang kau buat tak endah je kat dia. Seolah-olah dia tu macam last choice untuk kau. Means kau dah layan dia macam sampah tahu tak. Bila nak kau kutip. Bila tak nak kau buang macam tu je. Orang macam ni boleh jadi pemusnah kepada kebahagiaan orang lain. Sebab asyik fikir dan utamakan diri sendiri je. Tak fikir orang lain sangat.



9. Mengada-ngada

Haa... orang yang jenis macam ni nad rasa boleh bagi pelempang je. Menggedik je lebih. Meluat tahu tak. Rimas kot. Benda simple pun nak minta tolong orang lain. Buat la sendiri. Masih sihat walafiat dan ada kudrat lagi. Kalau asyik nak minta tolong kat orang, bila masanya nak belajar berdikari. Tak semestinya orang yang kau minta tolong tu akan boleh tolong kau buat selamanya. Dia pun ada kerja yang nak dibuat dan life sendiri. Takkan nak tolong kau je sepanjang masa. Better upah assistant peribadi. Boleh tolong kau setiap masa kan. Belajar berdikari dan survive seorang diri. Life ni tak selamanya bahagia. Ada hujan dan ributnya. Kalau waktu time susah nanti, tak ada la kau rasa useless sangat sebab kau dah boleh survive sendiri. Tak payah bergantung harap kat orang lain sangat.



10. Mengongkong

Kalau parent tu, tak apa la nak mengongkong anak-anaknya. Tu untuk kebaikan anak diorang juga. Kalau berkawan tu tak payah la sampai nak mengongkong mengalahkan parent dia pula. Tu tak boleh, ini tak boleh. Tak boleh berkawan dia la tu dia ni la. Ehh.. who are you hah ? Sesuka hati je nak larang orang berkawan. Suka hati la kita nak berkawan dengan sesiapa pun. Tak ada siapa yang boleh melarang kita kawan dengan sesiapa pun sepatutnya. Ini tidak. Mengongkong mengalahkan mak kita je. Tak boleh pergi tempat tu la. Haihh... rimas la sikit. Macam kita ni budak tadika je. Segala gerak-geri kita dia nak tahu. Macam banduan pun ada.



11. Kuat merajuk

Yang ni kalau terjadi kat nad, nad akan buat bodoh je. Maybe orang akan cakap "Pujuk la dia. Tak baik la kau ni". Heyy.. do I care ? Rimas la dengan orang yang macam ni. Asyik asyik merajuk. Asyik asyik nak touching. Ditambah pula dengan kelemahan nad iaitu tak pandai memujuk orang. Yeah, that's my fault. Kalau nad, nad biarkan je orang yang kuat merajuk ni. Biar dia pujuk diri sendiri. Kalau nad boleh pujuk diri sendiri, takkan la dia tak boleh buat macam tu. Kecuali kalau benda tu memang salah besar la sampai nad rasa bersalah sangat. Then, masa tu nad akan pujuk orang tu. Tapi selalunya tak menjadi sangat la pujukan tu. Hihi.



*Maaf sebab entry ni agak kasar sikit bahasanya. Mood dan emosi tak berapa nak stabil ni. Alhamdulillah. Siap juga kesemua cabaran November ni. Penat la juga nak cari idea sampai otak ni naik tepu jadinya. Kalau terasa dengan entry ni, minta maaf banyak banyak.  Nad insan biasa juga macam korang semua.*

Entry yang berkaitan :










No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg