Saturday, October 18, 2014

Paling Pantang Bila...


Assalamualaikum w.b.t

Holla!!! Munculkan diri juga eventhough final tak habis lagi. Sila sebut 'booo'. Hahaha. Entah kenapa la jari nie menggedik nak menaip. Macam tak menyempat je. Hehe.

Semua orang mesti ada sesuatu yang tak disukai kan?? Alaa... macam allergic la juga. Kalau ada orang buat juga, tahan je la marah yang nak meletup-letup ni. Eee... bencinya. Rasa macam nak naik je tangan je. Rasa macam nak angkat senjata isytiharkan perang besar. Same goes to me. Tapi tak la serious sangat. Sometimes boleh consider la juga bila soemone buat macam tu. But bila dah selalu sangat or mood swing semacam, kadang-kadang tu boleh berapi juga la diri ni. Tak pasal pasal terlepas macam-macam. Astaghfirullah. Mohon jangan dicontohi, ye.

First of all, nad paling tak suka orang kacau nad masa nad tengah tidur. Especially bila dah tahu nad nak tidur, tapi duk memekak apahal. Kalah pasar borong. Contoh random, ok. Sometimes nad cepat dan selalu je rasa penat. Tak tahu kenapa. Bila bising, nad susah nak tidur. Kadang-kadang tu, bila bising nad cuma boleh tidur-tidur ayam je. Padahal nampak macam nad dah tidur lena (lakonan semata-mata). Kalau pasal lampu tu, boleh bertolak-ansur la juga, Takkan nak selfish je memanjang kan,

Second, berbisik di depan nad. Uishh... ni paling pantang sekali. Eventhough bergurau sekalipun. Tak tahu kenapa. Tak suka sangat sangat orang buat macam ni. Rasa insecure kot. Rasa macam orang tu mengumpat pasal nad je. Nak bagi pahala free. Kalau nak mengumpat, badmouth, makan daging nad or seangkatan dengannya, dipersilakan. You already have my permisssion. Tapi buat la belakang nad. Lagi la terasa beruntung dapat pahala free. Kalau buat depan depan, tak pasal nad cakap macam-macam dalam hati pula. Dah dapat dosa. Astaghfirullah.

Third, paling tak suka sekali bila someone tu pilih kasih. Really really hate this. Layan orang lain macam first class. Tapi bila sampai kat part kita, layan macam ala kadar je. Macam economy class je. Hellooo. Kita sama sama manusia juga. Tak ada bezanya pun. Kadang-kadang boleh rasa tak dihargai, diabaikan dan feeling alone bila someone buat macam ni. Kita pun ada perasaan juga. Kekadang tu cuma kita tak luahkan je. Tak bermakna kita boleh terima benda tu bulat bulat.

Then, bila soemone tu tuduh kita macam tu macam ni. Padahal kita tak macam tu. Ni yang paling menyirap la. Kekadang tu makan dalam la juga. Rabak teruk hati ni wehh. Sampaikan tak berdaya nak explain dan bela diri sendiri. Sebab dah terlampau kecewa dan geram tahap maksimum. Berdiam diri je yang mampu. Termasuk juga bila orang tegur kita macam macam. Tu salah ni salah. Macam apa yang kita buat semuanya salah. Dia je yang betul. Perfectionist. Bukan la nak kata ego sebab tak nak terima teguran. Tapi kalau dah kerap sangat, rimas la juga. Rasa macam diri dia tu ibarat malaikat pula.

Maybe setakat ni je la yang mampu nad taip (ni pun dah panjang sangat). Nad tak kata yang nad tak boleh terima semua perkara ni sangat sangat. Depends la juga. Kalau nad ok, ok la. Kira nasib la. Kalau tak, maaf la. Nad pun manusia biasa juga. Tak lari daripada melakukan kekhilafan. Maaf jikalau terasa dengan perkara di atas. Random je. Tak tuju pada sesiapa pun. Asif jiddan

1 comment:

  1. Well.. Masing2 ada pantang dia kan.. Yg part suka menuduh tu, bintang setuju sangat. Mungkin sebab ada pengalaman sendiri kot.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg