Thursday, January 7, 2016

Trend Pakaian Muslimah Remaja Yang Terkini


Fesyen Pakaian Muslimah Remaja

Being a Muslim tidak bermakna anda tidak boleh mengikuti trend fesyen terkini. No no no ! You’re totally wrong. Untuk tampil bergaya juga tidak bermakna anda harus memakai pakaian yang terdedah atau seksi meksi yang menyeksakan bebola mata melihatnya. Haha. Anda hanya perlu bijak memadankan koleksi pakaian anda dan bergaya dengan kombinasi pakaian yang betul. Mix and match tu penting tau. Khususnya untuk golongan remaja, kini terdapat banyak koleksi pakaian Muslimah yang trend dan moden yang boleh acah acah hipster chipster tu boleh anda temui di pasaran seperti berikut:


Gaya yang paling ringkas adalah kombinasi jeans dan t-shirt serta pemakaian outerwear di bahagian luar. Walaupun tampak ringkas, namun ia merupakan gaya fesyen yang terbaik dan sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja. Nad selalu la juga pakai macam ni bila dah datang mood malas yang menggunung tu. Jeans or seluar slack tu wajib. Simple is enough, right?


Jika anda tidak menggemari pemakaian jeans, tampil lebih selesa dengan pemakaian koleksi jogger pants atau harem pants yang bermotif ceria seperti berikut. Jogger pants bukannya sekadar untuk pergi jogging je tau. Nama je jogger pants. Nak pakai pergi shopping mall pun boleh. Nampak hipster dan cool gitu. Ia boleh digayakan dengan pemakaian t-shirt atau blouse seperti berikut. Harem pants tu pun korang boleh pakai. Tak haram tau. Haha.


Untuk penampilan yang lebih formal, anda boleh bergaya dengan kombinasi seluar slacks dan blouse seperti berikut dan padankan juga bersama pemakaian blazer. Haha. Style ni memang nad selalu buat bila nak pergi office memandangkan tak boleh pakai t-shirt. Sedih oiii. Huhu.


Seterusnya adalah gaya yang lebih feminine (tapi nad pakai tetap tak nampak feminine. Muahaha) dimana anda menggayakan koleksi maxi skirts bersama padanan t-shirt berlengan panjang ataupun koleksi blouse. Lagipun dah ada pelbagai jenis skirt yang wujud sekarang ni. Skirt chiffon, satin, crepe, durian crepe (ehh) etc. Skirt straight, kembang payung, buat pemakainya kembang hidung etc. Haha

Dan yag terakhir adalah dengan pemakaian koleksi maxi dress atau dress Muslimah yang modern seperti berikut. Anda boleh memadankan koleksi dress ini dengan penggayaan jacket atau cardigan di bahagian luar untuk tampil lebih sopan. Cara ni paling selamat bila kau teringin sangat nak pakai dress tapi dress tu sleeveless or short sleeve. Daripada korang kena penampar dengan mak korang sebab mengada nak hentak hentak kaki kalau tak boleh pakai dress, better korang guna style ni. Menutup aurat la pula tu. Tak la terdedah bekas injection kau tu. Ye ke idok?

7 comments:

  1. Muslimah pun boleh bergaya tapi kenalah pemakaian tu mengikut syarak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak apa. Yg penting menutup aurat dan diredhai Allah :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sekarang ni mcm2 fesyen yg ada. Semuanya cantik2. Rambang mata dibuatnya. Just pilih yg mana satu idaman kalbu. Hihi ;)

      Delete
  3. warna pakaian tu memainkan peranan kan..hehe yang penting tutup aurat bukan balut aurat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Balut aurat still dianggap mcm tak menutup aurat. Mcm acah malu2 nak tayang body gitu. Haha :P

      Delete
  4. sekarang ni macam-macam fesyen kita harus pandai memilih yang mana menutup aurat dengan lengkap.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg