Tuesday, April 28, 2015

Happy Birthday, Dearself




Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Apa khabar ? Nad harap korang semua sihat sihat belaka. Yang mana yang sakit tu, pergi la date dengan doktor. Hihi. Karang melarat, susah pula nanti. Hari ni dah 28 April 2015. Means pukul 3:55 petang nanti nad dilahirkan beberapa tahun dulu. Nad dah officially 20 tahun. Haha. Tak ada lagi 'teen' age. Bye bye, teen age. Umur nad dah ada pangkal 2 dah.




Ekceli, tak ada la excited mana pun. Sebab sedar yang diri ni makin lama makin besar. Makin tua. Kena jadi matang. But well. Nad kan payah sangat nak jadi matang ni. Still ada perangai childish tu lagi. Aishh. Teruk betul. Dah boleh jadi mak orang ni tapi still macam kanak-kanak ribena. Kahkah. Tak salahkan sebelum jadi wife orang nak kekalkan perangai kebudak-budakan tu. Bosan la jadi matang. Serius je memanjang.




Tetiba sedar yang ajal semakin mendekati. Umur je meningkat di dunia tapi hakikatnya umur kita ni berkurang sebab menghampiri kematian. Tetiba rasa sebak dan insaf sikit. Nad tak nak minta apa-apa pun. Sebab nad akan tak bersyukur dengan apa yang ada. Nad cuma harap masih ada orang yang sudi doakan untuk nad bila nad dah tiada di dunia yan fana' lagi, diberikan peluang untuk bahagiakan mama abah dan menjadi hambaNya yang taat demi mencapat mardhatillah. Ajal tu kan rahsia Allah. Bila bila masa pun terjadi tanpa lewat sesaat pun. Huhu. Kepada yang dah wish kat nad, terima kasih banyak banyak. Jasa korang semua takkan mampu nad balas. Semoga Allah dapat membalas dengan memberikan yang terbaik untuk korang semua. Nad selalu doakan yang baik baik untuk korang semua. To someone there, orang tunggu wish awak ni. Kahkah. Kalau tak, siaplah awak nad kerjakan *aura kejam mari*. Take care. Ilal liqa'. Fi hifzillah.


8 comments:

  1. hey.. happy belated birthday.. hehee
    eh, perlukah aku tunggu pukul 3.55 ptg nanti baru wish? lagi sekali? hahaa

    ReplyDelete
  2. Haha. Tak perlu la. Thanks so much :)

    ReplyDelete
  3. hepi bday ye? pencinta hijau :)

    ReplyDelete
  4. As salam,

    azney singgah jenjalan sini :)


    xoxo,
    azneyshamsuddin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Selamat hari lahir..

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday sis :DD

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday.


    jemput singgah ke blogshop kami.
    kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
    kami turut menjual perfume original (tester & miniature).

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg