Thursday, November 6, 2014

12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar




Assalamualaikum w.b.t.

Info ni nad dapat dari group ws. Twin nad yang sharekan kat dalam group tu. So, apa salahnya kalau nad nak share kat blog ni kan ? Dapat juga pahala. Sebagai peringatan kepada diri nad juga.


  1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
  2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
  3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
  4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka menipu.
  5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut dilihat Allah S.W.T.
  6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
  7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
  8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua-dua kakinya di  atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
  9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
  10. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dan perutnya kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
  11. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka     kepada orang tua.
  12. Dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.



"Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala"

2 comments:

  1. Salam fiqa..
    Thanks for the sharing..
    BW here..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Welcome. Thanks BW here. Tak ada apa la sangat. Ilmu kan perlu dikongsi :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg