Thursday, March 3, 2016

Tagged By Beeha : 5 Things I Hate Most

Assalamualaikum w.b.t.


Holla, gais!!! I'm back again (acah acah laga pipi.lol). Disebabkan nad tengah memishang tak ada kerja sekarang ni, so wajarlah daku menulis entry ini yang telah ditag oleh Beeha Azman (ayat menempah penyepak betul. Hahaha). Dah ramai yang nad tengok buat entry pasal ni. Nad just mampu tengok je la. But at the same time, tengah tunggu siapakah gerangan yang sudi tag nad untuk buat entry ni (nampak tak mengadanya di situ. Kihkih). So, marilah kita bersama-sama baca apa la agaknya jawapan dia yang senget ni. Hahaha.

RULES: Buat satu entry bertajuk  5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

5 things I hate most:

  • Tak hormat privacy orang lain. Sesuka hati je nak belek phone orang. Macam dia punya je. Geram betul dengan orang yang tak tahu adab ni. Lagi-lagi kalau tengah tidur. Dah tahu orang tu tengah tidur, tak payah la nak memekak macam tarzan.
  • Bajet perfect. Eee spesis macam ni please la pupus kat dunia ni. Meluat tau tak. Sibuk je jaga tepi kain orang, tegur salah orang. Tu tak kena, ini tak kena. Padahal diri tu tak la perfect mana pun. Annoying betul.
  • Haiwan yang menggelikan seperti ular, biawak, iguana etc. Nad memang tak boleh tengok haiwan yang macam ni. Selalu terbayang-bayang macam dia ada kat kaki nad kalau ternampak kat tv. Tapi yang peliknya, nad boleh pula tahan dengan lipas. Lipas lalu kat sebelah pun boleh lagi tayang muka relax.
  • Talam dua muka. Spesis macam ni memang menuntut kesabaran yang tinggi. Macam lalang. Kat sebelah sini, dia kata tak suka yang sebelah sana. Kat sebelah sana pula, dia kata tak suka yang sebelah sini. Lepas tu mulut tu macam mulut puaka. Sorry to say la.
  • Asap rokok. Nad paling tak suka if terhidu asap rokok. Sedangkan asap bakar bakar pun nad tak tahan, inikan pula asap rokok. Nak merokok tu boleh je, tapi agak agak la. Pandang la kiri kanan dulu. Even semua pak cik nad sebelah abah dan mama semuanya perokok, tapi diorang pun boleh je fikir pasal orang lain. Nasib la sebab abah nad seorang je yang tak pegang rokok. That's why agak sensitif sikit pasal asap rokok ni.
Mangsa tag: Nanti la nad fikir bila kat rumah nanti sebab nad sekarang ni kat office. Otak beku kejap disebabkan kesejukan air cond ni. Lol. Hahaha.

7 comments:

  1. hahaha.. suka baca orangnya sambil tunggu2 jugak..

    ReplyDelete
  2. kita tak suka juga asap rokok, sangat tak suka, asap yang lain ok lagi la.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Saya tak suka asap sangat. Padahal tak ada lelah or semput pun

      Delete
  3. Salam Cik,

    Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
    laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
    Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

    Terima Kasih.

    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Haiwan menggelikan.. Okey. Sama dengan kitee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy. Sangat menyeramkan kalau dah terbayang

      Delete

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg