Friday, May 8, 2015

Bukit Melawati



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! This time nak story pasal hari tu. Nad kan memang macam tu. Suka sangat peram cerita. Kalau rasa nak cerita, dia cerita. Hehe. Sorry, my bad. Tak best la story asap. Tak syok (ye la tu). Macam ni haa. Last week, nad berpeluang pergi Bukit Melawati. Bukit Melawati ? Ada apa kat situ? Kat mana tu ? Tu la. Nad pun hampir terlupa kewujudan tempat tu. Tapi disebabkan parent story yang diorang pernah pergi hari tu masa nad kat Perlis, terus nak buat request nak ke sana. Mana aci woii. Nak pergi juga padahal tak tahu ada apa kat sana. Sampai hati kan. Bila nad kat sana, sakan diorang ni pergi berjalan. Bila nad tengah cuti sem, mereput je kat rumah then baru nak pergi berjalan. Ini tidak adil tidak adil bagiku. Wuwuwu.

Walaupun adik nad cakap "Tak ada apa la kat sana tu, kak", tapi nad tetap nak pergi juga. Budak ketegaq memang macam ni. Hadap je la perangai dia ni. At least boleh juga cuci mata kan. Tak la duk terperap kat rumah macam bahan perap untuk buat BBQ tu (ehh... budak ni dah start melalut). Yang penting, boleh snap gambar. Yeayy ! Ni memang favourite. Dah macam hobi pula (lepaskan hajat sebab tak dapat jadi photographer). Kahkah.

Bukit Melawati ni terletak di Kuala Selangor. Agak jauh sikit dari KL sebab tempat ni macam kat ceruk negeri Selangor. Kalau dari tempat tinggal nad sekarang ni hanya memakan masa kurang daripada 2 jam je ke sana. Sekarang ni lagi senang. Boleh guna highway LATAR kalau nak ke sana. Straight je sampai penghujung highway then keluar kat Ijok. Sebelum sampai kat sana, boleh singgah makan kat Cendol Bakar yang famous amos umph tak terkata tu. Sepanjang perjalanan ke sana, kita boleh disajikan dengan suasana ala-ala kampung sikit. Hihi. Bukit ni juga pernah menjadi pusat pentadbiran dan kubu Kesultanan Selangor pada abad ke 18 dan 19 dulu. Kiranya tempat ni agak bersejarah la juga.

Dah sampai kat sana, boleh park kereta kat tempat yang disediakan. Kalau parking dah penuh, boleh park di town yang berdekatan. Dekat je town tu. Sebelah bukit tu je. Then, boleh beli tiket masuk nak naik ke atas. Kalau nak naik ke atas bukit tu, ada juga disediakan train. Alaa... macam train kat Zoo Negara. Tapi kena tunggu la sikit. Tak apa. Boleh naik berjemaah. Bukit ni juga merupakan habitat bagi Silver-leafed monkey dan Long-tailed kera. Kat bukit ni juga ada makam diraja, Seven Wells, meriam penggawa dan macam-macam lagi. Kalau nak tahu, pergi la ke sana sendiri. Boleh paksa juga parent korang bawa korang ke sana macam yang nad buat padahal nak snap gambar je pun. Haha.


Gambar ihsan dari pak cik Google. Tak sempat snap gambar monyet ni sebab rushing nak balik. Datang pun lambat. Hihi.

Tiket masuk pun ada GST. Sakitnya tu di sini

Rumah api Bukit Melawati

Tak ada kerja snap gambar pokok ni

Can I be your flower for the rest of your life ? Wink wink

Keep moving forward

You're my sunshine... Lalalala

Tumpang lalu. Cheq nak posing sat. Kahkah

View dari town 

Lepas dah habis discover bukit tu, then pergi la solat Asar kejap sebelum habis waktu. Surau pula dekat je dengan kaunter tiket. Senang kerja sikit. Dah habis solat, saje je nak singgah kejap kat Pantai Remis. Nak ambil angin kat sana. Kalau nad, apa lagi. Of course la nak snap sunset. Hehe. Beli belah sikit kat pasar minggu berdekatan Pantai Remis tu padahal pasar tu nak tutup. Peniaga semua tengah bersiap-siap nak balik rumah. Nasib badan la kan. Hihi.

Sunset from Pantai Remis

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Bukit Melawati, boleh je refer kat SINI. Gambar yang di'edit' ni nad tak post kat insta lagi. Nanti nad post. Kiranya korang yang membaca post ni agak bertuah la kan. Muahaha.

9 comments:

  1. Kalau pergi hari isnin hingga jumaat..boleh naik kete terus naik atas bukit.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh... Bestnya. Tak payah susah susah nak tunggu train kan. Thanks inform :)

      Delete
  2. dah hampir stgah tahun kita jd warga selangor, tapi tak lepas2 lagi nak pegi Bukit melawati tue... sedis T_T
    kwn2 yg pernh pergi kat situ, majoriti ckp best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru setengah tahun. Kite ni yg stay Selangor 10 tahun, baru dpt pergi sana. Nanti ada la rezeki nak ke sana tu. In shaa Allah :)

      Delete
  3. Best jgak bukit melawati tu,sya selalu jgak pergi (time belajar kat2 sana) ... klau nak naik jalan kaki ja nk jimat punya pasal hahaha...di pantai remis kerang bakar dia best,klau nak lepak ikan bakar pergi jeram ja xjauh dari remis tu ... sate hut punya penah pergi di tanjung karang (y) ... semua nie time belajar kat sana ja... sekarang balik kembali ke kodiang,kedah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg