Friday, April 10, 2015

Cuti Sem Sebelum Final Year



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua ? Harap orang yang membaca entry yang entah apa apa ni berada dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat. Amin. Over benau kan gambar kat atas tu. Kahkah. Simbolik je tu. Menandakan nad tengah cuti sem selama 2 bulan lamanya. Yeah yeah. First of all, sorry sangat sangat sebab dah lama tak update entry untuk blog ni *elehh macam kau ada pembaca la sangat kan. Haha. Well. Biasa la. Kalau tak cuti sem, life as student memang agak pack sikit. Nak tak nak kena la berkorban. Kalau tak busy pun, memang sengaja tak nak jenguk blog ni. Takut kerja semua tak jalan. Kahkah.

Cuti sem ni macam biasa la memang sengaja tak nak cari kerja. Sebab still tawar hati. Kenapa kenapa kenapa ? *nada Puan Azizah masa ajar Titas dulu. Hihi. Dulu pernah je cari kerja part time tapi memang payah nak dapat. Sebab selalunya dah penuh dengan budak lepasan SPM. So, kita yang student uni ni mereput je la kat rumah. Bagi je la chance kat diorang bekerja. Nasib baik dah pernah ada pengalaman bekerja. Kalau tak, nanti dianggap anak manja pula. Rasa nak bagi pelempang je siapa yang cakap nad macam tu. Gurau je, ok. Jangan ambil serious sangat. Kahkah.

Masa study week punya la plan macam-macam apa yang nak dibuat masa cuti sem ni. Bila dh cuti sem, still buat habit lama. Makan, tidur, tengok tv, tolong mama jaga budak-budak tu dan belajar masak sikit sikit. Teruk betul punya perangai. Agaknya mak mertua pun tak berkenan langsung nak dijadikan menantu. Pandang pun tak walaupun dengan sebelah mata. Hehe. Well. Memang kepishangan yang teramat sangat. Nak buat macam mana kan. Tu je pilihan yang ada. Nak sambung ambil driving license, terasa malas la pula. Not ready yet bak kata omputeh. Entah la bila nak readynya. Sem depan dah final year. Lepas tu Industrial Training pula. Then, baru la ada gap panjang sebelum sambung degree. Tu pun kalau tak ada paper yang kantoi kena repeat la. Mudah-mudahan tak ada la kena repeat. Dah nak habis dip dah ni. Malas nak extend sem. Such a waste time.

Nah selfie sikit. Hihi. Gambar credit to uncle G


So, kerja nad masa cuti sem ni ialah practice jadi mom to be. Nak kahwin awal macam tak ada harapan je ni *gatal baq hang budak ni. Penat juga la layan kerenah budak-budak ni. Tak reti nak duduk diam. Ke sana ke mari. Nad yang letih main kejar-kejar dengan diorang tu. Haha. Makin orang larang, makin nak buat. Haihh. Agaknya macam ni la kot perangai anak nad nanti. Ataupun lagi teruk daripada diorang tu. Apa susah. Kalau payah sangat, pass je kat papa diorang suruh handle diorang semua tu *stop it la, nad. udah udah la berangan tu. Maap maap. Terberangan la pula. Hihi.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg