Assalamualaikum w.b.t.
Rasanya macam dah lama tak menatap blog bucuk masam ni. Rasa rindu la pula. Padahal baru je beberapa hari tak jenguk blog sendiri. Wuwuwu. Alhamdulillah. Nad dah semakin sembuh. Demam tu dah reda. Cuma selsema je tak habis lagi. Selsema ni memang macam bf nad dah. Susah betul nak berenggang. Lagi-lagi kat bumi Perlis ni memang panas terik. Boleh burn muka dibuatnya. Musim ramai orang nak demam, selsema, batuk bagai ni dah bermula. Nad dah rasa macam mana sakit di bumi Perlis yang panas terik ni walaupun sekejap. Pergi balik class matahari tu macam sejengkal dari kepala je. Malam pula sejuk semacam. Sebab tu nad demam waktu malam. Siang ok je.
Walaubagaimanapun, jaga la kesihatan diri kita selalu. Tambah lagi dengan cuaca yang tak menentu ni. Lagi mudah nak jatuh sakit. Banyakkan minum air kosong. Jangan skip makan (macam yang mama cakap). Nanti kalau dah sakit, baru la terasa betapa berharganya nikmat kesihatan tu. Tak lalu nak makan la. Tak larat la. Nad dah rasa semua tu. Tekak ni terasa perit je. Macam ada duri dalam kerongkong ni. Makan tu tak payah cakap la. Tak lalu je memanjang. Kerjanya asyik nak tidur je. Ye la. Dah tak larat. Asyik bersin je memanjang dalam class. Malu pula dibuatnya. Hingus asyik nak keluar je. Hidung dah macam hidung badut. Handkerchief tu banjir dengan hingus nad je. Bila tak larat tu, mula la nak mengada mengadu kat mama. Call mama berapa kali entah sehari. Kesian kat mama. Terpaksa la dia tadah dengar anak dia ni membebel. Lepas tu, nad dengar la apa yang mama nasihat macam-macam tu. Ada yang nad ikut dan ada yang nad abaikan (dasar budak degil).
Bila dah berjauhan macam ni, nad boleh rasakan hubungan nad dengan mama dah macam kawan je. Ye la. Maybe sebab tak ada kat depan mata kan. Nad selesa cerita macam-macam kat mama. Bila balik rumah, cerita la juga. Tapi sikit je sebab segan. Hihi. Tengah sakit tu mula la teringin nak makan sup mama. Dulu kalau nad demam, mama mesti buat sup ayam untuk nad. Padahal nad tak minta pun. Maybe dia pun dah faham sangat dengan anak dia ni. 1 pesanan mama yang nad takkan lupa "Jangan asyik tak makan je. Duit tu ada makan la". Huhu. Bukannya sengaja tak nak makan tapi sejak buka sem hari tu, selera makan ni tak menentu je. Sekarang je dah ok sikit. Boleh makan nasi balik.
Ok la. Cukup la setakat di sini. Allah uji tanda dia masih sayang kita. Jangan merungut. Tapi bersyukurlah sebab Allah masih uji kita. Kalau Allah uji dengan menarik nikmat sihat, tu tandanya Allah nak hapuskan dosa-dosa kita. Bersabarlah dan hadapinya dengan tabah, ye. Ilal liqa'. Fi hifzillah.
p/s : Ada lab nanti pukul 11. Overnight la nampaknya malam ni. Wuhooo...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)