Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Finally, final exam is over. Gembira tak terkata. Rasa macam dah graduate je (berangan je lebih). Sesungguhnya, sem 3 ni adalah sem yang paling menyeksakan jiwa dan raga. Kenapa??? Sebab major subjeknye killer tahap gaban. Class agak pack. Dah nasib badan. Wuwuwu.
Rasanya dalam batch nad, course nad yang paling awal habis final. Junior pula memang dah habis Jumaat dan Sabtu hari tu (tak aci betul). Baru kali ni je nad dapat habiskan final awal. Selalunye asyik lambat je sejak pegang title sebagai junior lagi. Junior kali ni memang untung betul. Merasa habis final awal (jealous mehh). Kali ni just habis awal sehari je daripada tarikh tamat final yang sebenar. Tu pun kira bersyukur la sebab diletaknya sesuka hati 3 subjek killer berderet. Mahu tak pecah kepala otak. Kalau tak habis awal, tak tahu nak cakap apa la. Haha.
Then, cuti sem akan berlangsung selama sebulan lebih (lebih sikit je pun). Esok parent nad datang jemput kat sini. Maybe balik kampung kejap memandangkan kampung kat belah utara juga. Dalam kepala otak ni dah merangka macam-macam agenda masa cuti nanti. Yang paling penting, nak online dan tengok tv sampai lebam biji mata (sini tak ada tv, ok). Pergi dating tu of course la. Kahkahkah. Elehh.. Plan je bagai nak rak. Nanti end up nya makan tidur je. Lepas tu complain berat badan naik. Haha.
Saya pun done juga. Done followback, hehe~ ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah. Thanks :)
ReplyDelete