Friday, October 10, 2014

Final Exam Sem 3




Assalamualaikum w.b.t. *ehh..jawab dulu salam tu*. Lately ni nad asyik jadi burung hantu je. Bukannya sebab study sangat tapi sebab menghadap laptop. Tak tahu la kenapa. Kalau musim study week or final exam, mesti nad akan terlebih rajin nak buka laptop. Macam tak ada benda lain nak buat. Ohh.. my bad habit. Sekarang ni tengah musim final exam. Major uni tengah final. Macam uni nad la. Sem ni nad ambil 7 paper / subjek. Agak banyak la juga. Quite tough subjeknya. Kira subjek ni agak berat la untuk nad. Nasib badan la. Huhu.

Minggu ni je ada 2 paper. 1 paper dah lepas. Tinggal 6 paper lagi menanti. Next paper hari Sabtu ni. Paper Titas. Subjek yang eden tak berapa nak gemor ni. Tak tahu kenapa. Maybe sebab berkaitan dengan sejarah kot especially tamadun. Terpaksa hadam dan telan semua fakta-fakta yang ada. Macam bukan ambil course engineering je. Kena belajar sejarah bagai ni. Kalau baca nota je, confirm menguap. Rasa macam semua fakta selagi ada kena hafal. Bukannya malas nak study tapi dah tak berapa nak minat. Kerana terpaksa, nad terpaksa relakan kepala otak ni penuh dengan fakta.

Next week pula ada 4 paper. Semuanya paper yang tough. Digital system II, Electronic circuit, Signal system and principles dan Object oriented programming. Dah la tak ada gap sangat antara 4 paper tu. Memang semput sikit la nak study. Nak kejar subjek tu, subjek ni. Haihh... sabar je la. Dugaan. Kalau asyik nak senang je, masa bila lagi nak rasa susah kan?? Kena struggle lebih sikit dari sebelum ni. Harus. Ehh... wajib la. Hehe.

Paper last sekali, paper microcontroller. Subjek yang tak tercapai dek akal nak memahaminya. Entah la. Susah sangat nak faham subjek ni. Tak tahu la. Maybe sebab basic subjek pun masih tak ada lagi. Kena kuasai basic dulu ni. Chaiyokk!!! For UniMAPian (Diploma), good luck uolls. All the best. Bittaufiq wannajah. Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tamim bil khair. Wait for me, sem break. Hahaha.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg