Monday, June 2, 2014

Wedding Ceremony



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua?? Sihat tak?? Harap sihat la. Nad sihat je. Alhamdulillah. Tetiba je nak buat entry pasal wedding ceremony. Idea ni datang semasa nad pergi satu wedding ceremony siang tadi. Sebelum ni nad bukannya suka sangat pergi wedding ceremony ni. Sejak zaman budak-budak lagi. Mesti ada sebabnya kan?? Of course la ada, guys. Sebab utamanya satu je. Tak suka pakai baju kurung. Rimas!! Hahaha. Tu waktu alkisah zaman budak hingusan meleleh-leleh la. Hikhik. Sekarang tak lagi. Follow je parent pergi wedding ceremony. Kenapa nad tak suka pakai baju kurung sampaikan tak suka pergi wedding ceremony, ye?? Agak agak korang apa sebabnya?? Sebab dulu nad ni macam tomboy sikit. Yes, quite boyish dulu. Sekarang tak la sangat walaupun tak berubah sepenuhnya. Hehe ;)



But now nak share sikit apa benda yang nad tak suka dalam sesuatu wedding ceremony ni. Dalam banyak banyak wedding ceremony, mesti ada beberapa perkara yang nad tak berapa nak suka. "Elehh. Kau tak suka wedding ceremony orang lain. Nanti macam la wedding ceremony kau tu perfect 10 dan gempak sangat". No, ni just pendapat nad je. Nak terima, it's up to you. Tak nak terima pergi main jauh jauh. Tak payah duk menyemak kat sini *main kasar pula*



First of all, nad tak suka la tengok orang yang pakai henna. Alaa. Inai yang bercorak berkerawang kerawang tu. Serabut kot. Macam dah wajib pakai je henna tu masa wedding ceremony. Nad bukannya apa. Nad tak suka sangat pakai inai ni. Pernah pakai sekali je. Lepas tu buat tak heran dah. Actually kita tak boleh pakai henna tu. Atas sebab apa, nad tak ingat la. Sebab dah banyak nad baca yang kita sememangnya tak boleh pakai henna tu atas sebab tertentu. Bukannya saja saja je tak boleh pakai. Mestilah ada sebabnya.



Next, nad tak suka sangat pakaian pengantin. Means, pakai pengantin tu ketat dan menampakkan bentuk tubuh badan. Kekadang tu rasa malu je nak tengok. Sebab pengantin perempuannya bertudung tapi pakaiannya ketat. Astaghfirullah. Macam kat drama Melayu, asal baju pengantin je mesti fit ikut badan.  Kena jaga pemakanan sebab takut tak muat pakai baju tu nanti. Haihh. Tak boleh ke pakai baju yang longgar sikit?? Asalkan tak ketat. Sekarang kan dah ada butik pengantin yang ada fashion designernya sendiri. Biar kena bayar mahal asalkan aurat tu terjaga. Baru je kahwin, tapi suami dah kena tanggung dosa isteri gara-gara pakaian yang ketat tu. Pakaian tu juga kalau boleh tak payah la panjang meleret. Macam dah boleh ringankan tugas tukang sapu pula. Boleh je nak pakai gaun, dress or apa-apa je la. Asalkan tak ketat dan panjang meleret. Tetap nampak cantik juga. Sejuk mata memandang.



Then, yang ni just pendapat nad. It's up to you. Mengikut citarasa masing-masing. Nad tak menggalakkan jauh lagi nak menghalang. Tepuk dada tanya selera. Nad paling tak suka high heels. Majority pengantin perempuan pasti akan pakai high heels semasa majlis mereka. Kasut yang blink blink dan class gitu, mak jemah oii. Kalah kasut Cinderella. Tak tahu kenapa nad tak boleh nak adapt dengan high heels. Padahal high heels tak buat salah apa pun kat nad. Maybe sebab nad tak selesa kot. Bila pakai high heels, susah nak jalan laju laju. Lagi-lagi nad ni orang yang suka jalan laju-laju dengan langkah yang besar. Hua hua hua. Bila pakai high heels, jalan slow motion mengalahkan model betul. Macam orang baru belajar berjalan gayanya. Feeling awkward gitu. Entah bila la nad boleh terima kehadiran high heels dalam hidup nad. Entah la, der.

Bila cerita kat mama pasal point pakaian tu, mama boleh cakap "Kakak kahwin nanti pakai jubah je la". Hahaha. Mentang-mentang la anak dia ni ex sekolah agama. Tapi nad tak la alim sangat. Jubah pun baru je ada 2 helai dalam simpanan. Teruk betul. Dulu pernah discuss dengan member yang bila nak kahwin satu hari nanti, nak pakat pakai flat shoes. Senang dan simple je. Entah jadi ke tak nanti. Takut mama tak bagi je nanti *dah mula nak berangan*. Hikhik

Perkara ni dah biasa berlaku zaman sekarang nie. Cabarannya ialah nak menolak semua ni. Ermm

Suka tengok akak Dena Bahrin yang kiut ni. Hehe

Saif comel je. Hihi

3 comments:

  1. nice sharing.

    tambah lagi ilmu pagi ni..

    p/s: kita buat simple aje yer. terima kasih sebab share ni.

    ReplyDelete
  2. Wahh betul2. kite kawen pun kalau boleh nak yg simple cukup lah. Henna henna ni tak perlu kot. Baju kena jaga. Mmg lah 'raja sehari' tapi kite ni hamba SELAMANYA kan. Heels pun mmg tak rety nk pakai unless terpaksa, itu pun pinjam orang, haha sbb mmg takde high heels.

    p/s:citerase kite same kot..? hihi

    ReplyDelete
  3. @nur asTau tak apa. Simple dah memadai. Yang penting perkahwinan tu kekal hingga hujung nyawa. Tak apa klau gaduh sikit dgn parent psl tak nak pkai henna or bersanding. Lama2 mesti diorang fhm kn. Saya prnh je pkai high heels ni. End up sakit kaki. Maybe sbb dibesarkan dgn sneakers dan sandal kot. Yeahh. Nmpknye citarasa kite sama la. Sep sikit. Haha ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg