Friday, June 17, 2011

Tanda lelaki sayang



Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada orang yang disayangi dengan ikhlas,
perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk orang yang disayanginya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Di antara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk orang yang disayanginya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan orang yang disayanginya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati orang yang disayanginya kerana dia amat menyayangi orang yang disayanginya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan orang yang disayanginya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan orang yang disayanginya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan orang yang disayanginya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan orang yang disayanginya. 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila orang yang disayanginya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu orang yang disayanginya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu orang yang disayanginya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh si dia.
12. Dia akan menggelabah apabila si dia berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa memastikan keselamatan si dia.
14. Dia mementingkan si dia daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah si dia mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada si dia.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan si dia walaupun terpaksa menunggu si dia dengan sabar.
18. Dia membanggakan si dia di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh si dia, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap si dia kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali si dia.
21. Dia menganggap si dia sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada si dia namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai si dia.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.HARGAILAH MEREKA

Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerana jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya,lihatlah,betapa bodohnya wanita itu…

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg