Wednesday, June 5, 2019

Happy Eid Mubarak

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Di kesempatan ini, nad ingin mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa yang menyambut perayaan ni. Maafkan salah silap nad eh hehe. As usual, nad beraya kat KL dulu since opah dah takdak 2 tahun lepas. Raya kedua baru balik kampung kat Perak. Entah kenapa la emo sikit sebelum raya tu. Tetiba je teringat arwah opah. Rindu masakan opah especially gulai ayam. Rupa-rupanya opah tahu yang nad suka sangat makan lemang. Sebab mama citer yang opah pernah cakap kat dia 😭

For the first time juga dapat salam minta ampun kat mama abah. Sebelum ni tak pernah buat pun sebab malu. Apa la dia ni. This year nad pakai tema warna hijau. Baju raya hari ni besaq sikit sampaikan baju kain tak payah buka zip langsung. Malas nak alter punya pasal hahaha. 

Then, pagi raya macam biasa la gerak pi beraya kat rumah wan di Gombak. Best la juga beraya kat sana sebab sepupu ramai. Makanan pun banyak la juga. Rendang minang wajib ada (rendang daging campur dengan paru). My favourite. Finally, nad berjaya tak makan nasi impit langsung. Acah diet. Just makan rendang dengan kuih raya je hehehe. As usual la, soalan "bila nak habis belajar" tu wajib ada. Nasib baik habis lepas raya ni. Balik sana seminggu and then habis dah. Tak sabar rasanya nak habis study. 

My ootd raya. Sorry la tak photogenic mana pun


Jenuh cari lighting since hari ni mendung semacam je. Hujan pula petang tadi 

Finally cukup juga family untuk raya this year. Ye la kan, ada orang tu tak dapat cuti raya tahun lepas

Siblings. Masing masing perangai nauzubillah

Tangga eh :p



3 comments:

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg