Saturday, March 2, 2019

Bila Nak Kahwin?


Image result for wedding animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys! Rasa macam dah lama tak membebel kat sini. Aaaa rindunyaaa 😛 Gurau je gurau je. Hopefully korang berada dalam keadaan yang sihat belaka la ye. Berbalik kepada tajuk kat atas tu, bila nak kahwin? Selalu juga la dapat soalan macam ni especially daripada kawan-kawan. Haihh lemah betul nak jawab. Entah la. Rasa macam it's too early untuk kahwin. Acah acah muda jap hehe.

Bukannya tak ada perancangan langsung, ada la juga. Tapi bak kata orang "better late than never". Acewahh gitu. The main reason nad tak nak kahwin lagi ialah I'm not ready yet. Hidup pun tunggang terbalik lagi. Macam mana nak uruskan encik ketua rumah nanti. Tak dinafikan, tak salah pun kalau kahwin awal. Even member nad pun ada yang dah kahwin. Siap dapat anak lagi tu. Advance tak advance haha.

Timeline setiap orang pun berbeza kan. Ada yang dapat beli rumah pada usia muda. Ada yang dapat anak pada usia muda. Ada yang dapat beli kereta pada usia muda. Rezeki masing-masing. For me, no need to rushing about this. Degree pun tak habis lagi haa. Just follow the flow. Lagipun nad rasa macam kena cari kerja dulu lepas grad nanti. Nak kumpul duit banyak banyak. Belanja mama abah. Then boleh pi travel.

Image result for couple animated gif

Sometimes tu rasa macam "bestnya kahwin", "nak kahwin esok la", "bestnya ada encik suami". Tapi tu la kan. Masih ada banyak komitmen lagi. Bayangkan la, dah sah sah nak guna duit yang banyak untuk kenduri nanti. Sebab nad kan anak sulung. Faham faham je la. Mama mesti nak jemput kaum kerabat sahabat handai dia yang berlambak tu. Haha. Maybe ada yang kata "benda yang baik tak usah ditangguh", "buat yang wajib dan simple je boleh kan". But entah la. Takkan la nad nak push dia sediakan semuanya. Dia pun still ada impian dia yang dia nak tunaikan. 

Image result for couple miss you animated gif hug gif

Akhir kata, kahwin ni tak semudah seperti yang dikatakan. It's all about commitment. Enjoy your life first okay? Ada rezeki, kahwin juga nanti kan 😉

10 comments:

  1. hai nanad! haah sbnrnye biarkan je single dulu. enjoy single life sementara ada ni ha. nanti bila dah kahwin, bukan semudah & bukan seindah mcm cerita drama TV3 je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ! Tau tak apa. Enjoy je la dulu sampai tiba masanya. Yes, kahwin bukannya macam dalam drama dan novel tu :)

      Delete
  2. betul tu kahwin tak seindah yang ramai fikirkan..tapi menjadi tuntutan utk kita bernikah dan apa yang penting dalam perkahwinan adalah kerjasama, saling memahami dan banyak lagi kalau tidak setinggi mana pun cinta kita pada dia kalau tiada toleransi..yang mudah jadi payah..wallahuallam

    ReplyDelete
  3. bila tiba masanya Insha'Allah dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Teringat dialog satu cerita ni "kejar cita-cita dulu baru kejar cinta" akan tiba masanya nanti, akan sampai jodoh awak tu.

    ReplyDelete
  5. salam kenalan dari oohsenyum.com

    maaf tak comment pasal entri awak.

    sebenarnya saya datang sini nak ajak awak....jom tukar suka sama suka link,blog saya tak lah hebat mana pun, pageview 1500 sehari je pun. kalau sudi sila comment di blog saya ye di

    https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html

    Nanti saya add ke bloglist oohsenyum.com secepat mungkin!

    ReplyDelete
  6. kalau belajar lagi, better lek2 dulu. Tapi kalau dah habis belajar ok dah utk kahwin asalkan tahu sebab apa kena kahwin dan aware yg akan bertambah la commitment nanti. Tapi kan kadang2 aku geram gak perempuan asik2 guna ayat ni 'better late than never', 'lebih baik sendiri dari tersalah pilih'.. pastu tak kahwin2... tak tahu ke kalau dah makin berusia byk lelaki2 yg baya korang atau yg lebih tua dah kahwin dgn org lain. so pilihan korang makin sikit. alamak terbebel lak.. hahaha...sorry.. semoga kau jumpa jodoh yg baik2. Apa2 pun hidup ni kena selalu appreciate apa yg kita ada. mcm tgh single ni appreciate je la everything.

    ReplyDelete
  7. Nk kawin xperlu terburu2..Sebelum kawin nie perlu bnyk persediaan dibuat. Cz tanggungjawab tinggi lps kawin. Lbh mencabar bila ada anak. Jodoh xkemana, cuma mulut org je agk xtahan bla kene jd bahan perli.. 😓

    ReplyDelete
  8. Saya pun ikut konsep go with the follow😂. Kalau dah sampai jodoh nanti, kahwinlah. Anak sulung ni banyak komitmen pada keluarga sebab tu lah lambat kahwin selalunya😅.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg