Thursday, May 7, 2015

What I Grab From KLIBF 2015



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Walaupun story ni dah expired, tapi nad tetap nak share juga. Ketegaq betul budak ni. Haha. Seperti tahun yang sebelumnya, nad pasti takkan lepaskan peluang pergi International Book Fair Kuala Lumpur. Tak pernah miss lagi since form 2. Lama juga kan. Kalau dulu, nad pergi dengan rombongan batch nad. Sekarang dah lain. Sebab dah habis sekolah. Tetiba rindu nak jadi pelajar sekolah balik. Sob sob.

Lepas je SPM, kena pergi pesta buku tu sendiri. Means pergi dengan kawan-kawan atau family. Kalau tak ada kawan, baru nad paksa abah drive ke sana. Teruk betul kan nad ni. Haha. Kalau pergi dengan kawan-kawan, usually naik train je. Senang dan jimat. Straight terus ke Putra. Tak payah tukar train bagai. Tambang pun murah. Baru RM 3.10 sehala. Kalau pergi balik baru RM 6.20. Even mahal sikit kalau dibandingkan naik bas awam, tapi lebih selesa dari naik bas. Lupa diri ni. Padahal dah selalu naik bas uni dulu. Hihi.

Kalau pergi sana tak sah la kalau tak memborong. Orang tu tak payah cakap la. Of course la ramai. Lagi-lagi nad pergi waktu hari biasa. Memang banyak rombongan budak sekolah kat sana. Tapi tahun ni macam tak berapa nak sesak sangat seperti tahun sebelumnya. Maybe sebab nad gerak lewat kot. Nad sampai kat sana dalam pukul 1 macam tu last week. Meh, nak share sikit apa yang nad sambar dari sana. Kaki novel dan ulat buku memang tak boleh lepaskan peluang keemasan macam ni. Kahkah.



See ? Total semuanya 11 buah buku. Paling banyak nad pernah beli kat sana setakat ni. Kihkih.


Booth Karya Seni


Hati Perempuan (Nur ain Al-Abbas), Protect The Boss (Ellyne Alyana), Encik Gula Under Age ? (Qistina Alya)


Booth Buku Fixi


Sumbat (Faizal Sulaiman), Awek Chuck Taylor (Nami Cob Nobbler), Coklat (Yoana Dianika)


Booth Kedai Buku 1 Malaysia



Hidangan 15 Minit (Chef Fazalina), Misi 4 Flat (Afiq & Nazry)


Booth Pustaka Al- Azhar



Ahmad Ammar (Abdul Latip Talib), #Henshin (Aiman Banna), Tarbiah Sentap (Adnin Roslan)


Dalam banyak banyak booth, booth Karya Seni yang paling selesa bagi nad. Sebab dalam dewan khas yang ber'aircond' dan berkarpet. Kaunter pembayaran pun banyak dan selesa. Nak pilih buku pun senang sebab diletakkan atas rak. Tapi, yang sedihnya nad tak dapat beli novel Dia Isteri Luar Biasa, buku Ikhwah Pakai Jeans by Inche Gabbana dengan buku Hijabista Hijrahsista : Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung gabungan tulisan daripada Heliza Helmi, Felixia Yeap, Diana Amir, Irma Hasmie. Novel Dia Isteri Luar Biasa tu dah puas nad tawaf kat dalam dewan Karya Seni tu tapi tak jumpa jumpa juga. Buku Ikhwah Pakai Jeans tu memang tak teringat dan tak jumpa pun. Buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung tu nad baru sedar kewujudannya bila nad teman twin nad beli buku kat Pustaka Al-Azhar tu semula. Ishh.. Terkilan pun ada. Tak apa la. Tak ada rezeki la tu.

So, tamatlah sudah riwayat Baucer Buku 1 Malaysia nad kat PWTC tu. Nad spend just 3 keping baucer je yang bersamaan RM 150. Tu pun total keseluruhan harga semua buku-buku tu RM 150++ sebab nad tambah guna duit nad sendiri. Tak sure tambah berapa ringgit sebab masa tu dah tak kisah apa sangat. Excited shopping tu. Haha. Tak sia-sia usaha nad ikat perut dan jimat duit sebelum sem break ni. Dapat la beli macam-macam buku. Dalam banyak banyak buku ni, hanya novel Hati Perempuan dengan buku Misi 4 Flat je nad dah khatam. Ada yang dah berusik tapi stop dulu kejap. Harap next year nad dapat la  BB1M lagi. Boleh memborong lagi. Kihkih. 


6 comments:

  1. =) bagus. rajin gi pesta buku..

    klik www.rinaprettyhealthy.com untuk info lanjut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada masa free, baru dapat pergi. Kalau dah start sem, buku pun payah nak beli. Hihi :)

      Delete
  2. banyaknya shopping!!!! tarbiah sentap tu haritu saya csri jgk dekat pwtc tp tkjumpaaaa ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu baru lah namanya melepaskan gian bershopping. Hehe. Tarbiah sentap tu berlambak ada kat area bawah. Means kat booth aras bawah selepas pintu masuk utama :)

      Delete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg