Tuesday, May 12, 2015

Style dan Trend Instagrammers



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Entry ini ditaip disebabkan nad tak boleh nak tidur gara-gara terbabas waktu tidur. Tu la kau. Tahan lagi mata tu. Kan dah kena jadi owl. Pity on you, dearself. Uhuks. Pada zaman yang serba moden ni, mustahil la someone tu tak ada langsung account media sosial kan. Melainkan kalau dia tak ada smartphone yang baterinya tak berapa nak smart tu. Dalam banyak banyak account media sosial, nad paling suka buka instagram. Insta tu jarang bebenor log out. Senang sikit nak stalk orang. Wakaka.


Best la juga ada insta ni padahal kekadang tu rasa annoying la juga. Disebabkan selalu sangat on insta, nad macam dah boleh buat survey pesen pesen instagrammers ni. Nak tahu apa pesen pesennya tu ? Let's check it out, beb.


Kaki selfie

Haa... Instagrammers jenis yang macam ni dah berlambak kat insta tu. Bila buka timeline atau profile, habis penuh dengan gambar selfie dia je. Mengalahkan retis dan insta famous amos. Sampaikan dah boleh hafal style posing dan apa cacat cela yang ada kat muka tu (nasib phone tak ada front camera). Keberangkalian nak selfie tu kurang la sikit. Hihi. Kalau pengguna ipong tu, tak habis habis tayang selfie dia bagi nampak gambar phone dia tu. Kononnya nak tayang dan beritahu yang dia tu pakai ipong juga. Kitorang buka insta memang nak tengok gambar kau tayang ipong yang gempak tu kan. Yang parahnya lagi, tetiap hari duk tepek gambar selfie dia tu kat insta. Kekadang tu rasa annoying la juga. Tapi tak apa la. Husnuzon je la. Maybe dia tu nak tingkatkan self confident dia kot.



Caption atau hashtag beratur panjang

Kalau part caption panjang berjela mengalahkan panjangnya landasan kereta api tu, dah common sangat. Tapi kalau part hashtag tu, agak weird la juga. Kekadang tu wondering how boleh letak hashtag panjang berjela sampai macam tu. Padahal caption pendek cenonet je. Gigih betul dia taip hashtag panjang berjela tu satu persatu. Haha. Pesen macam ni selalu terjadi kat instashop seller dan kaki fotografi. Padahal kalau buat karangan tahap master sekalipun, belum tentu pass. Haha.



Pengomen tegar

Pesen yang macam ni nad selalu tengok banyak yang terjadi kat retis la. Setiap kali si retis tu post gambar, mesti takkan terlepas daripada komen yang berbunyi "Visit my ig", "Saya jual bla bla bla", "First". Well. Kesian kat retis tu. Mesti dia rasa betapa annoyingnya life dia apabila dibanjiri dengan komen-komen sebegitu. Nak promote instashop tu boleh. Tak salah pun. Tapi berpada-pada la. Jangan la sampai membebankan orang lain. Ada je retis dan insta famous yang mengambil inisiatif dengan mengadakan ruangan post yang khas untuk instashop seller. Kat ruangan tu, kau nak komen visit my ig dan saya jual bla bla bla berjuta-juta kali pun tak apa sampai jari tu cramp. Kihkih



Foodporn

Pesen ni boleh menggugat iman dan hafsu lagi-lagi bila bulan Ramadhan. Siapa la yang tak tergoda meleleh air liur oii bila someone post gambar makanan yang nampak enak tu. Instagrammers pesen macam ni maybe seorang yang kaki makan atau menghargai moment moment indahnya bersama makanan. Lagi-lagi kalau dapat makan makanan yang mahal mahal dan susah nak dapat. Sanggup tahan lapar dan abaikan perut yang berdendang lagu Hetty Koes Endang semata-mata nak snap gambar dengan style dan angle yang menarik. Agaknya boleh gastrik on the spot. Boleh je nak post gambar makanan tu tapi jangan la post semata-mata nak show off yang kau tu makan kat restoran yang mahal mencekik darah tu. Tak ada duit nanti menangis kat bucu katil pula. Boleh timbul riak tu. Nasib baik nad bukan macam tu sangat. Kita makan makanan kat rumah yang mama masak je. Hihi.



Tayang semua benda

Pesen yang macam ni selalunya berlaku kat instagrammers yang maybe tengah kebosanan kot. Saje je nak post gambar kasi meriah sikit insta tu. Nad tak kata salah kalau nak post tu tapi kalau boleh control la sikit. Sebab kekadang nad pun macam tu. Saje nak bagi banyak gambar kat insta. Then, bila dah bosan delete balik. Haha. Yang tak tahannya, kalau instagrammers tu perempuan cantik atau ada anak yang comel. Ma shaa Allah. Boleh geram dibuatnya bila tengok anak diorang yang comel tembam tu (nak kahwin juga. aipp). Kasihanilah kami yang masih single mingle pringles ni. Kalau tengok gambar perempuan cantik flawless tu, boleh rasa insecure dibuatnya. Nak buat macam mana kan. Kita kan tak lawa macam depa tu. Redha je la.



OOTD & hipster

Pesen macam ni dah banya sangat terjadi kat bebudak remaja sekarang ni. Pantang keluar ke mana-mana pun, mesti nak snap gambar ootd. Nak fefeeling hipster kejap. Haha. Kalau boleh, biar nampak smart, elegant, vogue dan gojes semata-mata gambar ootd tu. Tak main la pakai flat shoes. Pakai la but atau kasut inspired. Tak main la pakai bawal, t-shirt dan skirt bagai ni. Kita pakai shawl yang berbelit entah macam mana la. Pakai kemeja atau jaket dan pakai skinny. Haha. Biasa la. Sanggup melayangkan duit semata-mata nak nampak hipster kononnya. Kalau tak ikut trend fashion zaman sekarang, dikatanya old fashion pula.

So, ni je la hasil survey nad selama ni. Jangan terasa hati naa. Just for fun je. Kalau marah, hilang awet muda tu. Aiyokk. Tak tahu. Kihkih. Kalau diri nad ni, nad rasa nad instagrammers part yang caption atau hashtag panjang berjela tu. Dah terbiasa sangat. Sampaikan jadi habit. Susah sikit nak elak. Kahkah. Ada je instagrammers pesen yang suka post & delete macam nad ni haa. Bila rasa bosan, nad akan menggatal delete gambar kat insta atas sebab tertentu especially rasa annoying tengok gambar tu. Kalau tak delete, rasa macam nak tumbuh bulu kat mata ni gamaknya. Haha.

9 comments:

  1. apa yang nad cite semua nye betul.. hehe..kalau yg pakai iphone tu memang selfie tiap tiap hari la kan cite dia.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Depends orang la. Tapi mostly memang macam tu :)

      Delete
  2. haha! instagram memang medium utk stalk orang.. setuju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tau tak apa. Dah tak ada kerja, stalk orang je la. Hehe :)

      Delete
  3. lagi satu, dubsmash. lagi la annoying. urghh. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun satu. Dah jadi trend dah. Memula tak kisah sangat. Bila dah tengok tu, rasa menyampah la pula. Mcm nak jadi attention seeker je. Haha :D

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. kuikuikuiiii..
    yg kucing selpih tue tak boleh blahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak apa. Kucing pun tau selfie. Rare dan advance betul. Haha ;)

      Delete

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg