Wednesday, April 22, 2015

Resepi Nasi Goreng Mentega




Rentetan daripada ENTRY ni (bakunya ayat. haha), nad ada berjanji nak share 1 resepi kan. So, nad nak share la ni. Resepi nasi goreng mentega or planta or whatever la orang panggil. Hihi. Resepi ni simple je. Senang dan cepat nak disediakan. Bayangkan nad try resepi ni lepas bangun tidur hari tu. Kebetulan pula mama abah pergi keluar. Dengan kebuluran yang tak dapat dibendung lagi, nak tak nak kena la beranikan try resepi ni. Kalau tak, gastrik la jadinya. Padahal malam sebelum tu nad memang dah usha lebihan nasi kat dalam periuk tu.

Dengan muka yang selebet, rambut yang macam fesyen apa entah dan dengan tak mandinya, nad terus pergi dapur nak start memasak. Panas tu tak payah cerita la. Habis lencun baju nad dengan peluh je. Memang la takut nak try tapi kena beranikan juga. Lagipun, kesian kat adik perempuan nanti bangun tapi tak ada makanan.

So, are you ready ? Let's check it out !


Bahan - bahan

  • Nasi putih (nak banyak mana ikut suka hati korang la)
  • Mentega (ikut kesesuaian)
  • Minyak masak
  • 3 / 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 biji telur (nak lebih pun tak apa mengikut selera)
  • Lada sulah / perencah secukup rasa
  • Bahan tambahan seperti ayam, daging, fishball, fishcake, sosej



Cara - cara

  1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga rata.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih diikuti dengan bawang merah. Masukkan bahan tambahan. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
  3. Masukkan lada sulah / perencah. Ketepikan semua bahan. Tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur masak. Jika nampak kering, boleh tambah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula *optional*. Masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau sehingga rata lagi.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Ni la rupanya nasi goreng nad tu. Diorang cakap ok je. Hehe.



p/s : Resepi ni sesuai untuk newbie macam nad ni. Kalau nak letak sayur, boleh juga. Nad tak letak sayur sebab tak suka sangat.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg