Saturday, December 13, 2014

Cancel Last Minute




Assalamualaikum w.b.t.

Cancel last minute. Semua orang tak suka kalau terjadi kat diri sendiri kan ? Siapa je yang suka. Siapa suka, angkat tangan. Ehh... tak ada pun yang angkat tangan. Means, nad betul. Haha. Nad lagi la tak suka kalau cancel last minute. Lagi-lagi kalau memang dah plan dengan cun lagi. Tapi tu semua perancangan Allah. Nak tak nak, suka tak suka kena akur juga la. Siapa la kita nak melawan takdir dan kuasa Allah kan ?

Macam yang terjadi baru baru ni kat diri nad. Hari Selasa yang lepas agaknya (pelupa sikit). Asalnya ada lab start pukul 9. Lecturer tu yang minta start pukul 9. Kalau dalam jadual pukul 8. Kitorang ok je. Mana tak ok kalau start lambat walaupun sejam. Janji tak start pukul 8. Dah penat nak rasa class or lab start pukul 8. Dah cukup rasa semua tu sejak dari sem 1 lagi. Nad pun dengan rasa malasnya bangun la awal. Mandi, solat Subuh dan siap siap jap. Make up sikit. Haha. Padahal semangat dan mood nak buat lab tu dah ke laut mana entah. Memang malas yang teramat sangat la. Dah lab module encik tak upload. Duk tunggu dari semalam. Menepek kat portal tu semata-mata nak tunggu lab module. Tapi tak upload juga. Padahal dalam hati ni dah mula rasa dan agak yang mesti lab cancel. Sebab encik tak upload lab module.

Siap keluar rumah awal lagi memandangkan hari tu merupakan hari mengundi MPP. Dah tahu dah mesti kena tahan suruh pergi mengundi dulu kat tengah jalan nanti. Macam sem lepas. Dah siap mengundi, terus pergi kat tempat menunggu bas. Nasib baik mengundi kejap je. Pakai komputer la katakan. Tunggu bas dan as usual la. Bas ni mana nak punctual sangat. Tu tak kisah lagi. Naik je la bas dengan langkah yang lemah longlai sebab memang tak ada mood nak pergi lab. Dah sampai kat tempat lab, rasa pelik juga sebab encik tak sampai lagi. Kereta encik tak ada. Jarang encik datang lambat ni. Hati dah mula rasa apa yang nad rasa tu akan berlaku. Ahh... sudah. Takkan cancel kot. Faiz try call encik dari semalam nak tanya pasal lab, tapi tak dapat. Time ni la dia call encik semula. Nak confirmkan balik. Dah dapat call encik, Faiz pula cakap yang lab cancel. Arghh ! Benci kot bila jadi macam ni.

Punya la susah dan liat nad nak bangun tadi. Last last jadi macam ni, Benci betul cancel last minute. Kalau nak cancel, better inform sehari sebelumnya. Boleh sambung tidur balik atau buat kerja lain. Situasi macam ni dah banyak kali terjadi kat nad. Sebab tu nad tak suka kalau orang berjanji tapi tak tunaikan janjinya. Mneyirap wehh. Lagi lagi nad ni jenis orang yang tak suka menunggu ni. Time tu macam-macam la classmate nad cakap. "Penat je kitorang mandi awal awal. Kalau tahu macam ni, baik tak payah mandi datang sini", "Lain kali biar encik datang dulu, baru naik bas", "Benci la macam ni, Kenapa la tak bagitau awal awal". Tapi dalam hati nad cakap macam ni "Agaknya encik kat kawasan ceruk hutan yang tak ada line kot. Tu yang tak inform nak cancel".  Haihh... Dah satu bab nak menunggu bas untuk balik semule ke KKF. Bas pun boleh tahan lambatnya. Moral of the story, kena selalu make sure class or lab ada ke tak terlebih dahulu. Kalau lecturer tak cakap apa-apa, means ada la tu. Nak tak nak  kena taat. Pergi je class or lab tu. Jadi student yang baik. Kalau cancel last minute, sediakanlah pil kesabaran banyak banyak, ye. Hihi. Ilal liqa'. Fi hifzillah.



4 comments:

  1. Tahniah yer menang terpilih untuk segmen jom jadi sahabat...saya dtg blogwalking dari segmen yang same... :D follow sini... :D insyaallah nt saya masukkan blog ni dlm blog list saya... :D

    jindrisska.blogspot.com
    malaysian blogger, currently living and studying in Germany :D

    salam persahabatan :D

    ReplyDelete
  2. salam kenal..singgah blogwalking kat sini :)

    ReplyDelete
  3. Papaglamz bw di sini. Jom terjah Papaglamz

    Assalamualaikum

    Tahukan anda 3 daripada 100 orang di dunia ini menghidap penyakit migrain? Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation menunjukkan penyakit migrain juge merupakan antara 3 penyakit utama dunia.
    Baca lagi.......

    http://www.papaglamz.com/2014/12/10-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html?m=1

    ReplyDelete
  4. itu pensyarah ker?? kenapa begitu tak professionalnya... sangat2 menyakitkan hati... kalau saya lah lepas habis belajar kat situ saya akan buat komplen panjang2 pada tempat belajar tu dan kementerian walaupun kita tau takkan ada orang layan... tapi kensel macam seolah2 sibuk sangat tu adalah melampau...

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg