Assalamualaikum w.b.t.
Rasanya macam dah lama tak berceloteh kat sini (ehh.. ye ke ?). For your information, hari ni merupakan hari first bagi sem 4. Kejap je kan. Nad dah masuk sem 4. Dah jadi senior offically. Tak lama lagi nak kena pergi LI (Industrial Training in BM) dah. Wuuu.. Rasa seram sejuk sikit kalau fikirkan pasal LI ni. Entah kenapa la. Alhamdulillah. Jadual boleh tahan packnya. Tapi ada perubahan sikit. Ada hari yang class start lambat sikit. Start pukul 9. Kira bersyukur la tu. Dah 3 sem berturut-turut class nad start pukul 8 setiap hari. SETIAP HARI tau. Kalau study kat IPT ni, class pukul 8 tu dikira awal. Padahal dulu kena pergi sekolah pukul 7, relax je. Tak la tak suka sangat. Biasa je. Haha. Maybe sekarang ni baru nad rasa liat nak bangun pagi. Teruk betul.
For the first time juga hari Isnin nad tak ada class sangat. Tak pack sangat. Kalau dulu hari Isnin la paling busy pergi class sana sini. Alhamdulillah. Maybe penderitaan group 1 dah berakhir kot. Group 2 dari dulu asyik dapat class yang start lambat. Jarang class pukul 8. Tapi kitorang group 1 dulu selalu habis class awal. Tak meleret sampai lewat petang. Untung la sikit. Baru adil namanya. Haha. Bersyukur sangat hari Isnin tak pack sangat. Boleh balik sini lambat sikit. Boleh la juga mengada balik rumah hujung minggu menghabiskan duit semata-mata nak beli tiket. Tu memang nad selalu buat pada sem lepas. Ada je ruang nak balik rumah. Macam-macam situasi yang membolehkan nad balik rumah dan balik sini lambat sikit. Jangan contohi perangai nad ni tau. Budak nakal ni. Hehe.
So far hari ni ok je. Class pukul 9 tu cancel. Cuma yang tak bestnya ada lab Basic Communication Engineering pukul 3 kat main campus, Pauh. Tu yang leceh sikit. Padahal selalunya lab tak start lagi. Madam rajin sangat nak buat lab intro untuk kitorang. Dah la kat Pauh. Jauh tu. Kena naik bas awal 1 jam sebelum class or lab start. Sem lepas baru je satu-satunya sem yang aman dari pergi Pauh. Boleh tarik nafas lega la juga. Tapi sem ni terpaksa la pergi Pauh. Nasib baik lecturer favourite. Tak suka sebab jarang pergi Pauh. Pusat pengajian nad bukannya ada kat sana pun. Tak ada bangunan untuk pusat pengajian kitorang lagi. Entah bila nak wujud entah. Agaknya kalau nad sambung degree kat sini pun tak wujud lagi bangunan tu. Teringin la juga nak ada bangunan pusat pengajian (bangunan fakulti) sendiri. Baru la best sikit datang main campus. Boleh bangga sikit. Haha.
Ok la. Cukup la setakat di sini. Agak panjang la juga budak ni menaip. Sorry. My fault. Tak perasan. Hikhik. Ilal liqa'. Fi hifzillah :)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)