Sunday, October 26, 2014

Sebab Pakai Blogskin





Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni nad nak cerita tentang blogskin ? Korang tahu tak apa tu blogskin ? Search la sendiri. Nad tak reti nak explain. Karang terbelit dan berselirat kepala otak korang. Haha. Sekarang ni, dah ramai blogger yang pakai blogskin ni especially newbie. Kecuali blogger yang famous amos. Sebab diorang pakai template simple or denim dan edit coding sendiri (sebab tu diorang famous kot. terer coding dan banyak buat tutorial).

Nad rasa banyak advantage kalau pakai blogskin ni (depends on that person la). Especially newbie. Dan atas advantage tu la nad pakai blogskin. Memandangkan dah ada berlambak design of blogskin. Boleh rambang mata dibuatnya (kaching kaching).



  • Senang dan simple. Tinggal edit coding apa yang patut je memandangkan semuanya dah tersedia. Haha. Sebenarnya nad agak malas nak edit bagai ni. Busy kot. Lagi satu, tak pandai coding ni. Padahal amik computer engineering. Buat malu betul. Haha. CE ni banyak kira circuit dengan buat coding C++ la (alasan semata-mata).
  • Ringan dan kemas. Yes, I admit it. Pakai blogskin ni blog jadi ringan sikit.  Tak la nad buat perangai macam dulu. Galak sangat letak widget mak nenek bagai. Semua nak diletaknya, Haha. Jadi la kemas sikit sebab sidebar tak terlalu banyak dan scrollbar tak panjang berjela.
  • Macam-macam design yang ada. Paling banyak theme colour pink (tak tahu kenapa pink ni popular sangat. anti pink memang tak puas hati. haha).

Rasanya ni la advantage yang nad dapat bila pakai blogskin ni. Ye la. Tak kisah la korang nak pakai template apa sekalipun. Lain orang, lain citarasanya. Nad pernah rasa pakai template simple dan denim ni. Edit bagai nak rak sampai urat kat kepala otak ni bersimpul. Tidur lambat bersengkang mata semata-mata nak renovate blog je. Eventhough tak la secantik dan sekreatif mana pun. Manusia ni boleh berubah. Mana tahu nanti nad akan pakai simple or denim template balik. Who knows, right?




2 comments:

  1. Apa pun yg dipilih kalau sedap mata memandang, loading tak lambat, IM setuju ja. Hehe

    ReplyDelete
  2. Yup. Tepuk dada, tanya selera. Tanya hati. Hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg