Assalamualaikum w.b.t.
Kali ni nad nak story sikit tentang drama Korea yang nad tengok. Rasanya drama ni baru je start ditayangkan kat tv. Kalau dah duduk rumah, terpaksa la layan drama Korea je memanjang since adik nad memang Kpoppers dan peminat drama Korea. Redha je la. Tak la bosan sangat. Sebab Astro kan susah ulang cerita je. Haha.
Sebab utama nad join tengok sekali drama ni of course la sebab ada Rain. Haha. Handsome kot. Hee. Ni drama kedua Rain yang nad tengok selepas Full House (tu pon tak khatam lagi). Nad memang susah sangat nak stick on pada drama Korea ni. Drama yang nad pernah khatam cuma Playful Kiss dan Doctor Stranger. Padahal ada je lagi drama Korea kat laptop ni. Nak tengok pun kena cari mood juga.
Sinopsis Ringkas :
Drama Korea My Lovely Girl tentang Hyun-Wook (Rain) adalah seorang presiden/Ceo sebuah perusahaan hiburan, komposer & produser terkenal. Dia kehilangan kekasihnya dalam insiden kemalangan. Hyun-Wook kemudian bertemu dengan adik bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia yang bernama Se-Na lakonan Kristal. Dan seiring perjalanannya waktu Hyun-Wook (Rain) dan Se-na (kristal) jatuh cinta.
Hyun Wook (Bi) adalah CEO dari perusahaan sebuah agen bakat/hiburan bernama AnA . Dia adalah penulis lagu yang hebat dan seorang produser yang dingin yang tidak ambil peduli apa-apa di luaran namun sebenarnya ia memiliki sifat yang sensitif dan baik hati. Hyun Wook hidup dalam kesukaran kerana dia tidak dapat melupakan bekas kekasihnya yang meninggal dalam insiden tersebut, dia menyaksikan kemalangan tersebut di depan matanya sendiri...di saat terakhir bekas kemalangan itu kekasihnya meninggal di pangkuannya..
Sehinggalah adik dari bekas kekasihnya , Se Na (Krystal Jung), pindah ke Seoul untuk mengejar cita-cita menjadi seorang penyanyi. Mimpinya di dunia muzik dan Hyun Wook membantu Se Na untuk mencapainya. Bagaimanakah kisah selanjutnya....Jom! tengok online ataupun dekat Astro 393
Sumber dari SINI
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)