Friday, June 13, 2014

Last Night At Home. Holla, Perlis and KKF !!!



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hampir siap pack barang. Tinggal sikit je lagi ni. Malam yang terakhir di rumah sebelum balik kampung dan kolej kediaman. Sedih la sikit. Dah 2 bulan duk menganggur kat rumah. Makan masakan mama. Lepas ni my life will back to normal again. Pagi petang busy attend class. Malam pula busy dengan assignment. Agak-agak rindu, baru la otp dengan mama. Uhukss.. Tak dapat la merasa masakan mama lepas ni. Makan lauk kedai je la lepas ni. Ayam goreng, telur goreng dan air kosong. Tu je la yang mampu dimakan *tipu je sebenarnya* Kena jaga pemakanan sikit memandangkan perut ni sensitif. No more spicy food. Huwaa...

Boleh tahan juga barang yang nad nak bawa. Cuma tak sebanyak macam masa mula-mula masuk dulu. Semua benda nak diangkutnya. Sekarang malas nak bawa baju banyak-banyak. Lastly tak pakai juga. Kejap je kat sana. And then balik beraya. So memang tak perlu la nak bawa baju banyak-banyak. Better bawa baju kurung memandangkan nak dekat bulan Ramadhan. Boleh juga pakai masa pergi class atau solat Tarawih nanti. Hihi. Stok makanan of course dah prepare siap siap. Tak payah nak keluar pergi membeli nanti. Semuanya dah tersedia. Jimat masa sebab nad tak tahu timetable nad nanti macam mana. Jadual class tak keluar lagi. Heran la juga. Selalunya dah keluar dah. Ok la. Got to go. Nak sambung pack barang sikit. Nanti kena bangun awal. Nak bertolak ke kampung dulu. Sabtu atau ahad nanti baru balik KKF yang tercinta *sangat* Lailah saidah. May Allah forgive our sins. May Allah bless our journey. In shaa Allah. Fi hifzillah wa amanillah

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg