Tuesday, May 21, 2013

Syukur,alhamdulillah

Oitt..rasanya dah lama nad tak berceloteh kat sini.rindu tahap gaban kot.keadaan dan masa tak mengizinkan untuk nad menaip kat blog nie.hehe.pada 17 Mei yang lalu,baru nad tahu yang result UPU akan keluar.terkejut dan kelam kabut la juga nad masa tu.ye la,ingatkan keluar 21 Mei.ishh..tak apa la.lagi awal lagi bagus.sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.nad pun dah rasa bosan tanam anggur nie.padahal baru je.huhu.pagi tu,hujan pula turun lebat.dapat rasa kedinginan tu kat diri nie.adoyai!!kalau tak sebab result UPU tu,dah lama nad melelapkan mata kejap.memang nikmat dan syok la kalau dapat tidur time hujan macam tu.

Tepat pukul 11.50,nad dah tergesa-gesa dan kelam-kabut ambil laptop.macam masuk pertandingan lumba lari pula.dalam hati nie berharap jangan la broadband buat hal time hujan macam nie.bila jam sudah menunjukkan pukul 12,terus nad search laman web untuk check UPU kat google.bila dah dapat dan isi no ic,nad dah mula tutup mata sambil menunggu.kononnye surprise la sikit.dalam hati dah berharap,tolong la dapat first choice.tu je la yang nad harap sangat-sangat selama nie.lama la juga menunggu.biasa la,jammed sebab ramai orang buka laman web tu.nad asyik buka dan tutup je mata tu.bila rasa dah keluar result tu,nad buka mata perlahan-lahan.dan resultnya ialah..jeng jeng jeng..


Terbeliak biji mata nad tengok result tu.hah??UniMAP??biar betul nie??baru sedar yang result tu fourth choice nad.rasa frust sikit tu ada.sebab tak dapat U impian nad.then,terus lari-lari ke dapur dan jerit kat mama.terserlah ketidakmatangan waktu tu.macam budak tadika baru dapat gula-gula je.orang first yang tahu mesti la mama.mama gembira la juga bila dapat tahu yang nad dapat masuk U.lepas tu,nad cakap la yang course tu selalunya major budak lelaki ambil.mama boleh lagi cakap 'lepas nie bf kakak keliling pinggang la ye'.haha.nad mampu cakap 'eee..geli!!'.ecehh..padahal cover je tu.hehe.

Lepas cakap dengan mama,terus je call abah untuk inform pasal hal tu.bila nad cakap yang nad dapat UniMAP course computer engineering,boleh pula abah tanya 'UniMAP tu kat mana??'.adoyai!!buat lawak la  abah nie.then,terus fikir sekejap.sebab sebelum nie nad dapat tawaran matrikulasi.tak tahu nak pilih yang mana antara dua tu.pening juga dibuatnya.haihh..dua-dua tu ada baik dan buruknya.terasa susah nak pilih.lagi-lagi tawaran matrik tu nad tak sangka boleh dapat.dulu apply pun sebab mama suruh.kalau tak,jangan harap la nad nak apply.



Bila fikir balik antara dua tu,ada perbezaannya.kalau ambil matrik,belum tentu nad boleh jadi engineer nanti.maybe nad dapat modul 3 (math,bio,kimia,sains komputer).tapi kalau pilih diploma,peluang untuk jadi engineer tu ada.sebab dapat course engineering.matrik lagi singkat pembelajarannya.1 tahun kot.jimat masa sikit.lepas tu,boleh ambil degree.kalau diploma,3 tahun.lepas tu baru boleh ambil degree.lama la juga.setelah fikir masak-masak,akhirnya nad pilih diploma.sebab bila nad dapat matrik,kena ukur baju di badan sendiri.lagipun keadaan nad tak mengizinkan untuk ambil matrik.takut berisiko tinggi nanti.

Dan dengan berat hatinya,nad terpaksa lepaskan tawaran matrik.sedih la juga.sebab dah la tak ramai yang dapat kat sana.member yang dapat sama dengan nad dah confirm pergi sana.dah la kat U nanti,confirm la tak ada member 1 sekolah yang dapat sana.terpaksa la nad merantau kat sana seorang diri.kawan baru,life baru dan environment baru.macam mana la agaknya nad kat sana nanti.ada tak orang yang sudi kawan dengan nad?tak ramai yang sudi terima nad sebagai kawan seadanya.macam mana la pergaulan kat sana??bila dah keluar dari sekolah dan melangkah ke dunia luar,terasa takut la pula.takut nad akan hanyut dan berubah nanti.harap-harap la pergaulan kat sana tak la bebas sangat.amin~

p/s:keputusan nie diambil setelah discuss dengan kaunselor tak rasmi nad tu.awak,kita berdua nie bakal engineer la.baru perasan.wahh!!kita fight dan pastikan kita sama-sama jadi engineer nanti.insyaAllah.hehe:P

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg