Monday, April 8, 2013

Kembali semula

Wahh!! rasanye dah lama tak berceloteh kat sini.about 3 months.lama la jugak.busy kerja punya pasal.hehe.for your information,sekarang nie nad kerja kat tadika.sebelum tu pernah kerja kat PR (Pustaka Rawang).just bertahan 2 minggu je.sebab kenapa nad resign?? Tu biarlah hanya nad, Masitah, family, kawan rapat dan Allah je yang tahu.past is past, ok??ecehh.. 'hah??kerja tadika??' tu la my first sentence bila ditawarkan offer tu.pelik+hairan kenapa la yana offer job tu kat nad.rasa macam tak sesuai dengan jiwa nad je.ye la, kat sekolah dulu pon nad tak berapa nak sangat bercakap kat depan kelas.confirm orang yang paling lambat buat ujian lisan.cakap pun tak boleh pandang budak lelaki sangat.nervous kot.huhu~

nak tahu kenapa nad terima offer job tu??macam nie alkisahnye.lepas je nad resign dari PR tu, nad jadi penganggur selama sebulan.merasa juga jadi penganggur nie.seriously,sungguh tak best dan membosankan.ye la, nad dah biasa jadual hidup nie pack.kalau time sekolah tu, pagi pergi sekolah, petang tuisyen atau koko dan malam baru la study, buat homework atau turun gelanggang silat.so,nak tidur awal memang boleh la.sepanjang time menganggur, memang selalu jadi burung hantu.dah apply macam-macam kerja, tapi still tak ada call.agak-agaknye lepas nad resign tu, bos dah sumpah nad susah dapat kerja kot.entah la.nasib tak menyebelahi nad.bukan rezeki nad.

Suatu hari tu, yana hantar mesej.dye offer job jadi cikgu tadika berhampiran dengan rumah dye.mula-mula pelik la juga kenapa dye offer job tu kat nad.memang salah orang la.kelakar kot.ye la, nad yang boyish, brutal dan rock nie tiba-tiba je dapat offer job yang wajib nad jadi perempuan melayu terakhir dan penyayang gitu.memang habis la budak-budak tu nad kerjakan dan abaikan.tapi,nad tak beri jawapan lagi.then, nad cerita la kat mama.mama cakap 'ika,ambil je la kerja tu.cuba je untuk cari pengalaman.ika kena la berubah.yakin pada diri sendiri.mengajar orang besar pahalanye'.tu yang nad ingat la.

Next, sebelum tidur nad berfikir sekejap apa sebabnye nad patut terima offer tu.nie antara sebab nad terima offer tu.
  1. Meningkatkan lagi keyakinan diri yang tak berapa nak ada nie.kena jadi berani berbicara di depan orang
  2. Daripada menganggur kat rumah, better ambil je offer tu.rugi kalau tolak.lagipun, dah bosan duduk rumah
  3. Sampai bila la nak hidup macam nie.sekurang-kurangnye ada juga perubahan dan ilmu yang diperoleh seperti menguruskan kanak-kanak.tak la kasar sangat macam dulu.hehe
Esoknya, nad teks yana tanya pasal offer tu.alhamdulillah, still kosong lagi.dapat je nombor telefon ibu za, terus je call.esoknye, dah start kerja.tanggal 1 Februari 2013, nad sah jadi guru tadika sambilan.rasa macam tak percaya pula.hehe~

p/s:tak ada gambar nak post.maklum la, entry express ^_^

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg