Friday, April 3, 2020

"Review Water Based Moisturizer (Pelembab) Untuk Kulit Berminyak | Hansaegee Nature"

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Rindunyaaa kat blog ni. Aaaa hehe. Ada sebab kenapa menghilang sat. Menghilang pun demi kebaikan juga.

Perasan tak yang lately ni cuaca semakin panas? Panaih lit lit gitu. Sampaikan sakit kepala dibuatnya. Dengan wabak virus covid 19 lagi. Stay safe, everyone. Banyakkan minum air ye :) 

Bila dah panas macam ni, of course la kulit akan cepat jadi kering or berminyak. Especially untuk orang yang ada combination skin macam ni. Struggle gila nak hilangkan dryness dan oiliness ni. Skincare routine pun dah start follow slow slow. Sebab takut muka makin teruk macam dulu. So, paling penting kena ada untuk skincare routine, wajib ada moisturizer tau. Ye la kan. Nak bagi kulit hydrated balik.

So far nad pakai moisturizer ni, nampak la perubahanya sikit. Tak ada lagi dull skin. Oily skin pun bye bye je la. Kalau tak, nak tengok muka sendiri waktu bare face pun tak sanggup. Alhamdulillah, moisturizer yang nad pakai sangat membantu. Moisturizer apakah itu? Jeng jeng… 

🌸"Aqua Whitening Cream"




Pernah dengar tak? Moisturizer ni by Hansaegee Nature. Actually dah lama usha brand ni, tapi sekarang baru ada peluang nak try. Best gila pakai cream ni. Boleh rawat sun burn dan redness. Control minyak yang berlebihan bagi oily skin. Yang paling best sekali, water drop yang terhasil akan menjadikan kulit lagi lembap. Rasa fresh gitu. 

Selepas massage beberapa kali di kulit, ia akan membentuk water drop dalam beberapa saat je. Tak payah nak massage beria sangat. Bila water drop tu muncul, tu tandanya moisturizer ni dah absorbed sepenuhnya kat kulit. Cepat je meresap. Moisturizer ni sesuai sangattt dipakai semasa cuaca yang panas baq hang macam sekarang ni sebab tak ada rasa melekit langsung. I hate sticky cream! 

Cream ni mengandungi "Camellia Japonica Seed Oil" yang mengelakkan berlakunya pori tersumbat, tak menyebabkan pembiakan jerawat dan merawat dryness kat skin. Niacinamide pun ada dalam cream ni tau. Niacinamide ni kan one of the element yang terpenting untuk kulit kita. Niacinamide boleh mencerahkan kulit, mengawal minyak dan mengurangkan pori di muka. 

Masa mula-mula nad dapat cream ni, nad test pakai dulu kat tangan. Kot kot ada effect satgi. Tapi ternyata memang sama seperti yang dikatakan. Water drop tu akan kelihatan selepas massage kat tangan. Nad guna cream ni selepas toner atau sebelum nak start makeup. Depends la kan. Baru la makeup tak crack dan smooth je. Sekali dah try, rasa rugi pula kalau skip pakai. Super duper best!


Packaging sumpah nice. Nampak cute je 😍



Siap ada description, cara penggunaan dan ingredients pula tu. Bukan biashe biashe



Ada juga address manufacturer. Obviously bukan macam produk timbang kilo yang bersepah sekarang ni

Cream dia in a jar yang kecik comel je haa. Senang nak buka tutup memandangkan ada lid sekali. Secured la sikit


Texture of the cream. Warna putih dan light je. Tak sticky langsung sebab in gel based

Selepas dah massage cream tu kat kulit, akan kelihatan water drop dalam beberapa saat je. Tu tandanya cream tu dah meresap dalam kulit. Cepat je dia meresap fully. Tak payah tunggu sangat


Cara penggunaan : Ambil sedikit cream tu untuk tepek kat muka dan start massage dengan lembut di muka sampai la water drop muncul


Walla. Dah siappp! *tone Mira Filzah*


Effect lepas pakai moisturizer ni. Time ni tak pakai makeup pun. Secalit bedak pun takdak. Tak ada la nampak dull skin tu


 


🍁Brand: Hansaegee Nature




Saturday, March 28, 2020

Tutorial : Edit Gambar Menggunakan PicsArt



Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye. Sorry la. Dah lama menghilangkan diri. Menghilangkan diri pun ada sebabnya. Nanti la nad share apa yang berlaku sepanjang tempoh nad menghilangkan diri hehe 🤭

Hari tu nad share pasal sedikit hasil nad edit gambar menggunakan PicsArt. PicsArt pun boleh edit gambar? Wow! Macam tak percaya je. Hihi. Yes, boleh. Tapi bergantung juga kepada kreativiti masing-masing ☺️

So, kali ni nad nak share sedikit ilmu yang nad dapat masa explore PicsArt tempoh hari. Sikit pun jadi la. Kalau nak lebih, kena explore sendiri. Yang nad share ni pun basic je. Sebab nad still belajar dan explore lagi. Tak hebat mana pun 😂

Bawah ni merupakan contoh-contoh hasil nad edit gambar menggunakan PicsArt. Boleh la guna as reference. Benda ni sangat memerlukan kesabaran okay. Tak apa, slow slow dulu. Semuanya based on your creativity. So, marilah kita bersama-sama serlahkan kreativiti tu. You can do it! 🤪





Sunday, November 3, 2019

Kingkekpisang Gebu Gebas

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Kali ni nad nak share tentang dessert yang nad try baru baru ni. Nad tau pasal kewujudan makanan ni pun gara-gara tengok Azfarheri (some people may know him hehe) review kek pisang kat twitter dia. Some of you maybe cakap "Alaa kek pisang je pun". Yes, nampak macam kek pisang biashe biashe. Tapi in fact, rasanya luar biasa kot. 

Since nad ni penggemar pisang la juga, so nad pun usha la igshop yang jual kek pisang tersebut. Punya duk usha, I think berhari la juga. Then baru decide nak order. Nad kalau nak beli something sometimes take time la juga. Kalau asyik duk teringat je, beli je la. Karang menyesal pula. 

Nad pun ws la agent yang cover area rumah nad. Alhamdulillah, sekejap je dah dapat reply. Nad tak expect pun yang nad akan dapat kek tu petang tu juga. Nad order dalam tengahari macam tu, pukul 3 lebih dah dapat dah. Nad ingatkan agent tu akan cod waktu malam. Mana la tahu dia bekerja so assume la malam baru dapat hehe.

Ni la igshop yang nad duk usha tu. Dah macam spy dah sebab duk belek feedback satu persatu

Kek pisang gebu (RM 5)

For me, sedap gila kek pisang dia. Eventhough dia kek pisang biasa je pun. Tapi rasa dia luar biasa. Gebu pun gebu. Moist la juga. Tak rasa tepung or soda bikarbonat langsung. Fully rasa manis buah pisang. Memang rasa pisang semata-mata. Tak menyesal order kek ni

Premium bananachocoleleh (RM 15)



Yang bananachocoleleh nad beli satu je. Saje je nak try sebab kek ni hot selling la juga. Dah terjual lebih 2000 dalam masa sebulan. Wow, amazing kan. Tapi ya Allah, sedap banget. Rasa menyesal beli satu je. Sebab sedap gila. Rasa dia gabungan kek pisang dan coklat. Siap ada coklat leleh so boleh tuang kat atas kek tu. I'm crying sebab sedap sangat. No wonder boleh laku keras.

So far memang puas hati gila la dengan kek ni. Boleh repeat order lagi. Tapi kena min order 3 pcs. Mula-mula tu macam "What! 3 pcs? Banyaknyaaa". Bila dah dapat tu, alaaa tak cukup la. Nak lagi!!! So, korang pun boleh la try eh. Confirm tak menyesal punya haha. 




Kek pisang gebu (RM 5 × 2 pcs) = RM 10
Bananachocoleleh (RM 15 × 1 pcs) = RM 15
Cod charge = RM 10
Total = RM 35

Saturday, November 2, 2019

ULike : Editing Apps Ala Korea Yang 'Verel'

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Happy weekend! Weekend kali ni korang buat apa je? Pi jalan jalan ke? Pi makan makan ke? Weekend kali ni nad tak pi mana-mana pun. Ni pun tengah tinggal berdua je dengan abah haa. Azim pi kerja, yaya pula pi seminar kat UPM. Mama pi kenduri. Jadi la anak tunggal sat hihi. 

Korang dah try ke filter yang tengah viral tu? Laa yang tengah viral kat Twitter tu. Quite nice la juga. Alang-alang tu nad pun try la sekali guna apps ULike tu. Filter apps ni mostly ala-ala korea gitcheww. So boleh la acah korea sat hahaha berangan la kau eh. 

Ni la rupanya apps tu. Boleh install kat play store masing-masing eh

Interface bila buka apps ULike. Actually dia macam camera tau. Buka buka je terus terpampang muka kita 

Boleh adjust apa-apa yang patut kalau nak guna camera dari apps ni. Senang kan? Kalau nak edit gambar yang kita ada, tekan je kat bahagian retouch tu. Nanti direct ke gallery then pilih la gambar yang kita nak edit

Boleh la tekan mana-mana section kat bahagian bawah sekali haa. Nad tekan kat bahagian "Looks" 

Pilih la looks mana yang kita nak. Gambar atas guna "Mist" look. Boleh adjust mana yang patut. Kena la explore satu persatu. Try and error haa

Ni la filter yang viral tu. Namanya "Black elf". Bila tekan tu, keluar yang ada butterfly warna hitam. Kalau nak butterfly warna purple, tekan je kat gambar lagi sekali. Nanti dia tukar warna butterfly tu

Gambar ni tak guna filter pun. Just adjust brightness, contrast, highlight bagai guna apps ULike ni

Filter looks apa entah. Nad pun dah lupa. Looks Flower kot

Yang ni guna looks "Peach" kalau tak silap la hehe :) 

Friday, November 1, 2019

Welcome, November


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye. Salam Jumaat! Finally, 1 month to go until 2020. Alhamdulillah, masih bernafas pada first day bulan November hehe.

I'm so excited for this month. Sebab apa? Sebabnya November merupakan anniversary mama dengan abah nad. Pejam celik pejam celik, diorang pun dah together selama 27 tahun. Quite lama la juga for me hihi.

Yang lagi buat nad excited ialah this month I'll have my convocation day. Tengah counting day je haa. Semua preparation dah siap. Baju pun dah alter. Apa yang patut dah book dah. Kasut pun dah selamat sampai. Ngam ngam pula tu haha.

Hopefully this month berlaku perkara yang baik baik je. Tak nak la sedih sedih ke, emo ke. Kena la think positive selalu. Yang toxic toxic tu, kita remove je okay? :) 

Thursday, October 31, 2019

Segmen 1st Blogversary TWJ


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Actually dah lama nak join segmen ni. Tapi nad letak dalam bookmark. Hampir terlupa yang almost sampai due date ish ish ish.




Syarat-syarat Penyertaan

1. Follow blog The Wonderful Jannah dan Instagram @thewonderfuljannah (tak wajib untuk follow IG tapi dialu-alukan).

2. Tulis satu entri bertajuk "Segmen 1st Blogversary TWJ".

3. Dalam entri tersebut, nyatakan satu soalan yang anda ingin tanyakan kepada saya dan berikan ucapan yang paling kreaktif untuk ulang tahun blog The Wondeful Jannah.

4. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan back linkkan ke entri ini.

5. Tinggalkan link entri yang anda tulis di ruangan komen.

Hadiah
Bloglist TWJ (Nov-segmen pencarian bloglist seterusnya) x 10 pemenang
Review blog x 3 pemenang

Okay. Thank you kepada owner blog ni sebab sudi jemput nad untuk join segmen ni. Maaflah ye sebab join pun last minute macam ni hehe :)


Soalan : Apakah cabaran terbesar yang pernah dialami oleh Jannah?

Ucapan : Selamat ulangtahun The Wonderful Jannah! Tahniah sebab dapat sampai ke tahap sekarang ni. Teruskan usaha untuk berblog. Jangan pernah putus asa okay. Semoga blog The Wonderful Jannah dapat memberikan banyak manfaat kepada orang lain.

Tuesday, October 22, 2019

Working Life Is Hectic?



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye. Finally dah seminggu tanam anggur. Next plan? Just waiting for my convocation day. Rasanya tak salah kan kalau nak share working experience hari tu. Alaa masa nad dapat temporary position for 2 months.

Hari tu kan nad ada share yang nad dapat kerja temporary. Baru sekarang nak share dengan details sebab company tu private and confidential. Means any info or hal dalam company tak boleh share dengan orang luar. First time kot dapat company yang macam ni. That's why nad tak mention pun nama company kat mana-mana sebelum ni. Nak buat story ig pun tak berani weh.

Company yang nad dapat hari tu ialah Paramount Corporation Berhad. Idk la company ni famous ke tak. Masa mula-mula tahu tu, nad tak berapa kisah sangat dengan nama company. Sebab dah sah sah tak pernah dengar. Tak related dengan course kan. Bila tanya abah, abah tahu company ni. Abah ye la tahu kan, kerja kat business company. Company ni based property and development. Tapi company ni juga merupakan KDU management centre. Boleh bayangkan betapa multi-taskingnya staff situ. Dah la uruskan management KDU yang ada beberapa buah campus (nad cuma tahu yang kat PJ je), dengan subsidiary company lagi. Subsidiary company dia banyak woo. Nad pun tak hafal sangat.

Masa mula-mula masuk tu, nad tak expect pun akan dapat Legal Department. Boleh bayangkan tak? Memang lari habis. Tapi lama-lama tu, nad okay je. Cuma ada beberapa terms law yang nad tak berapa ingat sangat. Basically, kerja nad ialah buat filing, documentation, dan uruskan hal surat menyurat. Dah nama pun admin / clerk. Nad juga jadi multitasking person since company ni kerja dia non stop. First day hari tu, nad dah diberi 1 stack of documents yang banyak la juga. Kena punch and then sort it out. Sumpah sakit tangan bila balik rumah. Ye la kan, tangan pula macam ranting kayu hehe. Dokumen tu pula kena asingkan ikut file name or project name. Part tu take time sikit.

Normal la kalau tengah busy asingkan dokumen, datang pula dokumen yang lain. I'm used to it. Bila dah asingkan tu, kena letakkan dalam fail. Susun ikut type. Type tu macam correspondence, invoice, resolution, miscellaneous, final agreement dan draft agreement. Nad juga belajar how to differentiate antara final dengan draft agreement, type of correspondences dan macam-macam lagi la. Setiap type tu kena letak file divider untuk  asingkan dengan type lain. Kat file divider tu la, kena letak label yang bertulis dengan nama type tersebut. Setiap fail pula kena ada file name dengan details untuk tulis kat file label. File label ni dah ada template dah, tinggal nak edit je. Buat kerja filing ni seronok unless tetiba tertinggal nak letak documents atau tersalah letak documents type. Part tu memang rasa malasnya nak betulkan balik. Paper cut pula macam best friend dah.

Other than that, nad always do scanning untuk manager dan senior executive department tu. Oh, btw department tu ada 2 orang je tak termasuk nad. Seorang manager dan seorang senior executive. Tapi nad selalu bekerja dengan senior executive. Kiranya nad terima instruction dari  dia. Sometimes nad buat typing guna typewriter. Typewriter? Yes, typewriter yang bunyi tak tuk tak tu. Macam old school, tapi best kot. Lagi-lagi nad tak pernah tengok typewriter machine tu kat depan mata. Mula-mula tu rasa susah nak guna machine tu. Nak kena adjust bagai. Senget ke tak. Lama-lama tu, best kot sebab dah pandai guna. Binding machine pun nad belajar guna juga. So lepas ni boleh la buka kedai photostat dan binding hahaha.

Kalau nak hantar surat or dokumen ke company lain especially law firm, nad akan prepare cover letter, acknowledgement letter, check apa yang perlu dihantar, buat envelope label (yang tertulis nama dan alamat company penerima, attention to who) dan pass it sama ada to despatch or receptionist. Kalau by despatch, kena hantar ke despatch company. Kalau by courier or collection, kena hantar ke receptionist. Sometimes nad diberi arahan untuk print documents. Tak kisah la sama ada agreement, surat, presentation slide dan sebagainya. Banyak juga yang nad tersalah print hari tu. Dalam 1 bundle gitu. Membazir kertas.

For perjalanan pergi balik pula, tak la rasa susah mana sebab nad dah familiar dengan area company tu. Sebab nad pernah intern kat area situ waktu diploma dulu. Rindunya nak jejakkan kaki ke company tu huhu. Actually, perjalanan pergi balik nad is more than RM 10. Quite pricey kan. Belum lagi dengan belanja makan. Kalau bab makan kat area Damansara or PJ, kena la stand by RM 10 sehari. Tapi kan, nasib baik nad buat unlimited pas RM 100 untuk 30 hari. Boleh guna untuk MRT, LRT, bas MRT dan bas LRT. Untuk kad KTM pula, nad simpan duit untuk reload kad tu. 

Perjalanan pergi 

Rumah - MRT Pasar Seni - MRT TTDI - Bas MRT - Damansara Uptown

Dari rumah nak ke stesen MRT Pasar Seni tu take time 30 minit ++. Nasib baik abah hantar dengan motor. Cepat sikit. Jammed kan. Dari MRT Pasar Seni nak ke MRT TTDI tu dalam 20 minit. Depends on nad dapat naik MRT pukul berapa punya. Then naik bas MRT ke Damansara Uptown. Company tu betul-betul dalam tower sebelah The Starling mall je. Memang tiap hari masuk mall. 

Perjalanan balik

Bas MRT - MRT TTDI - MRT Sungai Buloh - KTM Rawang

Perjalanan balik agak take time la juga. Almost 1 jam 30 minit. Sometimes bas datang lambat, KTM lambat or delay. That's why ambil masa yang lama. Lagi pula company tu 9 am - 6 pm, keluar office je, dah beratur orang tunggu bas. Nad mulanya tak biasa juga dengan office hour 9-6. Tapi tak apa la, asalkan weekend dan public holiday cuti. 

Maybe some people rasa macam kerja yang nad buat ni macam leceh dan kolot je, but for me it's a new experiences yang tak semua orang boleh dapat. Working life is hectic? Definitely YES!!! Penat kejar bas, kejar MRT, kejar train. Turun je kat MRT Sungai Buloh, kena berlari turun kejar KTM yang kat bawah sekali tu. Siapa yang pernah naik MRT tu, tahu la betapa besar dan luasnya stesen dia tu. Nad kena berlari kejar train KTM sebab KTM kan jadual dia tak menentu. Kalau terlepas, jenuh nak menunggu kat stesen dia yang boleh tahan panas juga. Belum lagi tetiba lapar waktu menunggu tu. Alhamdulillah, nad dapat survive bekerja selama 2 bulan. Staff sana agak terkejut bila tahu nad tinggal mana sebab quite far la juga. Tapi dah biasa dengan area tu kan. Macam-macam pengalaman yang nad dapat hehe. 

Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Just a quick and short entry. Dah lama rasanya tak join segmen. Alang-alang tengah free ni, why not la join kan? Actually nad follow blog Ombak Bergigi ni dari zaman mula-mula kemunculan blog tersebut. Tak ingat berapa tahun lepas entah. Simple je syaratnya. Meh la join sekali eh. Mana la tahu dapat benefit kan hehe.

Segmen ini akan bermula pada 21 Oct 2019 (Isnin) sehingga 28 Oct 2019 (Isnin). Segmen ini dijalankan selama seminggu. Seramai 5 orang peserta yang bertuah dan layak menjadi bloglist Ombak Bergigi.


Syarat Untuk Menyertai


1. Follow Blog Ombak Bergigi


2. Follow IG @ombakbergigi


3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi"


4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini


5. Comment link entri penyertaan di bawah

Friday, October 18, 2019

1 Month To Go


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Salam Jumaat. Aaaa rindunya dengan blog ni. Rindu nak membebel kat sini hehe. Fyi, sekarang ni nad tengah tanam anggur. Officially jobless for a while. Sebab kerja hari tu dah tamat contract. Nad siapkan kerja hari tu cepat sangat hihi. Contract sebenarnya around 2-3 months. But in 2 months, dah complete everything. Fuhhh lega sebab semuanya dah settle. It's time for ME TIME la kan. Saya suka saya suka! 

Sekarang ni kan tengah musim orang berkonvo. Buka je instagram, bersepah gambar orang konvo. Cuma lain-lain universiti je. Sabarlah duhai hati. Penantianmu akan tiba juga. Jealous meh. Nad punya convocation akan berlangsung dalam masa sebulan lagi which is 18 November 2019.

Idk why this year convo buat lambat. Sepatutnya dalam bulan ni juga. Tak apa tak apa. Asalkan dapat grad on time eh. Tak sabar rasanya padahal preparation tak complete lagi. Baju tak alter, kasut tak beli, photographer tak book lagi. Yang menjadi persoalannya sekarang, should I book MUA? Entah la. Nak makeup sendiri boleh je, tapi takut tetiba tak menjadi je. Dah la tengah rushing, tak jadi pula. Hak alah boleh bad mood dibuatnya. Nad punya morning session. Kena bangun dan bersiap awal. And then turn nad hujung hujung sekali sebab course nad last sekali. Means nak dekat hujung istiadat. Buntu pula dibuatnya.

Surat tamat belajar ni keluar bulan Ogos hari tu padahal nad habis paper Jun lepas. Sebab tunggu result budak short sem sekali

Tak tau la berapa lama nak kena tunggu sampai turn nad nanti. Mahunya cair makeup satgi hahahaha 

Dulu masa convo diploma tak ada pula wujud website khas untuk convocation. La ni dah makin maju eh

Korang doakan la semoga semuanya berjalan lancar nanti. Gambar lawa (ni yang paling penting), makeup on point dan tahan lama. Hopefully tak ada la jerawat yang menumpang time tu. Nad tak pi rehearsal nanti on 14 November sebab rasa macam rugi je pi sana semata-mata rehearsal padahal turn nad on 18 November. Rugi rugi. Dah compulsory pun nad tak kira. Takkan la tak pi rehearsal, tak boleh berkonvo. Orang dah bayar yuran kot! 

Saturday, October 12, 2019

Alhamdulillah. Rezeki Bulan Oktober

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua sihat la ye. Fuhhh kejap je dah masuk bulan Oktober. Tak lama lagi 2019 bakal melabuhkan tirainya. Dah nak masuk 2020. A few months before 2020. Tak sabar rasanya nak masuk bulan November. Sebab apa? Sebabnya next month merupakan convocation nad. Yeahh. Actually, kebiasaannya convo tu jatuh pada bulan Oktober. Hujung bulan gitu. Tapi entah kenapa this year boleh pula anjak ke bulan November. Takkan sebab nak tunggu dewan baru siap kot. Impossible la. Jealous la tengok orang yang dah berkonvo. Kita punya turn next month. Penantian itu satu penyeksaan hahaha.

This entry should be posted on 1st October. Tapi macam biasa la kan, tak dan nak menaip hehe. Alhamdulillah, nad berpeluang menang dalam 2 segmen yang join sebelum ni. Tak expect langsung sebab nad pun jarang join segmen GA bagai. Kalau diizinkan, nad akan lebih rajin join segmen GA ni. Korang doakan la supaya nad rajin eh :)

Sumpah terkejut bila buka awaiting moderation comment. Masa tu rasa macam "Eh, betul ke aku menang ni? I'm not dreaming, right?"

Can you see number 3? Number 3 is me!!!

Find me hahaha

Punya la ramai yang join segmen Refresh My Bloglist ni. 

Yeayy!!! Nombor 21 terpilih hihi

Nawaitu asalnya join segmen ni sebab saje je nak join. Tak berharap pun nak menang. Just nak memeriahkan je. Sebab tu tak expect pun menang. Thank you kepada blogger Mia Liana dan Nieza sebab anjurkan segmen ni. Terima kasih daun keladi, kalau ada nad join lagi ;)

Wednesday, October 2, 2019

Wordless Wednesday : FREE Vsco Filters (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.











Source : Pinterest

*All pictures are credited to its rightful owner*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg