Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia, selepas Sarawak. Boleh bayangkan betapa besarnya Sabah ni. Terlalu banyak tempat interesting yang boleh dilawati di negeri di bawah bayu ini. Tambahan pula, negeri ini masih kaya dengan sumber alam semula jadi malah penduduknya juga berbilang etnik dan budaya. Semestinya ia sesuatu yang unik untuk kita lihat. Dan jangan lupa kalau dah ke sana sudah semestinya korang kena book best Kota Kinabalu hotels. Ataupun kalau ikut suggestion nad, korang try le meridien Kota Kinabalu Hotel booking so that dekat dengan semua tempat yang korang nak pergi nanti.
Jesselton Point Waterfront merupakan salah satu tarikan utama pelancong di pusat bandar Kota Kinabalu. Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki di atas air. Sambil-sambil korang bersantai-santai dan makan di tepi laut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa (fuhh boleh fefeeling sikit), korang juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik diwaktu senja di sini.
Perkampungan Budaya Mari-Mari ini dibina dalam suasana hutan terpencil di Kionsom, Inanam, kira-kira 30 minit memandu dari Kota Kinabalu. Tempat ini wajib korang singgah untuk mengenali etnik dan budaya rakyat Sabah dengan lebih dekat. Di Perkampungan Budaya Mari-Mari, korang akan dapat melihat sendiri kepelbagaian rumah komuniti etnik Sabah, antaranya Bajau, Lundayeh, Murut dan Dusun. Pelbagai aktiviti yang boleh korang lakukan di sini. Salah satu acara kemuncak yang dipertunjukkan kepada korang adalah permainan Trampolin atau Lansaran (trampolin kayu dan buluh) oleh masyarakat Murut.
Rumah terbalik bukan lagi suatu tarikan yang asing di Malaysia. Haa mesti ada yang pelik dan berkerut dahi kan? Rumah terbalik? Macam mana rupanya rumah terbalik tu? Banyak tempat selain di Kota Kinabalu juga mempunyai rumah terbalik. Tetapi, keunikan Rumah Terbalik Tamparuli adalah beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang dipamerkan di rumah ini. Selain itu, Rumah Terbalik Tamparuli juga telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana seni bina yang unik ini merupakan yang pertama di Malaysia. Dahsyat tak dahsyat. Tarikan terbaru di persekitaran Rumah Terbalik ialah 3D Wonders Museum. Muzium Keajaiban 3D ini bukan hanya pameran seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga merupakan yang pertama dan memberi tumpuan kepada pendidikan orang ramai tentang kepentingan melindungi biodiversiti, ekosistem dan sumber semula jadi.
Cowboy Town Tuaran terletak lebih kurang 40km dari bandaraya Kota Kinabalu. Ia merupakan salah satu tempat interesting yang mesti korang kunjungi apabila berada di Kota Kinabalu, Sabah. Korang disajikan dengan suasana pekan cowboy di sini. Selain itu, landskap di sini juga sangat cantik untuk korang abadikan dalam gambar sebagai kenangan. Selain itu, jangan lupa membawa bersama tiket pembayaran kerana ianya boleh ditebus dengan minuman teh ais di restoran berdinding buluh di sekitar tempat interesting ini.
Kota Kinabalu Wetland Centre dahulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Tempat ini merupakan kawasan hutan bakau berkeluasan kira-kira 60 ekar. Titian sepanjang 1.5 km dibina khas untuk pengunjung bagi menikmati udara segar, melihat burung-burung dan juga binatang kecil. Terdapat hampir 80 spesis burung di sekitar kawasan paya bakau ini. Selain itu, di sini juga terdapat menara pemerhati untuk melihat kawasan sekitar hutan bakau ini. Korang juga boleh ke bird-hide utuk meneropong dan melihat aksi burung-burung yang rare. Antara burung yang boleh didapati adalah Purple Heron dan beberapa spesies Egrets.
Salah satu keistimewaan yang terdapat di Sabah adalah makanan lautnya yang segar dan murah. Untuk menikmati kesegaran ketam dan udang galah dengan harga yang sangat berpatutan, korang boleh ke Pasar Malam KK. Bukan sahaja makanan, tetapi korang juga boleh shopping cenderahati di sini. Antara pasar malam yang popular di sekitar KK adalah Pasar Malam Sinsuran, Pasar Malam Segama dan Pasar Malam Kampung Air.
Menara Jam Atkinson ini telah siap dibina pada 20 April 1905 sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton di suatu ketika dahulu iaitu Mendiang Francis George Atkinson yang meninggal dunia pada umur 28 tahun disebabkan oleh Borneo Fever iaitu Malaria. Menara setinggi 50 kaki ini sangat penting padazaman itu. Ini kerana, kedudukannya di atas bukit, menjadikan ia sebagai panduan untuk kapal berlabuh. Namun kini, teknologi semakin canggih, bangunan tinggi juga sudah banyak di Kota Kinabalu, jadi menara ini sekadar menjadi menara jam dan tumpuan pelancong kerana kisah sejarahnya.
Sabah antara tempat paling best nak pergi dan banyak seafood <3 <3
ReplyDeleteYesss tak boleh dinafikan tu :)
DeleteCantik tempat ni :)
ReplyDelete