Thursday, September 10, 2015

Last Final Exam



Assalamualaikum w.b.t.

Holla ! Sorry sebab dah lama menghilang. Bukannya sengaja menghilang macam tu je. Kalau duk menepek kat blog memanjang, nanti kerja tak jalan langsung. Haha. Meh sini nak tiup blog yang dah bersawang ni. Agaknya dah macam rupa rumah hantu tak ? Ngee.


As final year student, stress tu tak payah cakap la. Walaupun just amik 4 subjek je, tapi beban yang terpaksa dipikul tu dah macam gaya amik 10 subjek je (hiperbola sangat kau). Mana tak nya. Nak handle final year project lagi. 2 mini project lagi. Mana la tak pecah kepala oii. Walaupun final year, ko-k pun tetap kena join. Padahal senior sebelum ni boleh je ponteng ko-k. Mana aci woii. Kena join camping dengan program apa entah. Kalau tak, tak dapat markah ko-k. Tak dapat A. Kejam kan ?

Tapi yang bestnya, sem ni class tak pack langsung. Just hari Isnin dengan Selasa je terasa penat dan pack sikit. Sebab ada lab kat main campus, Pauh. Keluar rumah awal pagi, balik rumah waktu petang. Sabar je la. Rabu pula selalu tak ada class sebab ada 1 class je. Tu pun 1 jam je. Depends on lecturer nak buat class ke tak hari Rabu sebab 1 jam je pun. Hari Khamis pula class tak fix mana pun. Sometimes tak ada class. Sometimes lecturer anjak class. Buat class awal. Jumaat pula memang tak ada class. Off day ! Haha.


Final exam is just around the corner. Lagi 2 minggu nak final ! Next week dah last week ada class. Then, study week pun menjelma. Ada presentation mini project pula waktu study week tu. Adoii. Raya haji yang jatuh waktu study week tu, terpaksa balik juga. Sebab semua housemate balik. Takkan la tinggal seorang diri. Walaupun 4 paper je, tapi nak study tu ma shaa Allah. Banyaknya ! Dah la teori semata-mata. Tak ada calculation, gaiss. Tak ada kira circuit bagai (tu la dulu mengeluh bila kena kira circuit). Haihh.

Memandangkan kali ni merupakan last final exam sebagai student diploma, semua exam kat dewan baru yang terletak kat main campus tu. Sengaja la tu nak bagi kitorang merasa guna dewan baru tu. Haha. Study week ni tak boleh la nak main-main walaupun 4 paper je. Tak nak la kantoi masa final year ni. Nanti kena extend sem. Menangis berhuhu la kau tengok classmate semuanya graduate tapi kau kena extend sem. Kena graduate dengan junior. Tak nak la oii. Minta dijauhkan. Memandangkan bulan ni majority ada exam, nad nak ucapkan kepada uolss yang ada exam tu. Study smart dan jaga kesihatan tu. Rehat kena cukup. Jangan jadi macam zombie sudah. Hihi.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg