Saturday, November 8, 2014

Ego Itu Membunuh



Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni nak share pasal ego. Yes. E.G.O. Tiga huruf. Mempunyai makna yang tersendiri. Setiap manusia pasti mempunyai ego yang tersendiri. Ye, sebab tu fitrah bagi manusia. Kita pun bukannya sempurna dan maksum pun. Masih ada kekhilafan diri juga. Yang membezakan ego manusia tersebut cuma  tahap ego tersebut antara tinggi atau rendah je. Tinggi melangit macam nak mencecah ke angkasa atau rendah macam jarak tapak kaki dengan tanah. Ego yang tinggi memang sinonim dengan kaum adam. Bukannya semua kaum adam begitu. Tapi kebanyakan kaum adam mempunyai ego yang tinggi.

Tak salah kalau ego tu nak tinggi mana sekalipun tapi sedarkah kita bahawa ia boleh menyusahkan orang lain. Boleh merosakkan hubungan sesama insan. Boleh membuatkan kita kehilangan orang yang tersayang. Orang lain boleh naik meluat dengan ego kita tu. Boleh buat orang lain merajuk dan melangkah kaki blah dari hidup kita. Sebab tu ego yang tinggi ialah 'silent killer' yang perlu dikurangkan dalam kehidupan. Tuan empunya badan tak perasan tapi ia boleh menjejaskan interaksi dan komunikasi dengan manusia lain.

Ego merupakan satu sikap dimana tidak mahu mengalah dan merasakan bahawa diri anda sentiasa betul, keras kepala dan tidak kenal erti putus asa

See ? Seseorang yang egonya tinggi pasti akan memastikan dia sentiasa menang dan tidak sekali-kali mengalah apabila berlaku sesuatu konflik. Hal ini kerana dia merasakan yang diri dia tu betul je. Selain itu, orang yang tinggi egonya pasti berkait rapat dengan sikap mementingkan diri. Ye la. Dah kalau bergaduh asyik dia nak menang dan dia je yang betul, tak ke namanya selfish tu ? Last last orang lain pula yang terpaksa mengalah walaupun sepatutnya orang tu tak patut berbuat demikian. Demi nak puaskan hati si ego tinggi ni.



Ego yang tinggi juga boleh menyebabkan orang lain makan hati berulam jantung dengan dia. Asyik nak mengalah je memanjang. Macam semuanya salah kita je. Bukannya nak reti meminta maaf. meminta maaf tu memang tak lah dia nak buat. Macam mimpi je kalau dia meminta maaf kat kita. Ego juga boleh mendorong kita untuk menipu diri sendiri dan menyakitkan hati orang lain. Contohnya, si A dengan si B dah lama bercinta. Sepanjang percintaan diorang ni, asyik si B je yang nampak berusaha untuk menghargai dan membuktikan betapa sayangnya dia kat si A. Tapi si A tu buat bodoh je. Memang la si A tu sayang si B. Tapi dia langsung tak tunjukkan. Biarkan je si B tu nampak macam terhegeh-hegeh kat dia. "Jatuh lah macho dan standard aku kalau aku jadi romantik dan berjiwang jiwang ni. Lagi-lagi kalau aku minta maaf kat dia". Orang macam ni patut ditinggalkan je. Macam bercinta dengan tunggul batu je. Last last nanti dia yang menerima padahnya. Menyesal tak sudah sebab dah kehilangan si B yang tersayang tu.



Last but not least, ego tu memang perlu dalam kehidupan kita. Tapi kena lah berpada-pada dan terkawal. Tak boleh terlampau tinggi dan terlampau rendah sangat. Yang sedang sedang saja (macam dalam lagu tu. Hehe). Kalau ego rendah sangat, macam tak ada pendirian pula. Senang senang je nanti orang nak pijak kepala.




p/s : Maaf entry kali ni agak merepek sikit.

4 comments:

  1. zz setuju sgt.. ego kena ada tapi jangan sampai ego membunuh kita..

    ReplyDelete
  2. Yup. Betul tu. Kena bertapis sikit. kalau tak, hilang semuanya :)

    ReplyDelete
  3. selalu yang ego ni, bila dh hilang bru rasa menyesal.. huhu

    ReplyDelete
  4. kene tahan sifat ego itu barangkali


    http://warkahterkini.blogspot.com/2014/09/4-cara-menjemput-jodoh.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg