Assalamualaikum w.b.t
Sobahul khair. Salam Jumaat barakah. Have a blessed day ahead. Kaifa haluk?? Alhamdulillah, ana bikhair. Hihi. Dah lama benor tak cakap dalam bahasa Arab. Tetiba jadi rindu. Padahal dulu bukan main bosan lagi bila belajar bahasa tu. Ishh... jangan dicontohi perangai tu. Hehe. Dalam seminggu, hari Jumaat yang paling istimewa. Sebab hari Jumaat ialah penghulu segala hari. Kita digalakkan mengamalkan amalan-amalan sunat pada hari tersebut. Hari lain pun boleh buat. Tapi jika mengamalkan pada hari Jumaat, banyak pahala yang akan kita dapat. Apa salahnya kalau dalam banyak-banyak hari, kita pilih hari Jumaat untuk berlumba-lumba melakukan amal ibadah.
Terdapat pelbagai amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat. Salah satunya ialah membaca surah Al-Kahfi. Nad sebenarnya baru je tahu pasal surah ini. Waktu zaman persekolahan dulu, nad tak tahu langsung pasal amalan membaca surah Al-Kahfi. Betapa jahilnya nad masa tu. Allahu. Sob sob. Bila dah habis sekolah, baru la pandai sikit nak cari ilmu dan maklumat sendiri. Nad nak share apa sebenarnya kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Tak salahkan kalau berkongsi ilmu. Biar ramai yang tahu. Bukan nak cakap yang nad ini pandai ke alim ke. Tak sama sekali. Tapi biar la kita saling mempelajari.
1. Cahaya akan terpancar kepada dirinya daripada kaki hingga ke langit pada hari akhirat kelak
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)
2. Dosa akan diampunkan antara dua Jumaat
"Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al-Tarhib)
3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal
Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam'an yang cukup panjang yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal." (HR. Muslim)
Imam Nawawi berkata:
"Sebabnya kerana pada awal-awal surah Al-Kahfi itu terdapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak tertipu dengan fitnah Dajjal."
Demikian juga pada akhirnya iaitu firman Allah swt:
"Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain aku?..." (Al-Kahfi: 102)
Itulah antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Semoga kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semoga kita istiqamah dalam mengamalkannya. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)