Friday, October 31, 2014

Throwback. When I Was Junior

             

                                        

Assalamualaikum w.b.t.

See tajuk kat atas ? Nampak tak ? Kalau nampak, bagus la tu. Alhamdulillah. Kali ni nad nak story pasal waktu nad mula-mula masuk UniMAP dulu. Rasanya tak pernah citer lagi kan ? Tak apa. Kita kasi throwback kejap. Sebab dulu tak pernah terfikir langsung nak citer. Ye la. Dulu kan abaikan blog ni kejap. Huhu.

Ok. Dulu lepas espiemm, nad dapat 2 tawaran. 1 daripada matrikulasi dan 1 lagi daripada UPU. Mula-mula tu nad memang tak nak apply matrikulasi langsung. Sebab tak confident boleh dapat. Tapi nad apply juga sebab mama yang suruh *anak yang baik kan ? pfft* Tak sangka la boleh dapat. Result pun tak gempak mana. Antara matrikulasi di Selangor dan UniMAP di Perlis, kenapa nad pilih further study kat UniMAP ? Ehh... ada sebabnya. Eventhough dah pergi survey dan jalan-jalan area matrikulasi tu. Not bad la. Sebab matrikulasi baru je lagi. So, nampak ok la lagi.

Nad pilih UPU tu sebab tak confident yang nad boleh carry on dengan matrikulasi. Hati lagi berat nak ke sana eventhough dekat. Sama negeri je pun. Lagipun, nad ada sakit sikit. Takut kat matrikulasi nanti stress sangat. Cukuplah zaman persekolahan asyik stress je memanjang. Jalan selamat, pilihlah jalan yang panjang eventhough jalan singkat ada. Tak apa. Ada hikmah di sebalik semua tu. Lagipun, nad memang teringin nak belajar jauh-jauh. Nak travelling dan berdikari. Sekolah dulu ada je asrama. Tapi tak best la stay asrama kalau rumah dekat sangat dengan sekolah. Karang asyik fly asrama je memanjang. Haha.

Dulu, excited sangat prepare semua barang nak pergi sana. Macam-macam nak dibawanya. Padahal macam la tak pernah stay hostel. Bukannya apa. Takut ada yang tak cukup nanti. Mula-mula memang la excited tapi lama-lama tu rasa berat hati la. Of course la. First time berjauhan dengan family dan AFFNY's family. Takut tak boleh adapt dengan suasana nanti. Lagi-lagi masa tu tengah ada problem sikit dengan someone. Macam risau nak pergi sana je. Takut terjadi apa-apa kat kitorang nanti. Masing-masing dah jauh kan. Ermm.

Waktu register kat main campus dulu, baru nad tahu yang UniMAP ni tersangatlah besar sebab kampusnya berterabur merata negeri Perlis. Macam adventure je. Memang penat la menapak kat Pauh tu. Besar sangat. Panas tu memang la panas. Then, lepas register kena register kolej pula. Ingat lagi. Masa sampai kolej kediaman tu, hujan turun lebat. Tapi redah je la sebab nak register dan ambil kunci. Bila sampai je depan kolej tu, memang terkejut besar la. Mana taknya. Rupa-rupanya diorang sediakan sebuah taman perumahan untuk pelajar perempuan. Means rumah teres 2 tingkat untuk pelajar perempuan. Memang tak terkejut la kan. Padahal sebelum ni asyik terbayangkan rupa hostel yang ada dorm tu. Haha. 1 rumah tu ada la dalam 8 orang macam tu. Ada 4 bilik semuanya. 1 bilik kat bawah dan 3 lagi kat atas. Nad dapat bilik yang paling besar sekali (master bedroom katanya). Boleh muat 4 orang dalamnya. Ada 2 katil double decker, 4 locker denga toilet.

 Waktu nad masuk tu, rasanya ada bakal roommate nad kat situ. Tapi nad tak tegur sangat (nampak macam sombong kan). Well. Nad memang macam tu. Maybe orang yang tak kenal nad akan cakap nad ni kerek. Nad cuma tak reti macam mana tegur orang dulu dan maybe pemalu sikit (ye la tu). Tapi lama-lama tu bila dah kenal dengan semua housemates tu, dah boleh ngam dah dengan diorang semua. Boleh lepak makan sama-sama. Keluar pun sama-sama. Alhamdulillah. Setakat ni housemates semuanya tak berpecah dan pindah rumah lain lagi kecuali seorang tu. Tu pun sebab dia Palapes. Kena stay kat rumah Palapes dengan skuad dia.




Gambar kolej kediaman perempuan. Masa ni rasanya kafe tak siap lagi.




Kat main campus, Pauh semasa minggu suai kenal (MSK). Yang paling tak sopan dan behave tu la nad. Haha.





With housemates. Berlima je yang mampu. Yang lagi 3 orang tu entah ke mana la. 

*Sepatutnya entry ni ditaip pada tahun lepas. Sem 4 nanti bakal menjadi senior yang sebenar. Muahaha*








2 comments:

  1. unimap rupanya.kawan saya pun study sana jugak dulu. tapi baru grad ja bulan lepas. ^_^

    ReplyDelete
  2. @Cik Fafa Grad diploma ehh ? :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg