Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, August 5, 2019

Waktu Yang Diharamkan Berpuasa? Baca Ini!


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Seperti solat juga, puasa pun waktu yang diharamkan berbuat demikian. Lagi-lagi bila dah lepas Hari Raya Aidilfitri. Mesti ada di kalangan kita yang berlumba-lumba untuk menggantikan puasa yang lepas di samping berpuasa sunat. Tapi sebelum nak berpuasa tu, kena la tahu juga sedikit demi sedikit tentang waktu yang diharamkan berpuasa. Tak ada la sia-sia je puasa tu kan ☺️

Waktu yang diharamkan berpuasa ialah suatu tempoh atau masa yang di mana seluruh umat Islam dilarang sama sekali untuk berpuasa. Tujuannya adalah untuk kita bersama-sama meraikan ketika orang bergembira.

Waktu-waktu yang diharamkan berpuasa :

  • Pada Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang disambut dengan tujuan untuk meraikan kejayaan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan. Ketika ini umat Islam seharusnya berkunjung saudara mara dan bermaafan sesama sendiri.

  • Pada Hari Raya Aidiladha, 10 Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha disambut oleh umat Islam dengan tujuan untuk mengadakan qurban. Binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan sebagainya akan disembelih untuk meraikan hari tersebut. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah SAW melarang puasa pada dua jenis hari. Iaitu pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal).”

  • Pada hari Tasyrik, 11, 12 & 13 Zulhijjah

Hari Tasyrik merupakan hari kedua, ketiga dan keempat bagi Hari Raya Aidiladha. Ibadah qurban akan dilakukan selama 4 hari berturut-turut di dalam bulan Zulhijjah ini bagi golongan yang berkemampuan.

Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

Oleh itu, umat Islam akan meraikan 4 hari tersebut dan dilarang untuk berpuasa sama sekali. 

Waktu-waktu yang diharamkan sementara berpuasa atas sebab tertentu :

  • Pada hari Syak, 30 Syaaban

Hari Syak merupakan hari bagi penghujung bulan Syaaban iaitu pada 30 Syaaban. Umat Islam diharamkan untuk berpuasa apabila berasa khuatir sama ada Ramadhan sudah tiba atau belum.

  • Puasa bagi golongan wanita yang berada dalam keadaan haid dan nifas

  • Puasa sunat bagi golongan wanita yang tidak meminta keizinan suaminya untuk berpuasa

  • Puasa bagi orang sakit yang bimbang jika mendatangkan kemudaratan apabila berpuasa

  • Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Monday, May 27, 2019

Wow! Vivy Yusof Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Siapa je yang tak kenal Vivy Yusof ni kan. Dia dah la antara successful entrepreneur yang famous kat Malaysia. Pemilik jenama Duck (tudung yang orang duk berebut beli tu) dan Fashionvalet.

Sekarang ni tengah kecoh yang Vivy Yusof ni dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UiTM. Ahli lembaga pengarah okay. Bukan calang-calang orang boleh dapat jawatan tu. Hebatnya dia ni.

Tapi kan macam nampak gayanya rata-rata netizen tak bersetuju dengan perlantikan tersebut. Entah kenapa. Ada yang berkata sebab Vivy ni bukannya alumni UiTM. Masih ada yang layak untuk memegang jawatan tu seperti Yuna Zarai, Hatta Dolmat dan ramai lagi.

Entah la labu. Bagi nad macam tak ada salahnya. At least dia boleh influence lagi ramai orang untuk berjaya seperti dia. Nak cakap lebih lebih pun, nad bukannya pernah study kat UiTM pun. Tu pun just from my point of view. So, what about you? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg