Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Friday, April 3, 2020

"Review Water Based Moisturizer (Pelembab) Untuk Kulit Berminyak | Hansaegee Nature"

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Rindunyaaa kat blog ni. Aaaa hehe. Ada sebab kenapa menghilang sat. Menghilang pun demi kebaikan juga.

Perasan tak yang lately ni cuaca semakin panas? Panaih lit lit gitu. Sampaikan sakit kepala dibuatnya. Dengan wabak virus covid 19 lagi. Stay safe, everyone. Banyakkan minum air ye :) 

Bila dah panas macam ni, of course la kulit akan cepat jadi kering or berminyak. Especially untuk orang yang ada combination skin macam ni. Struggle gila nak hilangkan dryness dan oiliness ni. Skincare routine pun dah start follow slow slow. Sebab takut muka makin teruk macam dulu. So, paling penting kena ada untuk skincare routine, wajib ada moisturizer tau. Ye la kan. Nak bagi kulit hydrated balik.

So far nad pakai moisturizer ni, nampak la perubahanya sikit. Tak ada lagi dull skin. Oily skin pun bye bye je la. Kalau tak, nak tengok muka sendiri waktu bare face pun tak sanggup. Alhamdulillah, moisturizer yang nad pakai sangat membantu. Moisturizer apakah itu? Jeng jeng… 

🌸"Aqua Whitening Cream"




Pernah dengar tak? Moisturizer ni by Hansaegee Nature. Actually dah lama usha brand ni, tapi sekarang baru ada peluang nak try. Best gila pakai cream ni. Boleh rawat sun burn dan redness. Control minyak yang berlebihan bagi oily skin. Yang paling best sekali, water drop yang terhasil akan menjadikan kulit lagi lembap. Rasa fresh gitu. 

Selepas massage beberapa kali di kulit, ia akan membentuk water drop dalam beberapa saat je. Tak payah nak massage beria sangat. Bila water drop tu muncul, tu tandanya moisturizer ni dah absorbed sepenuhnya kat kulit. Cepat je meresap. Moisturizer ni sesuai sangattt dipakai semasa cuaca yang panas baq hang macam sekarang ni sebab tak ada rasa melekit langsung. I hate sticky cream! 

Cream ni mengandungi "Camellia Japonica Seed Oil" yang mengelakkan berlakunya pori tersumbat, tak menyebabkan pembiakan jerawat dan merawat dryness kat skin. Niacinamide pun ada dalam cream ni tau. Niacinamide ni kan one of the element yang terpenting untuk kulit kita. Niacinamide boleh mencerahkan kulit, mengawal minyak dan mengurangkan pori di muka. 

Masa mula-mula nad dapat cream ni, nad test pakai dulu kat tangan. Kot kot ada effect satgi. Tapi ternyata memang sama seperti yang dikatakan. Water drop tu akan kelihatan selepas massage kat tangan. Nad guna cream ni selepas toner atau sebelum nak start makeup. Depends la kan. Baru la makeup tak crack dan smooth je. Sekali dah try, rasa rugi pula kalau skip pakai. Super duper best!


Packaging sumpah nice. Nampak cute je 😍



Siap ada description, cara penggunaan dan ingredients pula tu. Bukan biashe biashe



Ada juga address manufacturer. Obviously bukan macam produk timbang kilo yang bersepah sekarang ni

Cream dia in a jar yang kecik comel je haa. Senang nak buka tutup memandangkan ada lid sekali. Secured la sikit


Texture of the cream. Warna putih dan light je. Tak sticky langsung sebab in gel based

Selepas dah massage cream tu kat kulit, akan kelihatan water drop dalam beberapa saat je. Tu tandanya cream tu dah meresap dalam kulit. Cepat je dia meresap fully. Tak payah tunggu sangat


Cara penggunaan : Ambil sedikit cream tu untuk tepek kat muka dan start massage dengan lembut di muka sampai la water drop muncul


Walla. Dah siappp! *tone Mira Filzah*


Effect lepas pakai moisturizer ni. Time ni tak pakai makeup pun. Secalit bedak pun takdak. Tak ada la nampak dull skin tu


 


🍁Brand: Hansaegee Nature




Sunday, November 3, 2019

Kingkekpisang Gebu Gebas

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Kali ni nad nak share tentang dessert yang nad try baru baru ni. Nad tau pasal kewujudan makanan ni pun gara-gara tengok Azfarheri (some people may know him hehe) review kek pisang kat twitter dia. Some of you maybe cakap "Alaa kek pisang je pun". Yes, nampak macam kek pisang biashe biashe. Tapi in fact, rasanya luar biasa kot. 

Since nad ni penggemar pisang la juga, so nad pun usha la igshop yang jual kek pisang tersebut. Punya duk usha, I think berhari la juga. Then baru decide nak order. Nad kalau nak beli something sometimes take time la juga. Kalau asyik duk teringat je, beli je la. Karang menyesal pula. 

Nad pun ws la agent yang cover area rumah nad. Alhamdulillah, sekejap je dah dapat reply. Nad tak expect pun yang nad akan dapat kek tu petang tu juga. Nad order dalam tengahari macam tu, pukul 3 lebih dah dapat dah. Nad ingatkan agent tu akan cod waktu malam. Mana la tahu dia bekerja so assume la malam baru dapat hehe.

Ni la igshop yang nad duk usha tu. Dah macam spy dah sebab duk belek feedback satu persatu

Kek pisang gebu (RM 5)

For me, sedap gila kek pisang dia. Eventhough dia kek pisang biasa je pun. Tapi rasa dia luar biasa. Gebu pun gebu. Moist la juga. Tak rasa tepung or soda bikarbonat langsung. Fully rasa manis buah pisang. Memang rasa pisang semata-mata. Tak menyesal order kek ni

Premium bananachocoleleh (RM 15)



Yang bananachocoleleh nad beli satu je. Saje je nak try sebab kek ni hot selling la juga. Dah terjual lebih 2000 dalam masa sebulan. Wow, amazing kan. Tapi ya Allah, sedap banget. Rasa menyesal beli satu je. Sebab sedap gila. Rasa dia gabungan kek pisang dan coklat. Siap ada coklat leleh so boleh tuang kat atas kek tu. I'm crying sebab sedap sangat. No wonder boleh laku keras.

So far memang puas hati gila la dengan kek ni. Boleh repeat order lagi. Tapi kena min order 3 pcs. Mula-mula tu macam "What! 3 pcs? Banyaknyaaa". Bila dah dapat tu, alaaa tak cukup la. Nak lagi!!! So, korang pun boleh la try eh. Confirm tak menyesal punya haha. 




Kek pisang gebu (RM 5 × 2 pcs) = RM 10
Bananachocoleleh (RM 15 × 1 pcs) = RM 15
Cod charge = RM 10
Total = RM 35

Sunday, September 1, 2019

Texas Honey Butter Biscuit Membuatkan Tidur Tak Lena!


Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Dah lama tak menyemak kat sini. Busy sikit. Lately ni nad struggle sikit belajar pasal video editing. Dah ada youtube channel kan. So selalu la juga lepak jengah youtube tu hehe 😂

Amboiii nad. Tajuk entry kali ni kemain lagi eh hihi. Tapi memang betul pun. Lately ni nad addicted sikit dengan Honey Butter biscuit dari Texas. Sampaikan sebelum tidur tu boleh terbayang bayang lagi. Ada la satu hari tu. Nad craving sangat nak makan biscuit tu. Sebelum tidur duk asyik terbayang. Tak boleh jadi ni. Nak tak nak kena beli esok juga. Lantak la diet tu haha. 

Memandangkan Texas Chicken tu kat depan bangunan office nad je, so senang la sikit nak beli. Pagi pagi sebelum masuk office, nad singgah la kejap kat Texas. Semata-mata nak beli biscuit tu. Craving punya pasal. Nasib baik la Texas ada kat sini. Sebab kat rumah nad tak ada Texas. Kena merantau sikit kalau nak beli.

Packaging dia. Nad take away je sebab nak makan kat work station

Comel kan biscuit ni

Bahagian isi biscuit ni

First time nad makan biscuit ni waktu intern diploma dulu. Ye la kan. Dulu nad intern kat company yang dekat dengan office sekarang. Selang beberapa bangunan je. Banyak la juga kedai yang nad selalu pergi time intern dulu dah tak ada. Nasib baik Texas masih ada. Nama je biscuit tapi isi dia lembut macam roti. Sedap pun sedap. Especially bila makan panas panas. 

Nad selalu je breakfast dengan biscuit ni. Sebab sedap gila. Kenyang la juga. Harganya RM 2 seketul. Tak mahal pun. Nad selalu beli 2 ketul untuk nad makan seorang. Kalau beli 3 ketul, dapat harga RM 5.65. Beli banyak lagi murah. Tapi nad makan 2 ketul pun dah cukup hihi. Kalau kat fast food outlet macam KFC, mcd dan Texas macam ni, nad lebih suka beli side dish macam biscuit ni haa. I don't know why. Dah macam habit 🤭

Wednesday, August 21, 2019

Hungry People Fresh Food Mart Pesaing Family Mart?

Assalamualaikum w.b.t. 

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua berada dalam keadaan yang baik baik sahaja. Hungry people? Pernah dengar tak? Hah, orang yang lapar? Tak la. Nama penuh (mengikut dalam IC?) dia ialah Hungry People Fresh Food Mart. Fuhhh panjang bebenor. Dah namanya mart. Mesti la nama kedai kan hehe. Hungry people ni macam ala-ala family mart la. Cuma lain parents hihi. 

Kedai ni baru je wujud rasanya. Sejak tahun lepas gitu. Nad pun almost terlupa kewujudan dia. Padahal ada je haa kat depan office. Tu la kau. Tak habis habis pi tempat yang sama je. Seriously, kedai ni betul betul terletak bersebelahan dengan Family Mart. Actually, plan asal nak makan ramen Family Mart yang baru je keluar tu. Tup tup macam tak ada je. Keluar la balik dari Family Mart tu. 

Then, nad masuk la kat kedai sebelah. Sumpah weh terkejut gila. Sebab apa? Sebab majority makanan dah habis. Barang yang dijual pun lebih kurang macam kat Family Mart. Round round la kat Hungry People tu. Nak tengok aiskrim dia yang famous tu. Alaa aiskrim daim la, oreo la, toblerone la. Tengok je la dulu. Pandang kat area sebelah, tetiba "eh, ada makanan lagi la". Rezeki la ni kot. 

Belek punya belek, nad grab la makanan tu. Untuk nad makan seorang. Perut pula minta diisi. Ternampak la ada sticker tertampal kat atas makanan. Ada 30% discount. Harga asalnya RM 6++ gitu. Tak ingat berapa harga asal. Tak apa tak apa. Kita bayar je dulu eh. Masa tengah scan tu, wow! Memang betul ada discount la. Jimat jimat. Expired date pula hari ni. Tak kisah la. Janji dapat jimat duit. 

Makanan yang nad grab waktu lunch tadi

Sticker pun comelnya lahai


My first impression, ingatkan tak kenyang makan benda alah ni. Sekali, amik kau. Kenyang nak mampuih. Menyesal ikut nafsu yang entah apa tu. Rasa dia ada masam masam sikit. Ayam dia banyak kot. Kalau kat Family Mart, nasi macam ni boleh cecah lebih RM 10 gitu. 


Gambar ihsan dari uncle google

Location :

No. 16G, JLN PJS 11/28, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Malaysia

14G, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Malaysia

For more info, click HERE

Tuesday, July 23, 2019

Selsema?! Batuk?! Gajah Baring Balsamo Ada Sebagai Penyelamat

Image result for garlic animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais. Kali ni nad nak share sikit tentang produk yang sangat ajaib. Ajaib sangat ke?! Yes, memang ajaib. Sudah terbukti keajaiban produk ni. Ada main magic magic ke? Dak aih. Produk ni hanya menggunakan bahan ajaib iaitu bawang putih sebagai bahan utamanya. Ehhh bawang putih? Tak suka la. Bau busuk. Relax okay relax. Ni bukan bawang putih sembarangan tau. Bawang putih ni dapat melegakan penyakit yang memberikan ketidakselesaan seperti selsema, batuk etc.

Kenapa bawang putih?

Menggabungkan madu, bawang merah dan bawang putih mampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem pencernaan, sendi sendi dan hati.

Sumber : SINI

Ternyata bawang putih ni banyak kegunaannya tau. Biasa la kan. Benda yang kita tak suka tu la yang memberi banyak manfaat kepada kita. Alaaa macam herba dan ulam-ulaman.

Ya! Jangan terkejut kerana bawang putih merupakan antara 10 makanan terbaik di dunia.

Bawang lebih dikenali dengan kegunaannya untuk menghalau ‘vampire’ dek kerana baunya yang sungguh kuat. Walau bagaimanapun, kini bawang putih telah digunakan secara meluas dalam pelbagai masakan daripada Itali, America, Cina sehinggalah ke masakan Melayu sendiri.

Anda boleh mengelakkan daripada demam dengan memakan bawang putih kerana bawang putih sangat kaya dengan Anti Oksidant. Jangan lupa untuk menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan seharian anda selepas ini.

Sumber : SINI

Nafas Selesa Dengan Gajah Baring Balsamo

Sesungguhnya produk ini dicipta untuk memudahkan penggunanya daripada menghilangkan ketidakselesaan ketika batuk dan selsema. Dengan adanya produk ni, kaum ibu ibu especially yang mempunyai anak kecil tak payah lagi bergegas dan bersusah payah nak tumbuk bawang putih bagai jika anak mengalami demam dan selsema. Gajah Baring Balsamo kan ada. Bam ini dicipta khas menggunakan bawang putih sebagai bahan utamanya. Gajah Baring Balsamo adalah satu produk istimewa untuk urutan kasih sayang  seisi keluarga selain melembabkan kulit yang kering.

Ia juga dikenali sebagai Garlic Balm yang sangat diperlukan ketika cuaca yang tidak menentu. Dihasilkan daripada petua tradisi iaitu minyak bawang putih yang diamalkan sejak turun-temurun oleh nenek moyang kita dahulu menjadi Garlic Balm untuk memudahkan cara ibu-ibu moden menggunakannya terutama yang sibuk bekerja. Kenapa Garlic Balm ini memudahkan cara? Ini kerana para mommy tidak perlu lagi risau untuk berhempas pulas menyediakan minyak bawang putih. Balm ini boleh digunakan sepanjang masa jika dirasakan perlu.

Garlic Balm ini adalah berbentuk "solid", so risiko tertumpah adalah zero! Ia selamat digunakan untuk anak-anak kerana tidak mempunyai bahan kimia dan essential oil. Ini kerana essential oil tidak semestinya sesuai digunakan oleh semua orang. Garlic Balm ini merupakan minyak bawang putih sebenar kerana baunya adalah bau sebenar bawang putih. Dan ianya paling mudah unutk dibawa travel kerana saiznya yang kecil. Boleh diselitkan di dalam handbag.

Produk ini sesuai digunakan oleh bayi baru lahir sehingga warga emas. Wow! Maknanya Garlic Balm ini boleh digunakan oleh semua tanpa mengira usia. 

Bahan-bahan yang digunakan

Extra virgin oil : Membantu melembabkan dan mengurangkan keradangan yang terjadi pada kulit.

Sunflower oil dan vit E : Membantu memelihara lapisan kulit daripada pencemaran dan kekurangan lembapan badan.

Beeswax : Memiliki sifat antiflamasi, antibakteri dan antivirus sehingga dapat dimanfaatkan untuk membantu masalah iritasi kulit ringan.

Garlic : Tumbuhan istimewa yang memberikan banyak manfaat dalam membantu memberi "NAFAS SELESA" keluarga.


Waktu penggunaan : Setiap kali selepas mandi pagi dan malam untuk keselesaan nafas dan tidur yang berkualiti.

Cara penggunaan : Sapu pada bahagian yang diperlukan dan urutkan perlahan-lahan secara bulatan. Sesuai digunakan oleh seisi keluarga.

Comel je kan gambar di kotaknya 🐘

Pandangan tepi kotak Garlic Balm

Comelnya botol Garlic Balm ni. Kecil molek je




Disclaimer : Produk ini adalah natural tanpa bahan kimia yang berbahaya yang boleh memberikan kesan sampingan jangka panjang. Selamat digunakan dengan kerap.

Harga promosi : RM 29.90 exclude postage 
Postage : RM8 (SM), RM12 (SS)

Free gift termometer setiap pembelian terawal!!!

Contact : +60187665694
Diedarkan oleh : ARS PURE SOLUTION

Wednesday, July 3, 2019

Review : Family Mart's Brown Sugar Bubble Milk



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Dah makan ke belum? (sibuk je nak tahu hehe). Kalau belum makan tu, pi la makan eh. Karang gastrik pula hihihi 🙊

Korang semua mesti tahu Family Mart tu kan? Alaaa dia macam 7 eleven. Tapi store dia based on japanese style sebab ada makanan dari Jepun kat situ. Nad paling suka pi Family Mart ni sebab harga dia affordable. Tak mahal sangat. Makanan kat situ pun banyak yang sedap sedap. Aiskrim dia sedap gila especially flavour Hokkaido Melon. Dah la aiskrim dalam bentuk kon which is favourite nad. Yang paling penting, kon dia rangup okay. Bukan yang macam aiskrim mekdi punya.

Baru-baru ni Family Mart ada launch their own Brown Sugar Bubble Milk. Alaaa yang tengah famous sekarang ni. Berebut-rebut orang duk minum boba tea tu. Macam-macam kedai boba tea yang tengah naik sekarang ni. The alley, daboba, black whale, tiger sugar, xing fu tang etc. Coolblog pun ada keluarkan diorang punya Bubble Milk Tea juga. Of course la nak ikut trend sekarang ni kan.

Image result for family mart bubble milk tea

So, nad pun gigih la pi Family Mart semata-mata nak try diorang punya Brown Sugar Bubble Milk tu. Tapi unfortunately, out of stock je memanjang. 2 kali kot nad pi sana, tapi dah habis. Ramai sangat orang yang beli kot memandangkan hari tu ada promotion price. Dah la Family Mart tu 10 minit dari rumah. Punya la gigih tu. Nak buat macam mana, tak ada rezeki 😭

Then hari tu, adik lelaki nad ada citer yang dia pi singgah Family Mart lepas habis kerja. Then nad tanya la "kenapa tak belikan air tu untuk aku?". Dia cakap mana la dia tahu yang nad nak. Lol. Padahal hari tu dia yang bawa nad pi sana semata-mata nak beli air tu. Sumpah weh. Nad merajuk  sikit dengan dia. Ye la kan. Dah la teringin nak rasa. Dia boleh pula tak belikan.

Semalam lepas dia habis kerja, tetiba je adik nad tu call. Ingatkan apa. Dia tanya kat nad sama ada nad nak ke tak Bubble Milk tu. Sebab dia singgah jap Family Mart tu dengan kawan. Of course la nad kata nak. Gila tak nak. Orang punya la teringin nak rasa sebab orang kata sedap. Then dia pun belikan la untuk nad dengan adik yang seorang lagi tu. Siap pakej dengan belanja pula tu. Hihi. Terima kasih, weh.

From my point of view, bubble milk dia sedap gila. Tak rasa muak pun. Tak manis sangat. Okay la dengan nad yang tak berapa suka manis sangat. Tapi kan satu je yang spoil, cup dia pendek kot. Rasa tak puas minum. Tengah sedut tup tup dah nak habis dah. Bubble dia pun tak terlalu besar sangat. Lembut je. So siapa yang tak try lagi, boleh la try eh. Harga dia RM 6.90. Harga promosi dia hari tu RM 4.90 je sampai 26 Jun lepas. Murah kan. Okay la dengan rasanya.



Tealive punya Signature Brown Sugar Milk Tea pun not bad juga. Nad dah banyak kali minum. Tapi tu la selalu tak habis. Harganya pula bawah RM 10.


Saturday, March 23, 2019

Review : Aiskrim Unicornetto


Related image

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Finally it's a weekend. Fuhh rasa lega sikit dapat cuti. Btw next week nad dah start mid sem break. Kebetulan sama dengan cuti sekolah. Tapi kan yang sedihnya for the first time nad tak balik bercuti. Ramai yang pelik sebab nad tak balik. Tak apa la kan. Nanti mama dengan abah datang sini juga :)

Kat sini macam biasa la kan, panas terikkk. Kalau hujan tu, kira bersyukur sangat la. Bila tengah panas macam ni, mula la tekak teringin nak minum air manis. Tapi nad bukannya minum sangat air manis tu. Lebih prefer makan aiskrim. Idk why. Nak dijadikan cerita, jenuh nad cari aiskrim kat sini especially unicornetto tapi tak ada pun. Dah la nad ni agak cerewet bab aiskrim ni huhu. Bestnya kalau dapat unicornetto. Nyum nyum. Korang dah try ke unicornetto tu? Sedap tak?

Nad dah try for a few times unicornetto tu masa cuti sem yang lepas. Ye la kan. Unicorn lover mesti la try kan. Gigih gila mencari kat kedai. Rupa-rupanya kat speedmart ada je jual weh. Adehh. Kalau kat Perlis ni tak tahu la nak cari kat mana.




Terliur la pula tengok gambar unicornetto ni. For me, aiskrim ni sedap la juga. Rasa dia macam makan aiskrim paddle pop rainbow tu. Ada la juga rasa strawberry tu sikit walaupun nad tak suka strawberry tu. Yang bulat bulat kecil tu apa benda entah. Terlupa pula. So, siapa yang tak pernah try lagi boleh la kot beli kat kedai. Harganya pula bawah RM 3 je. Affordable la kan. For now, nad still mencari cornetto oreo cookies. Mesti sedap juga ni. Teringin aih :P


Tuesday, February 26, 2019

Review : Catrice HD Liquid Coverage Foundation

Image result for foundation makeup animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Hello semuanya! Sihat ke tak tu? Hopefully semua orang sihat la ye. Sekarang ni kan panas semacam. So kena la banyakkan minum ayaq ye. Kalau tak, dehydration nanti 😷 Sekarang ni pun nad dalam proses nak meng'follow' blog yang nad pernah follow dulu. Tak tahu kenapa. Padahal ada certain yang nad dah follow a few years ago. Patut la reading list macam berkurang je.

Siapa kat sini pernah pakai foundation? Angkat tangan! Nad sure mostly pernah pakai dan tahu apa tu foundation (not asasi eh cepuk karang). Foundation ni macam liptick la juga. Mesti wajib ada dalam makeup list. Tak kisah la murah ke mahal. Foundation ada dalam pelbagai jenis seperti stick, liquid, cream, mousse etc. Nad prefer pakai yang jenis liquid or cream punya sebab senang nak tepek tepek kat muka. 

Nad nak share review sikit pasal Catrice HD Liquid Coverage Foundation yang nad beli semalam. Amboi kau. Baru beli semalam, dah pakai hari ni dah. Maklum la, excited semacam. Plan asalnya pakai foundation ni sebab sepatutnya nad ada class dari pagi sampai petang. Tak salah la nak melawa sikit (sebab tiap hari pi class pakai sunscreen dengan bedak je). Tup tup lab petang tadi cancel. Haihh. Penat je tepek foundation haa 😂


Rupa depan foundation 

Salah satu sebab kenapa nad excited nak try foundation sebab packaging dia dalam bentuk botol yang comel. So senang la sikit kalau nak bawa keluar jalan jalan. Boleh letak dalam handbag. 


Rupa belakang foundation (apa benda yang tertulis entah)


Foundation ni ada sekali dengan droplet. So senang la nak apply kat muka. Cara pakainya, just titikkan je sikit sikit kat muka dan dab dab blend sampai rata.







Hasil setelah apply foundation tanpa bedak


Hasil apabila apply foundation dengan compact powder


Hasil setelah beberapa jam berlalu (this picture was taken around at 1pm)

Best gila pakai Catrice foundation ni. Macam tak pakai apa-apa kat muka. Rasa ringan je. Maybe sebab texture dia yang agak light la juga. Nad pakai code 010 light beige (yang paling cerah sekali). Housemate kata nampak putih sikit. Ye la kan, main  rembat je sebab tester tak rupa macam tester. Tapi tak apa la. Boleh pakai compact powder nak bagi nampak tak terlalu putih sangat. Foundation ni ada dalam 4 shades yang berlainan. Tak sebanyak macam Maybelline Fit Me. Boleh la jadi pengganti Fit Me juga since coverage dia pun lebih kurang je. Tak bercapuk pun. Satu je yang nad tak berapa suka sangat dengan foundation ni. Dia macam susah sikit nak remove. Padahal nad dah pakai aloe vera masa nak remove tu. Maybe nak remove tu kena pakai makeup remover or micellar water.

Name : Catrice HD Liquid Coverage Foundation
Price : RM 39.52
Texture : Liquid
Coverage : Medium to full coverage (concealer might needed)
Recommended : Yes. Maybe akan repurchase next time
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg