Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Friday, April 3, 2020

"Review Water Based Moisturizer (Pelembab) Untuk Kulit Berminyak | Hansaegee Nature"

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Rindunyaaa kat blog ni. Aaaa hehe. Ada sebab kenapa menghilang sat. Menghilang pun demi kebaikan juga.

Perasan tak yang lately ni cuaca semakin panas? Panaih lit lit gitu. Sampaikan sakit kepala dibuatnya. Dengan wabak virus covid 19 lagi. Stay safe, everyone. Banyakkan minum air ye :) 

Bila dah panas macam ni, of course la kulit akan cepat jadi kering or berminyak. Especially untuk orang yang ada combination skin macam ni. Struggle gila nak hilangkan dryness dan oiliness ni. Skincare routine pun dah start follow slow slow. Sebab takut muka makin teruk macam dulu. So, paling penting kena ada untuk skincare routine, wajib ada moisturizer tau. Ye la kan. Nak bagi kulit hydrated balik.

So far nad pakai moisturizer ni, nampak la perubahanya sikit. Tak ada lagi dull skin. Oily skin pun bye bye je la. Kalau tak, nak tengok muka sendiri waktu bare face pun tak sanggup. Alhamdulillah, moisturizer yang nad pakai sangat membantu. Moisturizer apakah itu? Jeng jeng… 

๐ŸŒธ"Aqua Whitening Cream"




Pernah dengar tak? Moisturizer ni by Hansaegee Nature. Actually dah lama usha brand ni, tapi sekarang baru ada peluang nak try. Best gila pakai cream ni. Boleh rawat sun burn dan redness. Control minyak yang berlebihan bagi oily skin. Yang paling best sekali, water drop yang terhasil akan menjadikan kulit lagi lembap. Rasa fresh gitu. 

Selepas massage beberapa kali di kulit, ia akan membentuk water drop dalam beberapa saat je. Tak payah nak massage beria sangat. Bila water drop tu muncul, tu tandanya moisturizer ni dah absorbed sepenuhnya kat kulit. Cepat je meresap. Moisturizer ni sesuai sangattt dipakai semasa cuaca yang panas baq hang macam sekarang ni sebab tak ada rasa melekit langsung. I hate sticky cream! 

Cream ni mengandungi "Camellia Japonica Seed Oil" yang mengelakkan berlakunya pori tersumbat, tak menyebabkan pembiakan jerawat dan merawat dryness kat skin. Niacinamide pun ada dalam cream ni tau. Niacinamide ni kan one of the element yang terpenting untuk kulit kita. Niacinamide boleh mencerahkan kulit, mengawal minyak dan mengurangkan pori di muka. 

Masa mula-mula nad dapat cream ni, nad test pakai dulu kat tangan. Kot kot ada effect satgi. Tapi ternyata memang sama seperti yang dikatakan. Water drop tu akan kelihatan selepas massage kat tangan. Nad guna cream ni selepas toner atau sebelum nak start makeup. Depends la kan. Baru la makeup tak crack dan smooth je. Sekali dah try, rasa rugi pula kalau skip pakai. Super duper best!


Packaging sumpah nice. Nampak cute je ๐Ÿ˜



Siap ada description, cara penggunaan dan ingredients pula tu. Bukan biashe biashe



Ada juga address manufacturer. Obviously bukan macam produk timbang kilo yang bersepah sekarang ni

Cream dia in a jar yang kecik comel je haa. Senang nak buka tutup memandangkan ada lid sekali. Secured la sikit


Texture of the cream. Warna putih dan light je. Tak sticky langsung sebab in gel based

Selepas dah massage cream tu kat kulit, akan kelihatan water drop dalam beberapa saat je. Tu tandanya cream tu dah meresap dalam kulit. Cepat je dia meresap fully. Tak payah tunggu sangat


Cara penggunaan : Ambil sedikit cream tu untuk tepek kat muka dan start massage dengan lembut di muka sampai la water drop muncul


Walla. Dah siappp! *tone Mira Filzah*


Effect lepas pakai moisturizer ni. Time ni tak pakai makeup pun. Secalit bedak pun takdak. Tak ada la nampak dull skin tu


 


๐ŸBrand: Hansaegee Nature

๐ŸWebsite: www.hansaegee.com/shop



Wednesday, August 21, 2019

Tuesday, February 26, 2019

Review : Catrice HD Liquid Coverage Foundation

Image result for foundation makeup animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Hello semuanya! Sihat ke tak tu? Hopefully semua orang sihat la ye. Sekarang ni kan panas semacam. So kena la banyakkan minum ayaq ye. Kalau tak, dehydration nanti ๐Ÿ˜ท Sekarang ni pun nad dalam proses nak meng'follow' blog yang nad pernah follow dulu. Tak tahu kenapa. Padahal ada certain yang nad dah follow a few years ago. Patut la reading list macam berkurang je.

Siapa kat sini pernah pakai foundation? Angkat tangan! Nad sure mostly pernah pakai dan tahu apa tu foundation (not asasi eh cepuk karang). Foundation ni macam liptick la juga. Mesti wajib ada dalam makeup list. Tak kisah la murah ke mahal. Foundation ada dalam pelbagai jenis seperti stick, liquid, cream, mousse etc. Nad prefer pakai yang jenis liquid or cream punya sebab senang nak tepek tepek kat muka. 

Nad nak share review sikit pasal Catrice HD Liquid Coverage Foundation yang nad beli semalam. Amboi kau. Baru beli semalam, dah pakai hari ni dah. Maklum la, excited semacam. Plan asalnya pakai foundation ni sebab sepatutnya nad ada class dari pagi sampai petang. Tak salah la nak melawa sikit (sebab tiap hari pi class pakai sunscreen dengan bedak je). Tup tup lab petang tadi cancel. Haihh. Penat je tepek foundation haa ๐Ÿ˜‚


Rupa depan foundation 

Salah satu sebab kenapa nad excited nak try foundation sebab packaging dia dalam bentuk botol yang comel. So senang la sikit kalau nak bawa keluar jalan jalan. Boleh letak dalam handbag. 


Rupa belakang foundation (apa benda yang tertulis entah)


Foundation ni ada sekali dengan droplet. So senang la nak apply kat muka. Cara pakainya, just titikkan je sikit sikit kat muka dan dab dab blend sampai rata.







Hasil setelah apply foundation tanpa bedak


Hasil apabila apply foundation dengan compact powder


Hasil setelah beberapa jam berlalu (this picture was taken around at 1pm)

Best gila pakai Catrice foundation ni. Macam tak pakai apa-apa kat muka. Rasa ringan je. Maybe sebab texture dia yang agak light la juga. Nad pakai code 010 light beige (yang paling cerah sekali). Housemate kata nampak putih sikit. Ye la kan, main  rembat je sebab tester tak rupa macam tester. Tapi tak apa la. Boleh pakai compact powder nak bagi nampak tak terlalu putih sangat. Foundation ni ada dalam 4 shades yang berlainan. Tak sebanyak macam Maybelline Fit Me. Boleh la jadi pengganti Fit Me juga since coverage dia pun lebih kurang je. Tak bercapuk pun. Satu je yang nad tak berapa suka sangat dengan foundation ni. Dia macam susah sikit nak remove. Padahal nad dah pakai aloe vera masa nak remove tu. Maybe nak remove tu kena pakai makeup remover or micellar water.

Name : Catrice HD Liquid Coverage Foundation
Price : RM 39.52
Texture : Liquid
Coverage : Medium to full coverage (concealer might needed)
Recommended : Yes. Maybe akan repurchase next time

Monday, February 25, 2019

Guardian Beauty Days Sale

Image result for makeup animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Finally, the last Monday on February. Macam mana korang hari ni? Mesti ada yang Monday Blues kan. Especially yang tengah bekerja tu haa. Tak apa la. At least gaji dah masuk or bakal masuk. Hehe. Tak tahu kenapa hari ni terasa malas sangat nak pi class. Padahal ada 1 class je pun. Ish ish ish. Tapi nak tak nak, kena pi la juga kan.

Semalam tidur agak lewat la juga. Tak tahu kenapa. Lately ni payah sangat nak lelapkan mata. Awat entah. Then semalam saje je la scroll twitter (mostly tahu apa benda alah tu kan). Then terjumpa gambar macam kat bawah ni.


Image result for guardian beauty days february 2019

Guardian buat sales lagi weh! ๐Ÿ˜ฑ Padahal baru je buat sales hari tu kan. Biasa la tu. Nak compete dengan Watson la tu. Haha. So, lepas habis class tadi nad pun pi la terjah Guardian tu. Ye la. Dah lama tak shopping barang makeup. Hari tu punya sales dengan year end sale pun tak dan nak pi terjah. Poket tengah kering kot. Sadis gila. Kalau pi Watson or Guardian, nad mesti akan pi kat bahagian Maybelline. Walaupun niat pada awalnya nak cuci mata. Entah apa la nafsu shopping ni. Terbeli la juga lipstick sebatang. Ter okay. Ye la tu. Padahal dah berlambah lipstick kat dalam locker. Sampaikan tak muat bekas makeup tu. Aigoo. Idk why prefer beli lipstick daripada benda lain. Macam "lipstick is my life" gitu. Dah boleh buat collection dah. Haha. Let's check it out apa yang sempat grab kat Guardian tadi.


Biore UV Perfect Protect Milk

Normal price : RM 15++ (tak ingat berapa)
Promo price : RM 15.30

Ni dah botol ke berapa nad pakai sunscreen ni (since diploma lagi). Benda ni sangat penting kot since Perlis ni panaih baq hang. Kalau tak pakai, habis la balik bercuti dengan muka gelap. Memang recommended kalau nak beli sunscreen dengan harga yang murah ๐Ÿ˜‚



Maybelline Creamy Mattes in code Touch of Spice

Normal price : RM 26.32
Promo price : RM 13.16

Lipstick ni nad beli pun sebab warna dia lebih kurang macam pinkish nude gitu. Jenuh belek belek dan tenung tadi. Before this, nad dah pernah beli code Clay Crush dengan Nude Nuance. Nude lover mesti rasa excited bila beli lipstick jenis ni. sebab banyak warna adik-beradik nude. Rambang mata memilihnya.


Catrice HD Liquid Coverage Foundation

Normal price : RM 39.52
Promo price : RM 19.76

Sempat lagi nad search review kat google sebelum beli foundation ni tadi. Ye la, nak kena tengok shade yang mana sesuai dengan skintone. Ramai yang kata foundation ni best la juga macam Maybelline Fit Me. Saje je beli sebab nak try dan compare dengan Maybelline Fit Me. Fit Me yang ada sekarang ni pun macam nak habis je. Kena la berjimat-cermat sikit if nak guna. Main pakai ambil je shade ni sebab tester pun tak rupa macam tester (kering kontang). Harap harap la sesuai dengan warna kulit nad ni. Excited juga la bila dapat beli dengan harga promosi walaupun harga asal lagi murah daripada harga Fit Me tu.

Tu je la yang nad beli kat Guardian tadi. Tu pun rasa macam duit dah terbang melayang. Lagi satu yang nad beli ialah sabun mandi. Seksa kot tak ada sabun mandi. Malu la asyik rembat orang punya je ๐Ÿ˜… Korang boleh la serbu Guardian dan rembat je apa yang korang nak beli. Sales ni 24-28 Februari je tau. Dah beli tu, boleh la share story nanti ๐Ÿ˜Š

Geram gila lipstick Silkygirl Powder Matte yang Iman Abdul Rahim pernah review tu takdak tadi. Warna yang ada pula tak berkenan di hati.

Thursday, March 10, 2016

Beauty Haul Again


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Dah lama tak menulis kat sini. Busy sikit lately ni. Kena siapkan report latihan industri. Tahu last minute pula tu. Memang stress dibuatnya. Hehe. Ok dah la cerita pasal stress tu. Karang tak habis habis pula. For now, nad nak share apa yang nad beli sepanjang bulan Februari - Mac ni. Of course la ada kaitan dengan makeup dan skin bagai. Perempuan kan. Memang fitrah nak cantik je. Tak salah pun. At least make an effort, right? Untuk diri sendiri juga. Ye ke idok? So, let's check it out apa yang nad beli sepanjang sebulan ni.

In2it Lip Treat Lip Repair Balm from Watson (Below than RM15)

Brand in2it ni nad selalu juga la usha usha bila masuk watson. Entah kenapa la rasa macam tertarik je. Murah pun murah. Sesuai dengan bajet seorang nad yang suka melagha. Banyak choice pula tu. Nad pernah try lip gloss brand ni before this. Not bad la. Best pakai lip gloss tu. Lip balm ni nad beli sebab nad perasan yang lately ni bibir nad selalu kering dan menggelupas. Buruk betul. Harga pula tak sure actual harganya. Resitnya pun entah dah terbang ke mana entah. Ada 3 colours (pink, orange, red). Nad pilih warna merah ni sebab bagi nad colour pink dan orange tu rasa macam pelik je kalau pakai.

Rupanya pun dah macam lipstick yang mahal tu. Padahal murah je


Nampak macam warnanya tak menyala sangat. Yang penting lip balm ni moist dan shiny sikit. Tak over sangat berkilat tu. Nad tak try lagi pakai lip balm ni sebab mood malas ni semakin berleluasa. Hahaha.

Silk finish lipstick Wet n Wild from Sasa (RM25 for 2pcs)

Lipstick ni nad beli sekadar nak test dan buat tambah collection je. Lagipun sebelum ni ada orang cakap brand ni bagus dan murah pula tu (penting untuk jaga bajet). Brand ni pun agak famous la juga. Bila nad try oles kat tangan, memang moist kot. Lawa je colournya. Tak macam matte lipstick yang kadang-kadang tu agak dry. Tu yang menyebabkan bibir kering dan menggelupas especially untuk orang macam nad ni. Nad beli hari tu dekat Mid Valley dengan harga 25 hinggit je untuk 2 lipstick ni. Terkejut la juga sebab actual price untuk kedua-duanya RM27.80. Rupa-rupanya ada discount 10% sempena hari wanita sedunia. Terasa beruntung la pula sebab dapat discount. Kihkih. Banyak colour yang gelap tapi tak berani nak pakai. So ambil je la colour yang cair sikit dan tak menyerlah sangat. Colour yang nad beli ialah a short affair dan breeze. A short affair tu macam pink cari gitu (kes warna pink ni dikecualikan untuk anti pink macam nad). Breeze tu macam colour nude gitu. Nad kan nude lover.

Essence Mask Sheet from Elianto (RM9.90 for 3pcs)

Mask ni memang wajib beli bagi nad. Memang plan pergi Mid Valley hari tu sebab nak beli mask ni. Sebab nad pernah try pakai yang green tea mask. Esoknya terus kecut jerawat yang datang tak diundang tanpa rasa malu tu. Hahaha. So, memang green tea mask memang wajib beli. It's really worth my penny. Dan alhamdulillah sebab still ada promo buy 2 free 1 macam hari tu. Memang happy sangat sampaikan rasa macam nak meloncat je kat outlet tu. Yang free tu nad ambil snow lotus mask. Sengaja je nak try. Lagipun promoter tu tanya sama ada kulit nad kering ke tak. Nad jawab la yang sometimes kulit nad ni kering. So, grab je la. Belum cuba belum tahu kan?


Nad perasan yang lately ni nad makin suka beli lipstick or lip balm. Padahal pakainya pun tak lagi. Macam addict je. Hahaha. Sampaikan adik nad pernah tegur "Kakak ni setiap bulan beli lipstick". Hehe. Tak boleh nak control. Chill la. Bukannya selalu. Bukannya beli kat Sephora yang boleh tahan harganya tu. 

Monday, February 8, 2016

Beauty Haul


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais ! Macam mana cuti ni ? Best tak ? Best dan untung la siapa yang cuti sampai seminggu tu. Jealous mehhh. Nad cuti sampai esok je sebab nak bagi peluang kat staff chinese yang lain bercuti. Nad ni cuma intern je. Kena sedar diri tu sikit. Huhuhu.

Cuti panjang macam ni kerja nad cuma lepak kat rumah. Menghadap blog je la. Duk menepek kat blog yang sendu ni. Hahaha. Ada la semalam pergi keluar dengan adik perempuan nad tu. Kiranya macam girl's and sibling's day out gitu. Sengaja je nak bagi chance kat abah dengan mama berdating. Hihi. Mula-mula tak tahu nak decide nak pergi mana. Adik nad tu pula awal awal lagi dah warning tak nak pergi Sunway Putra Mall. Boring katanya. Dah dia yang tak reti nak shopping. Memang la boring. Hehe. Discuss punya discuss and finally decide nak pergi Mid Valley je. Lagipun dia pun tak pernah pergi sana. Nad pun dah berkurun tak jejak ke situ. Sebab nad bukannya kaki hang out dan melepak dengan kawan-kawan sangat. Faham faham je la. Abah dengan mama berat sikit nak lepaskan anak dara dia ni keluar tak tentu arah.

Mulanya plan just nak cuci mata je kat Mid Valley tu. Malas nak shopping shopping. Just nak makan makan je. Si Dahlia ni tak habis habis tanya kat sana ada jual aloe vera gel tak. Fanatik betul Dahlia ni dengan aloe vera sampaikan sanggup tukar pencuci muka ke yang kandungannya ada aloe vera. Jalan punya jalan, terjumpa la The Face Shop. Singgah la kejap ke sana. And then, masuk pula ke Guardian dan Elianto. Perempuan dengan beauty ni memang tak boleh dipisahkan. Kononnya nak cuci mata je. Sekali amik kau. Beli juga barang sampai berbeg beg. So, let's check it out apa yang nad sempat grab dari sana.




Jeju Aloe Vera Soothing Gel from The Face Shop (RM23.21)

Kitorang masuk The Face Shop tu sebab tertarik dengan aloe vera gel ni la. Gila tak terpikat. Buy 1 free 1 kot ! February promotion. Mula-mula tu macam tak percaya la. Ambil 1 bekas je dulu. And then, bila dah nak bayar, staff kat sana cakap Buy 1 free 1. So, betul la February promotion tu. Ingatkan ada T&C. Cepat cepat kitorang grab lagi 1 bekas. Puas betul hati Dahlia tu sebab aloe vera yang sekarang ni dah nak habis. Dah la buy 1 free 1. Jimat jimat. 99% aloe vera pula tu. Sebelum ni kitorang pakai yang dari Nature Republic (92% dan 98%). Sekarang ni tak payah sharing sharing lagi. Boleh ambil seorang satu. Tapi kena habiskan yang lama tu dulu. Jangan membazir. Hihi.



Essence Mask Sheet from Elianto (RM 9.90)

Beli mask ni gara-gara terpengaruh dengan promoter Elianto. Nad tak boleh la nak tolak kalau ada orang promote promote ni. Padahal asalnya nak survey je kat Elianto ni. Finally tergoda juga. Nad beli sebab dia kata mask ni macam gel. Best la tepek kat muka. Ada promotion buy 2 free 1 pula tu. Haihh... tak boleh tahan la dengan promotion ni. 1 paket ada 3 pcs mask. Boleh campur campur. Nad pilih aloe vera, green tea dan cucumber mask. So, total ada 9 pcs mask. Share dengan adik dan mama.



Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream from Guardian (RM 19.30)

Kenal dengan produk ni masa tengah google cari review pasal Dalacin T. Bila masuk Guardian je (nad memang suka masuk Guardian dan Watsons walaupun tak ada niat nak beli apa-apa), terus je nampak benda alah ni dulu. Macam miracle je sebab tak payah la nak tercari-cari. Padahal nad tak pernah perasan pun pasal produk ni kat drugstore. Cream ni katanya boleh mencerahkan kulit dan rawat scars kat muka. So why not nad try kan memandangkan nad memang tengah struggle nak hilangkan scars kat muka ni. 



Intense Matte Lipstick from Elianto (RM29.90)

Niat asal masuk Elianto tu memang nak survey lipstick. Sebab orang kata lipstick kat situ not bad la. Sekali sekala nak la juga merasa pakai lipstick yang bukan dari drugstore. Such a self reward gitu. Survey punya survey, promoter tu suggestkan lipstick matte ni. Mula-mula tu nak beli yang ada gloss or shine type memandangkan nad tak berani sangat nak pakai matte type. Test la kat tangan dan compare antara matte dan shine type. Rasa macam matte punya lagi lawa sebab yang lagi satu tu macam shining sangat. Macam over menyerlah. Lagipun promoter tu cakap yang matte tu moist dan new collection punya. Baru je keluar kat pasaran. Tak apa la. Sekali sekala je pakai yang matte. Nak avoid dari dry lips dan bibir tu rasa pedih bila pakai matte lipstick, apply la lip balm atau lip gloss dulu.




Let's check it out again apa yang nad beli hari ni. Ish dia ni tak habis habis shopping kan. Huhu.



Silkygirl Perfect Stay 20HR Eyeliner from Watsons (RM 16.45)

Saje je beli eyeliner ni memandangkan Dahlia teringin sangat nak beli eyeliner ni. Pakainya tak reti juga. Beli je tahu. Hahaha. Dah la buy 1 free 1. So kitorang decide la nak beli colour yang berlainan. Black dengan dark brown. Masuk je dalam kereta, terus main test test eyeliner. Memang macam apa je. Macam badut je bila pakai eyeliner ni sebab masing-masing tak reti pakai. Penat bergelak ketawa. Hahaha.

Ni semua terpengaruh dengan Twt Makeup dengan Twt Kecantikan. Kalau tak, memang tak la nad nak beli stuff macam ni. Beli pun bila ada promotion atau sale je. Dah berlambak makeup dengan skincare product. Huhuhu.



Testing new matte lipstick from Elianto. Ok la juga. Cantik colournya. Maafkan pipi yang tersembul keluar tu. Hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg