Showing posts with label Article. Show all posts
Showing posts with label Article. Show all posts

Wednesday, April 24, 2019

Penginapan di Kota Kinabalu

Image result for hotel animated gif

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia, selepas Sarawak. Boleh bayangkan betapa besarnya Sabah ni. Terlalu banyak tempat interesting yang boleh dilawati di negeri di bawah bayu ini. Tambahan pula, negeri ini masih kaya dengan sumber alam semula jadi malah penduduknya juga berbilang etnik dan budaya. Semestinya ia sesuatu yang unik untuk kita lihat. Dan jangan lupa kalau dah ke sana sudah semestinya korang kena book best Kota Kinabalu hotels. Ataupun kalau ikut suggestion nad, korang try le meridien Kota Kinabalu Hotel booking so that dekat dengan semua tempat yang korang nak pergi nanti.


Image result for jesselton point waterfront

Jesselton Point Waterfront merupakan salah satu tarikan utama pelancong di pusat bandar Kota Kinabalu. Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki di atas air. Sambil-sambil korang bersantai-santai dan makan di tepi laut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa (fuhh boleh fefeeling sikit), korang juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik diwaktu senja di sini.

Image result for Perkampungan Budaya Mari-Mari

Image result for Perkampungan Budaya Mari-Mari

Perkampungan Budaya Mari-Mari ini dibina dalam suasana hutan terpencil di Kionsom, Inanam, kira-kira 30 minit memandu dari Kota Kinabalu. Tempat ini wajib korang singgah untuk mengenali etnik dan budaya rakyat Sabah dengan lebih dekat. Di Perkampungan Budaya Mari-Mari, korang akan dapat melihat sendiri kepelbagaian rumah komuniti etnik Sabah, antaranya Bajau, Lundayeh, Murut dan Dusun. Pelbagai aktiviti yang boleh korang lakukan di sini. Salah satu acara kemuncak yang dipertunjukkan kepada korang adalah permainan Trampolin atau Lansaran (trampolin kayu dan buluh) oleh masyarakat Murut.

Image result for rumah terbalik tamparuli sabah


Rumah terbalik bukan lagi suatu tarikan yang asing di Malaysia. Haa mesti ada yang pelik dan berkerut dahi kan? Rumah terbalik? Macam mana rupanya rumah terbalik tu? Banyak tempat selain di Kota Kinabalu juga mempunyai rumah terbalik. Tetapi, keunikan Rumah Terbalik Tamparuli adalah beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang dipamerkan di rumah ini. Selain itu, Rumah Terbalik Tamparuli juga telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana seni bina yang unik ini merupakan yang pertama di Malaysia. Dahsyat tak dahsyat. Tarikan terbaru di persekitaran Rumah Terbalik ialah 3D Wonders Museum. Muzium Keajaiban 3D ini bukan hanya pameran seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga merupakan yang pertama dan memberi tumpuan kepada pendidikan orang ramai tentang kepentingan melindungi biodiversiti, ekosistem dan sumber semula jadi.


Image result for cowboy town tuaran

Cowboy Town Tuaran terletak lebih kurang 40km dari bandaraya Kota Kinabalu. Ia merupakan salah satu tempat interesting yang mesti korang kunjungi apabila berada di Kota Kinabalu, Sabah. Korang disajikan dengan suasana pekan cowboy di sini. Selain itu, landskap di sini juga sangat cantik untuk korang abadikan dalam gambar sebagai kenangan. Selain itu, jangan lupa membawa bersama tiket pembayaran kerana ianya boleh ditebus dengan minuman teh ais di restoran berdinding buluh di sekitar tempat interesting ini.


Image result for Kota Kinabalu Wetland Centre

Image result for Kota Kinabalu Wetland Centre

Kota Kinabalu Wetland Centre dahulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Tempat ini merupakan kawasan hutan bakau berkeluasan kira-kira 60 ekar. Titian sepanjang 1.5 km dibina khas untuk pengunjung bagi menikmati udara segar, melihat burung-burung dan juga binatang kecil. Terdapat hampir 80 spesis burung di sekitar kawasan paya bakau ini. Selain itu, di sini juga terdapat menara pemerhati untuk melihat kawasan sekitar hutan bakau ini. Korang juga boleh ke bird-hide utuk meneropong dan melihat aksi burung-burung yang rare. Antara burung yang boleh didapati adalah Purple Heron dan beberapa spesies Egrets.

Related image

Image result for pasar malam kota kinabalu

Salah satu keistimewaan yang terdapat di Sabah adalah makanan lautnya yang segar dan murah. Untuk menikmati kesegaran ketam dan udang galah dengan harga yang sangat berpatutan, korang boleh ke Pasar Malam KK. Bukan sahaja makanan, tetapi korang juga boleh shopping cenderahati di sini. Antara pasar malam yang popular di sekitar KK adalah Pasar Malam Sinsuran, Pasar Malam Segama dan Pasar Malam Kampung Air.

Image result for Menara Jam Atkinson

Menara Jam Atkinson ini telah siap dibina pada 20 April 1905 sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton di suatu ketika dahulu iaitu Mendiang Francis George Atkinson yang meninggal dunia pada umur 28 tahun disebabkan oleh Borneo Fever iaitu Malaria. Menara setinggi 50 kaki ini sangat penting padazaman itu. Ini kerana, kedudukannya di atas bukit, menjadikan ia sebagai panduan untuk kapal berlabuh. Namun kini, teknologi semakin canggih, bangunan tinggi juga sudah banyak di Kota Kinabalu, jadi menara ini sekadar menjadi menara jam dan tumpuan pelancong kerana kisah sejarahnya.

Sunday, February 21, 2016

UniMAP IPT Awam Pertama Miliki Panel Solar Jana Elektrik 1.0 MW


Assalamualaikum w.b.t.

solar

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti awam pertama di negara ini memiliki panel solar dengan kuota tarif pemasangan yang mampu menjana 1.0 megawatt (MW) tenaga elektrik.
Panel solar tersebut dipasang di sebuah bangunan Univation di kampus tetap universiti itu di sini, dilaksanakan dengan kerjasama GetSol Sdn Bhd (GetSol), sebuah syarikat tempatan berkaitan pemasangan panel solar.
Menurut Naib Canselornya, Datuk Brig Jen Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin UniMAP menerima kuota berkenaan pada 12 Mac tahun lepas dan pemasangan kabel telah mencapai 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Jun depan.
Beliau menyifatkan pencapaian itu memberi makna besar buat diri beliau kerana terpaksa melalui banyak proses dan prosedur panjang untuk memperoleh kuota tersebut. 
Katanya tenaga yang dihasilkan akan dikumpul dan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdasarkan konsep Tarif Galakan (FiT), antara inisiatif untuk menjana pendapatan bagi menjimatkan kos bil eletrik setiap bulan.
"Ini adalah projek terakhir saya sebagai Naib Canselor setelah menerajui UniMAP selama 14 tahun yang penuh dengan suka dan duka," kata Kamarudin ketika berucap pada pra-pelancaran Panel Solar tersebut di sini, Rabu.
Turut hadir Pengarah Eksekutif GetSol, Todd Morath; Pengarah Urusan GetSol, Dr Gabriel Peter Salgo; Ketua Pegawai Ekesekutif UniMAP Holdings Sdn Bhd, Baharuddin Abdul Majid dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.
Kamarudin berkata pemasangan solar panel itu akan membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka lebih mendalam teknologi tenaga boleh diperbaharui dan sekali gus membolehkan kaedah pembelajaran amali dipraktikkan di UniMAP.
Selain menjana kewangan melalui sewaan tapak (bumbung bangunan) selama 21 tahun, melalui projek pemasangan panel, Getsol turut memberi kontrak penyelenggaraan kepada UniMAP Holdings, katanya.
Katanya Getsol juga memperuntukkan satu sistem solar bagi tujuan akademik dan penyelidikan yang membolehkan UniMAP menawarkan latihan amali dan sijil dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi program pemasangan solar yang diperakui dan penyelenggaraan solar.
Beliau berkata projek ini secara tidak langsung membuka peluang kepada UniMAP menjadi Pusat Kecemerlangan Tenaga Boleh Diperbaharui selain menjadi wadah bagi pelawat dan industri ke arah inisiatif memperkenalkan Kampus UniMAP Pauh Putra sebagai Kampus Alam.
Dr Gabriel pula berkata UniMAP dipilih kerana inisiatif dan kesungguhan Naib Canselornya mempratikkan amalan kampus hijau termasuk penglibatan aktif beliau sejak perbincangan bermula.-- Bernama
Sumber: SINI
p/s : Proud to be UniMAPian. Selamat bersara, ayahanda (naib canselor). Terima kasih untuk segalanya :')

Monday, January 25, 2016

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30

Image result for anugerah juara lagu 30

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 24 Januari 2016 (semalam) telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-30 yang menyaksikan 12 finalis berentap untuk mendapatkan gelaran juara. Anugerah ini diadakan tak lain tak bukan di Stadium Malawati, Shah Alam dan dihoskan oleh AG dan Fara Fauzana. Mesti korang semua nak tahu senarai pemenang kan? Berikut merupakan senarai pemenang bagi AJL kali ni.

  • Juara: Akim & The Majistret (Potret)
  • Naib juara: Faizal Tahir (Assalamualaikum)
  • Ketiga: Caliph Buskers (Hanya namamu)
  • Vokal terbaik: Dayang Nurfaizah (Tak pernah menyerah)
  • Persembahan terbaik: Akim & The Majistret (Potret)

Semua finalis menunjukkan persaingan yang sengit antara satu sama lain. Kalau nad kan, tak tahu nak pilih yang mana. Semuanya bagus bagus belaka. Tapi yang buat nad terkejut, nad tak expect pun yang Aepul (vokalis Drama Band) boleh tarik suara dia tinggi sebegitu. Memang salute la kan kat dia walaupun dia tak menang. Apa-apa pun, tahniah kepada semua finalis dan pemenang. Anda dah melakukan yang terbaik untuk menghiburkan kami semua.


Tuesday, January 19, 2016

Craving Nak Makan


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Pernah tak korang tetiba terasa nak makan something? Kiranya macam craving la tu. Kalau tak dapat, rasa macam loser sangat sebab tak dapat puaskan selera tekak ni. Haha. Nad selalu je jadi macam ni. Tetiba nak makan itu nak makan ini. Especially kalau tengah PMS. Faham faham je la. Hormon tak stabil.

Rupa-rupanya ada sebab kenapa tetiba kita teringin nak makan itu ini. Itulah perempuan. Hobi makan tapi tak nak gemuk. Bila dah gemuk sikit, complaint pula. Haha.






p/s: Tetiba terasa nak makan maggi goreng dengan Auntie Anne's yang sedap tu. Hantu maggi memang macam ni

Thursday, January 7, 2016

Trend Pakaian Muslimah Remaja Yang Terkini


Fesyen Pakaian Muslimah Remaja

Being a Muslim tidak bermakna anda tidak boleh mengikuti trend fesyen terkini. No no no ! You’re totally wrong. Untuk tampil bergaya juga tidak bermakna anda harus memakai pakaian yang terdedah atau seksi meksi yang menyeksakan bebola mata melihatnya. Haha. Anda hanya perlu bijak memadankan koleksi pakaian anda dan bergaya dengan kombinasi pakaian yang betul. Mix and match tu penting tau. Khususnya untuk golongan remaja, kini terdapat banyak koleksi pakaian Muslimah yang trend dan moden yang boleh acah acah hipster chipster tu boleh anda temui di pasaran seperti berikut:


Gaya yang paling ringkas adalah kombinasi jeans dan t-shirt serta pemakaian outerwear di bahagian luar. Walaupun tampak ringkas, namun ia merupakan gaya fesyen yang terbaik dan sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja. Nad selalu la juga pakai macam ni bila dah datang mood malas yang menggunung tu. Jeans or seluar slack tu wajib. Simple is enough, right?


Jika anda tidak menggemari pemakaian jeans, tampil lebih selesa dengan pemakaian koleksi jogger pants atau harem pants yang bermotif ceria seperti berikut. Jogger pants bukannya sekadar untuk pergi jogging je tau. Nama je jogger pants. Nak pakai pergi shopping mall pun boleh. Nampak hipster dan cool gitu. Ia boleh digayakan dengan pemakaian t-shirt atau blouse seperti berikut. Harem pants tu pun korang boleh pakai. Tak haram tau. Haha.


Untuk penampilan yang lebih formal, anda boleh bergaya dengan kombinasi seluar slacks dan blouse seperti berikut dan padankan juga bersama pemakaian blazer. Haha. Style ni memang nad selalu buat bila nak pergi office memandangkan tak boleh pakai t-shirt. Sedih oiii. Huhu.


Seterusnya adalah gaya yang lebih feminine (tapi nad pakai tetap tak nampak feminine. Muahaha) dimana anda menggayakan koleksi maxi skirts bersama padanan t-shirt berlengan panjang ataupun koleksi blouse. Lagipun dah ada pelbagai jenis skirt yang wujud sekarang ni. Skirt chiffon, satin, crepe, durian crepe (ehh) etc. Skirt straight, kembang payung, buat pemakainya kembang hidung etc. Haha

Dan yag terakhir adalah dengan pemakaian koleksi maxi dress atau dress Muslimah yang modern seperti berikut. Anda boleh memadankan koleksi dress ini dengan penggayaan jacket atau cardigan di bahagian luar untuk tampil lebih sopan. Cara ni paling selamat bila kau teringin sangat nak pakai dress tapi dress tu sleeveless or short sleeve. Daripada korang kena penampar dengan mak korang sebab mengada nak hentak hentak kaki kalau tak boleh pakai dress, better korang guna style ni. Menutup aurat la pula tu. Tak la terdedah bekas injection kau tu. Ye ke idok?

Wednesday, December 23, 2015

When Malaysian Play With Food


Assalamualaikum w.b.t.

Holla gais. Dah lama rasanya tak menceceh kat sini. Bukannya busy mana pun. Tapi kekeringan idea nak update entry. Huhu. Tetiba je hari tu terjumpa gambar-gambar ni kat twitter. I'm totally amazed to this pictures. Lawa kot. Kreatif tu of course la. Tak pernah terfikir nak buat macam tu.


An owl ! Wuhoo

Guna kulit telur je kot. Macam tak percaya 

Hasil dari kulit timun

Eee mengundang rasa lapar la pula

Thursday, December 3, 2015

How To Styling Boyfriend Jeans

Assalamualaikum w.b.t.



BOYFRIEND JEANS LOOK IDEAS FOR WOMEN

For today, I'll like to share with you about hot to styling boyfriend jeans. You must be wondering how we can styling this boyfriend jeans in many way, right ? No need to worry. I'll share to you how to overcome this problem. It's really cool to have at least 1 pair of boyfriend jeans in your wardrobe. I'm really adore with this kind of jeans but unfortunately I can't have it because I have a big thighs and it'll we be a disaster if I wear it *crying inside*

Everyone realize that new trends go in and out every year so fast making it hard to keep track. However, the trend that has been getting a huge attention among the ladies this year. If you have no idea what the new trend is, boyfriend jeans is the answer you are looking for. Instead of the normal straight cuts, boot cut or skinny jeans, boyfriend jeans serve the purpose of making you look edgy yet feminine in them. Take a look at three ways how you can pull off a boyfriend jeans fashion look in style.

1. Sophisticated slouch

For the ladies who want to pull off a formal look while still maintaining a casual feel to it, match those boyfriend jeans with a nice shirt and blazer for the perfect touch. You can always complete the look with stunning high heels and statement accessories to portray that sophisticated slouch appearance to others. 





2. Sexy Girly

You can also portray your feminine side by pairing the boyfriend jeans with a stylish peplum top or off shoulder top and bold colour high heels. Step out to the streets, a date or a day out with your girls flaunting this amazing fashion look. Be laid back and wear comfortable pair of jeans on your day off. Although you have rugged looking jeans on the bottom, you can always maintain a lady like appearance when mixed with other pieces.



3. Casual Chic

For the ladies who want to feel comfortable outfit to wear on a casual day out will definitely love matching it with flats, sneakers, tank tops, basic tees and sweaters. Wear it on your lazy weekends or while you run errands and look amazing effortlessly. The boyfriend jeans with a ripped effect will absolutely show off your tomboyish appeal.



Tuesday, July 7, 2015

Kita Semua Pendosa


Assalamualaikum w.b.t.


Sunday, June 21, 2015

Terima Kasih, Abah


Assalamualaikum w.b.t.





Sebak bila nad baca ayat kat atas ni. Tetiba rasa sedih semacam. Erm. Entah la. Maybe sebab sedar yang diri ni bukanlah anak yang baik untuk abah. Rasa menyesal la juga sebab tak balik rumah minggu ni padahal tak ada class 5 hari. Erm. Patut la abah macam tak bagi balik this week. Rupa-rupanya abah sakit. Satu family sikit. Abah memang macam tu. Suka sangat tak beritahu anak dia ni yang dia sakit. Buat orang sedih je. Huhu.

Friday, June 19, 2015

Tazkirah Jumaat : Kau Siapa ?

Assalamualaikum w.b.t.


Haa... sentap tak? Actually nad tak ingat bila nad screenshot email dari Tarbiah Sentap ni. Tetiba terjumpa masa tengah belek belek phone gallery. Bila dah baca tu, memang sentap menikam dalam hati. Biasa la. Manusia tak pernah lari daripada merungut. Maybe kita terlupa yang kita sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah limpahkan kepada kita. Kita dapat hidup sekarang ni pun dikira nikmat juga. Nikmat hidup. Kalau tak, dah lama kita kat alam sana. So, bersyukurlah dengan apa yang ada. Sempena bulan Ramadhan karim ni, latih diri agar kurangkan merungut. Nikmat yang Allah bagi kat kita tu tak ternilai harganya. Say Alhamdulillah. Alhamdulillah a'la kulli hal.

Thursday, June 18, 2015

Agree Or Disagree ?


Assalamualaikum w.b.t.



Saturday, May 30, 2015

Perkahwinan Bukan Magis !


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Please baca dan hadam baik baik. Memang sentap habis. Allahu.


Friday, May 15, 2015

Wednesday, April 22, 2015

Google Earth Day 2015



Assalamualaikum w.b.t.

Cer korang try buka google korang. Mesti akan keluar macam gambar kat atas tu kan ? Actually, hari ni Google Earth Day 2015. Yang specialnya lagi, siap ada kuiz lagi yang boleh tentukan korang haiwan yang mana satu. Nad dah try kuiz tu dan resulnya ialah jeng jeng jeng...



Nad dapat sama dengan coral. Not bad la. Korang dapat yang mana ? Meh la share sikit. Hihi.

Friday, April 10, 2015

Wahai Wanita, Yang Mana Satu Pilihan Kalbu Korang ?



Assalamualaikum w.b.t

Tadi merayap kat twitter sat. Then, terjumpa pic. Kalau korang la kan, korang pilih yang mana ehh ? Share la dengan nad. Hihi. Kalau nad, nad nak pilih semua je la. Sonang kerja eden. Over benau. Haha. Nasib baik ada FT, Akim dengan Zul Ariffin. Melting wuu...

Sunday, December 21, 2014

Musim Sejuk di Perlis


Assalamualaikum w.b.t.






Sekarang kat sini dah start musim hujan. Musim angin ribut kuat. Merasa la juga hujan seharian. Sejuk dia tak boleh cakap la. Menggigil sampai ke tulang hitam. Sejuk gedi kata orang mana entah. Kalau pakai payung time hujan dan angin ribut tu, boleh patah dan rosak payung tu. Memang kuat sangat. Rasa macam boleh terbang melayang je. Inilah specialnya negeri Perlis ni. Kalau panas, panas sangat macam musim kemarau. Kalau sejuk, sejuk sangat macam musim sejuk. Lepas ni kena spare payung la selalu. Takkan nak main redah hujan macam hari tu. Nasib baik tak demam. Harap Perlis ni tak banjir la, ye. Nanti kitorang juga yang susah, Kalau boleh, nad tak nak menghadapi banjir pun seumur hidup. In shaa Allah.

P/s : Antibody ni please la extra tough sikit. Tak nak merasa demam masa musim macam ni. Karang teruk jadinya.



Monday, December 1, 2014

Good Night




Assalamualaikum w.b.t.

Welcome, december. 1 month to go before 2015. Lailah saidah. Ahlam ladeeda. Ilal liqa'

Sunday, October 9, 2011

Luahan hati


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
 Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Sunday, October 2, 2011

Tentang wanita


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4.Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!



6.Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8 Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.



11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.So janganlah kamu terlalu serius bila bersama wanita yan
g disayangi.Pamerkan sikap kamu yang romantik dan bergurau senda bersama mereka supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif dalam perhubungan.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan.
13.Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18.Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

20.Bila setiap kali gambar keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.



21.Bekas teman lelaki boleh muncul dalam fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25.Cinta bermaksud kesetiaan,ambil berat,jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26.Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang merekadan baik terhadapnya.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg