Showing posts with label tagged. Show all posts
Showing posts with label tagged. Show all posts

Thursday, March 3, 2016

Tagged By Beeha : 5 Things I Hate Most

Assalamualaikum w.b.t.


Holla, gais!!! I'm back again (acah acah laga pipi.lol). Disebabkan nad tengah memishang tak ada kerja sekarang ni, so wajarlah daku menulis entry ini yang telah ditag oleh Beeha Azman (ayat menempah penyepak betul. Hahaha). Dah ramai yang nad tengok buat entry pasal ni. Nad just mampu tengok je la. But at the same time, tengah tunggu siapakah gerangan yang sudi tag nad untuk buat entry ni (nampak tak mengadanya di situ. Kihkih). So, marilah kita bersama-sama baca apa la agaknya jawapan dia yang senget ni. Hahaha.

RULES: Buat satu entry bertajuk  5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

5 things I hate most:

  • Tak hormat privacy orang lain. Sesuka hati je nak belek phone orang. Macam dia punya je. Geram betul dengan orang yang tak tahu adab ni. Lagi-lagi kalau tengah tidur. Dah tahu orang tu tengah tidur, tak payah la nak memekak macam tarzan.
  • Bajet perfect. Eee spesis macam ni please la pupus kat dunia ni. Meluat tau tak. Sibuk je jaga tepi kain orang, tegur salah orang. Tu tak kena, ini tak kena. Padahal diri tu tak la perfect mana pun. Annoying betul.
  • Haiwan yang menggelikan seperti ular, biawak, iguana etc. Nad memang tak boleh tengok haiwan yang macam ni. Selalu terbayang-bayang macam dia ada kat kaki nad kalau ternampak kat tv. Tapi yang peliknya, nad boleh pula tahan dengan lipas. Lipas lalu kat sebelah pun boleh lagi tayang muka relax.
  • Talam dua muka. Spesis macam ni memang menuntut kesabaran yang tinggi. Macam lalang. Kat sebelah sini, dia kata tak suka yang sebelah sana. Kat sebelah sana pula, dia kata tak suka yang sebelah sini. Lepas tu mulut tu macam mulut puaka. Sorry to say la.
  • Asap rokok. Nad paling tak suka if terhidu asap rokok. Sedangkan asap bakar bakar pun nad tak tahan, inikan pula asap rokok. Nak merokok tu boleh je, tapi agak agak la. Pandang la kiri kanan dulu. Even semua pak cik nad sebelah abah dan mama semuanya perokok, tapi diorang pun boleh je fikir pasal orang lain. Nasib la sebab abah nad seorang je yang tak pegang rokok. That's why agak sensitif sikit pasal asap rokok ni.
Mangsa tag: Nanti la nad fikir bila kat rumah nanti sebab nad sekarang ni kat office. Otak beku kejap disebabkan kesejukan air cond ni. Lol. Hahaha.

Saturday, February 20, 2016

25 Things That Make Me Happy


Assalamualaikum w.b.t.



Holla, gais ! Kenapa la lately ni terasa macam tak ramai blogger yang buat entry ehh? Maybe diorang busy kot ataupun tu cuma perasaan nad je. Abaikan je la. Tadi terbaca entry Cik Yanie pasal 25 Things That Make Me Happy ni. Dah lama nad perhati yang ramai dah buat entry ni. Tak ada pun yang tag nad. Tak apa la. Thanks to Cik Yanie sebab tag sesiapa yang baca entry dia tu. So, let's check it out apa jawapan nad. Huhu

Rules

  • Create a new post + insert the theme picture above.
  • List 25 things that make you happy most of the time (it can be any language that you want)
  • Mention the blog that have tagged you (of course it can be more than a blog)
  • Tag at least other 5 bloggers & make sure they know they've been tagged!
  • You might also share your favourite quote of the week! (if none, then it's okay)

25 Things That Make Me Happy


  1. Stay alive with the beloved ones
  2. Foodiee (dasar food lover)
  3. Photography
  4. Blogging
  5. Reading
  6. Collection of novels
  7. Life goals. Lol
  8. Makeup, beauty and skincare stuff (such a typical girl)
  9. The end of diploma soon. Yahooo!!!
  10. Pursuing degree soon. In shaa Allah
  11. Healing process of skin. Keep patient, nad
  12. Own camera (DSLR / mirrorless / Go Pro). In shaa Allah
  13. Beach and nature place
  14. Smell of cookies and cakes at bakery
  15. Chatime and a big cup drinks
  16. Auntie Anne's and Nando's. Yummy
  17. AFFNY's family
  18. Travelling and short vacation
  19. Shopping (women's theraphy)
  20. Birthday surprise (what a surprise)
  21. Excellent results
  22. Earn own money
  23. Kids around me especially Akif Zafran
  24. Improving myself slowly to the right path
  25. Making everyone happy
Nyum nyum nyum


Thursday, December 24, 2015

Tagged Again By Aishah Qairina


Assalamualaikum w.b.t.

Holla gaiss ! Amacam cuti ? Best tak ? Bagi nad best la cuti ni walaupun hari ni tak pergi mana-mana pun. Bukannya senang nak dapat cuti 4 hari macam ni kan. Hahaha. Cakap tu gaya macam kena dera buat kerja kat office je. Bukannya macam tu. Faham-faham je la kerja kat office. Tak bebas sangat. Tak boleh ke sana ke mari. Tak ada kerja penatnya lagi luar biasa daripada ada kerja. Walaupun kerja kat office ni macam tak kena sangat dengan jiwa nad yang suka bergerak ke sana sini dan kena hadap sejuk aircond lagi yang boleh mengundang rasa lapar je memanjang, tapi part cuti nad paling suka. Cuti waktu weekend woo. Haha. Ok la. Nad kena tag lagi oleh someone tu. Jeng jeng jeng. Siapa la yang tag nad tu ? Yang tag nad tu ialah Aishah Qairina. Tak sangka dia ni tag nad. Terharu banget. Bila baca soalan tu, rasa macam "Wow ! Nad masih muda lagi nak jawab semua ni". Haha. Drama la kau ni. So let's check it out!


1. Apa movie kegemaran korang?

Erm erm. Movie ek ? Susah betul nak jawab sebab nad ni jarang tengok movie. Tengok wayang pun boleh kira dengan jari. Malang kan ? Mohon gelak. Setakat ni movie yang paling nad suka tengok Titanic dengan Home Alone. Legend weh. Titanic tu sampai dah tengok banyak kali. Tak jemu pun. Oh Jack ku yang handsome ! Hahaha.

2. Perangai orang yang macam mana korang paling tak suka? Dan nyatakan 2 sebab.

Cth:orang yang suka mencarut sebab dia..? 



Ni lagi susah nak jawab. Karang jawab panjang melebar, dikatanya bajet perfect pula. Haha. Nad paling tak suka orang yang suka menipu. Kalau sekali sekala tu boleh la. Tapi kalau dah tipu bab perasaan ni, memang boleh la tengok nad jadi Hulk. Huhu. Nad juga tak suka orang yang suka mencarut ni. Setakat sebut bengong, sengal, bodoh tu boleh diterima lagi la. Tapi kalau dah sampai sebut binatang haram tu, memang bye bye je la.



3. Warna kegemaran korang? Dan macam mana korang boleh suka warna tu.

Of course la warna merah dengan cream. Warna merah tu nad start suka bila nad kenal dengan kawan nad ni masa sekolah menengah. Dia tu addict sangat dengan warna merah ni. Kira macam ngam je dengan nad. Nampak macam garang gitu memandangkan nad anti pink. Warna cream tu nad suka sebab bekas tupperware nad suka sangat warna tu. Tetiba nad boleh terjebak pula. Adoyaiii. Faham faham je la bekas tupperware tu apa. Haha.

4.  Berapa orang SAHABAT korang? Kenapa orang tu dikira sebagai sahabat korang?

Entah la. Berapa tu malas nak kira. Sebab belum tentu depa tu anggap nad ni sahabat depa. Ayat sadis la pula. Haha. Nad anggap orang tu sahabat nad bila nad selesa luahkan segalanya kat diorang. Diorang selalu ada untuk nad everytime bila nad perlukan diorang.

5.  Pernah bergaduh dengan adik beradik? Selalunya bergaduh sebab apa?

Of course la pernah. Siapa je yang tak pernah bergaduh dengan siblings kan ? Tapi air yang dicincang takkan putus kan. Selalunya bergaduh pasal makanan la sebab kitorang ni kaki makan. Haha. Kalau nak makan tu, mesti berebut nak yang paling besar la, paling banyak la, lawa la especially kalau ayam dan telur goreng. Sounds funny right ? Tapi tu la kitorang. Sampaikan mama dengan abah pernah cakap " Haa pergi la timbang ukur makanan tu". Terus terdiam kitorang. Kahkah.

6. Pilih nak masuk pintu Syurga atau pintu  Neraka? apakah amalan nak masuk pintu yang korang pilih? bagi 6 amalan yang korang buat untuk masuk pintu yang korang pilih.. :)

Of course la pilih syurga. Siapa je yang nak pilih masuk neraka. Gila woo. Api kat dunia pun tak tahan, inikan pula api di neraka. Tapi tu la. Kekadang tu kita kena sedar yang diri kita ni macam tak layak je nak masuk syurga tu. Keinginan tu ada, tapi usaha tu tepuk dada tanya selera (opss free free je korang dapat tazkirah khas dari nad). 6 amalan yang boleh kita lakukan untuk masuk syurga tu seperti solat, puasa, bersedekah, doakan untuk orang lain, berkata yang baik baik dan macam-macam lagi la. Tetiba otak ni jammed pula. 

7. Adakah korang suka bersenam untuk dapat badan yang sihat? Senaman apa yang korang buat?

Bersenam ye ? Boleh la. Padahal bersenam pun jarang. Kalau kat kolej dulu, rajin la juga. Haha. Selalunya jogging je. Nak menari macam zumba tu, tak minat la pula. Geli ai. Haha.

8. Jika tiba hari jadi korang? Apa yang korang ingin kan masa hari jadi korang tu?

Haa part ni nad dah lama nak. Dulu nad teringin sangat nak celebrate birthday nad dengan dia. At least dapat jumpa dia waktu birthday nad pun tak apa. Tak perlu surprise dan hadiah bagai. Tapi tu dulu la kan. Sekarang ni everything has changed. Tak perlu nak harap apa-apa (jangan menangis nad. kau kan sado).

9. Kalau korang disuruh untuk menyampaikan dakwah.. Siapa yang korang nak dakwahkan dulu?

Alamak ! Soalan berat ni. Tak layak pun nak sampaikan dakwah. Diri sendiri pun masih tunggang terbalik lagi. Erm. Kalau la kena sampaikan dakwah, nad nak sampaikan kat public. Melalui penulisan. Kalau nak sampaikan kat orang yang terdekat macam family atau kawan-kawan ke, macam susah la sikit. Sebab dah namanya orang terdekat kan. Mesti kena guna pendekatan yang lain sikit dan berhikmah.

10. Apa yang korang rasa kurang dalam blog aku ni? kalau ada bagi la tahu ^.^

Apa yang kurang ye ? Maybe tak letak maggi cukup rasa kot. Just kidding. Haha. Tak ada apa yang kurang pun. Just benda alah yang kat bawah post tu, rasanya lebih elok kalau kat sidebar. Sebab tak semua orang rajin baca dan scroll sampai bawah. Seems agak tersorok sikit. Sorry to say. Tapi it's up to you la. Kalau awak rasa selesa macam tu, tu hak awak kan.


Terima kasih daun keladi, lain kali tag la lagi. Hehe. Kalau ada sesiapa nak tag nad, tag je la. Kecil tapak tangan, stadium nad tadahkan. Haha. Tu pun kalau ada la kan.

Wednesday, December 2, 2015

Tagged By Acu Asha



Assalamualaikum w.b.t.

Holla gais ! How are you ? Hope you're fine wherever you are. Hee. How about me ? Feeling unwell a little bit. Biasa la, cuaca kan tak menentu sekarang ni (Ehh dia ni nak salahkan cuaca pula. Dia tu yang tak reti jaga kesihatan sendiri). Huhu. Nad ni tengah ber'sweater' dalam office ni. Takut demam lagi. Dengan selsemanya tak surut lagi. Tak apa, nad kan sado walaupun tak suka makan ubat. Hahaha.

Tengah ralit check cbox, tetiba ternampak Acu Asha inform yang dia tag nad dalam entry dia ni. Walaweh. Terharu wehh. Entah kali ke berapa la kena tag ni. Nak tahu apa soalan yang Acu Asha tanya dan apa pula jawapan nad, so stay tuned !

Makanan yang paling best pernah makan ?

Of course makanan yang free dan sedap. Nikmat yang paling best dan tak terkata tu. Haha. Apa-apa makanan yang boleh ngam dengan selera tekak ni

Perkara yang paling tidak disukai ?

I really hate liar ! You're maybe forgiven but not forgotten. So better watch out !

Hadiah birthday pertama yang pernah dapat ? Ceritakan...

Tak ingat la. Rasanya jam tangan biru cair pemberian abah. Yang ada gambar burung kuning tweety yang comel tu

Macam mana belajar buat blog cantik-cantik ni ?

Ehh cantik ke blog ni. Macam sakai je. Haha. Refer tutorial orang yang pakar. And then trial and error. Cuba sampai puas hati tu

Cara memotivasikan diri ?

Muhasabah diri. Kenang balik dosa-dosa yang lama tu. Check balik apa dan kenapa lakukannya

Monday, November 30, 2015

When Someone Tagged Me




Assalamualaikum w.b.t.

Holla gais ! Sorry sebab dah lama menghilang. Bukannya apa. Just tak ada mood nak berblogging. Lama juga la mood tu nak datang balik. Haha. Currently, dalam office ni. Tak ada kerja. Partner intern dengan supervisor tak datang. So mereput la kau kat sini dengan tak ada kerjanya. How sad. Huhu. Sekarang ni nad tengah jalani internship kat sebuah company ni. Nanti nad cerita la. Tunggu nad ada phone balik (pasal phone ni pun nanti cerita juga).

Bila dah lama tak menghadap blog ni, tetiba rasa awkward pula, Hahaha. Tu la kau. Abaikan lagi blog ni. First thing yang nad akan buat bila dah lama tak buka blog ialah check bilangan follower. Siapa yang macam tu sila angkat lidah! Haha. And then baru la check cbox. Masa check cbox tadi, tetiba perasan yang ada someone tagged me. Wow, dah lama tak kena tag ni ! Feeling excited sat. Nak tahu apa questions yang nad perlu jawab yang diberi oleh Alia Syuhada ni. So let's go babeh !


1. Favourite book ?
 Any kind of novel yang boleh masuk dengan jiwa nad ni. Haha
2.First kena rotan ? 
Of course la kena rotan dengan mama masa childhood dulu. Dulu nad ni nakal sangat sebab rapat dengan adik lelaki. Mama lagi garang daripada abah dulu padahal orang pernah kata yang muka abah macam askar. Haha
3.Pernah tak pergi luar negara? 
Pernah but setakat Thailand je. Tu pun join program under university. Merasa la juga pegang buku merah tu 
4. Selalu tak tak siap homework ? kenapa? hehe
Jarang la tak siap homework masa zaman persekolahan dulu sebab nad takut kalau tak siap. Takut kena marah dengan cikgu. Kalau tak siap pun, mesti sebab penat sangat
5. Kalau kawan awak marah awak, awak buat apa?
Jauhkan diri dari dia. Give them some space. Takut baran nad yang keluar nanti.  Nad tak reti pujuk orang. Malang sungguh. Haha
6. The best gift that u ever give to ur parents?
Always remember to mention them in my prayer. Excellent results in exam
7.Pernah gaduh ngan bestie? kenapa?
Pernah je oii. Siapa je yang tak pernah gaduh dengan bestie. Meh sini cakap. Haha. Tak ingat la gaduh sebab apa. Tapi yang pasti masa tu nad terlebih sensitif dan emotional. Tu yang sampai bergaduh tu
8. Suka makan ulam?
Nope. Just makan petai, nangka, rebung dengan jantung pisang je
9. favourite quotes.
"Distance means nothing when someone means everything"
10. Pernah nangis sebab kena marah cikgu tak? :B
Tak pernah sebab nad ni sado orangnya (Eww perasannya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg