Showing posts with label FYP. Show all posts
Showing posts with label FYP. Show all posts

Friday, July 19, 2019

Final Result After 6 Years



Image result for jumping happily animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully semuanya berada dalam keadaan yang baik baik sahaja. Okay la. Based on tajuk entry kali ni, finally last result nad after 6 years (3 years diploma + 3 years degree) pun dah keluar. Result apa pula ni? Result degree nad la. Result nad keluar pada Selasa lepas. Mula-mula tu ingatkan result keluar pada Isnin lepas. Rupa-rupanya nad tersilap pandang hahaha. Excited sangat ke tu? 👀

Image result for nervous animated gif

Overall, result nad okay la juga. Walaupun tak seperti yang diharapkan. Alhamdulillah, lulus semuanya. Risau juga kalau ada subjek yang sangkut. Tak memasal kena extend sem tetiba. Ye la kan, nad pun sedar yang nad ni tak pandai sangat dan tak bodoh sangat. Somewhere in between gitu hehehe.  Biashe biashe je. Sebelum nak check result tu kan, punya nervous gila. Gila tak nervous. Tu la penentu sama ada boleh grad on time this year atau tak. Tangan tu tak payah cakap la. Sejuk beku macam duk dalam peti ais 😅

Image result for mental breakdown animated gif

Bila dah check tu, lega juga la sikit. Walaupun rasa mental breakdown sat. Biasa la kan. Frust sikit sebab tak dapat seperti yang diharapkan. Rasa macam nak isolatekan diri je. Ye la. Nad pun kelam kabut masa jawab final exam hari tu. Mana taknya, first paper on 17 Jun dan last paper on 18 Jun. Tak ke stressnya dapat paper straight. Dah la 2 paper tu killer semacam. Pencil box boleh pula tertinggal kat rumah. Dengan tak cukup masanya, dengan tetiba blanknya. Nak kata tak study, dah study dah. Tapi tu la kan. Benda nak jadi 😊

At  least, nad puas hati dengan FYP nad. Sebabnya result FYP nad meningkat. Unbelievable betul 😱 From B+ to A-. Walaupun tak dapat A, tapi okay la tu. Berbaloi juga usaha selama ni. Tak sia-sia nad terkejar-kejar berulang-alik dari kolej which is kat Pauh ke Kangar semata-mata nak jumpa supervisor FYP dan siapkan FYP. Sampaikan terpaksa bertapa kat lab FYP especially on weekend. Ada some weekend tu nad tak jumpa housemate sangat pun. Ye la. Pi lab FYP waktu pagi, then sampai kolej pula dah nak dekat Maghrib. Malam tu dah sah bertapa dalam bilik nak sambung buat FYP. Nasib la dapat tajuk FYP yang gunakan software yang lesennya hanya ada kat lab FYP. Kalau nak guna software tu kat kolej, memang tak boleh la. Takkan pernah dapat hahaha. A few months sebelum viva, nad terpaksa tukar tajuk FYP atas suggestion supervisor sendiri. And then kena tambah part hardware. Tipu la kalau tak stress. But, life must go on.

Here are some tips to get a good mark for FYP. Tak la tips sangat cuma just share apa yang nad buat sepanjang bergelar FYP student. 

  • Make sure faham betul betul tajuk FYP tu. Do some reading and research based on previous research paper. Boleh cari kat laman web ieee atau google scholar
  • Kalau guna software, install software tu awal awal. Senang nanti nak buat progress. Kalau part hardware, beli awal awal juga components, equipments dan seangkatan dengannya. Kalau tersilap beli atau rosak ke apa, boleh la ganti nanti
  • Kerap berjumpa dengan supervisor FYP. Tak tau la if universiti lain. Tapi yang nad perasan, uni nad ada markah (project management) bila berjumpa dengan supervisor. If compare between FYP 1 dengan FYP 2, FYP 1 nad dapat markah sikit maybe disebabkan jarang jumpa supervisor masa FYP 1 dulu
  • If ada masalah, jangan malu untuk discuss dengan supervisor. Supervisor tu tak makan orang aih. Unless kalau supervisor tu busy sangat, baru la kena ikhtiar lain which is tanya kawan-kawan atau lecturer lain
  • Follow report's formatting and requirements. Macam nad, committee dah bagi siap report's template. Just follow je template tu. For requirements pula, kalau ada kena completekan dan signature supervisor untuk borang itu borang ini and so on, just do it. Kalau kena ada turnitin report, nak tak nak kena la guna turnitin untuk check plagiarism
  • Avoid buat report last minute. Kitorang kena submit progress dan final report through elearning system. Dan pada hari due datenya, tak sah kalau system tak down. Jammed kot. So, kena la guna alternatif lain which is send it via email. Nak buat report last minute tu boleh je, tapi janganlah sampai over due date untuk mengelakkan mark deduction
  • Berbuat baiklah dengan supervisor. Kalau kena marah ke apa ke, hadap je. Dia juga penyumbang utama untuk markah nanti

Tu je la kot yang nad mampu share. Tu pun rasanya macam dah panjang je ni. Terima kasih tak terhingga kepada supervisor nad iaitu Ir. Dr. Mohd Rashidi Che Beson kerana sudi menerima student FYP macam nad ni hehe dan banyak membantu sepanjang 1 tahun nad bergelar sebagai FYP student. Ada rezeki boleh bertemu lagi waktu convocation nanti. Last but not least, good luck for FYP student. Fighting!!! 💪

You may read this : Done Viva FYP 2

Monday, July 1, 2019

New Chapter Begin

Image result for finish exam animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Rasa macam dah lama tak berceloteh kat sini. Hopefully korang semua sihat la ye 😊 So raya pun semakin sampai ke penghujungnya. Kejap je rasanya. Pejam celik pejam celik dah nak habis raya. Sekarang ni pun, dah masuk bulan Julai dah. Maksudnya kita dah lalui separuh daripada tahun 2019. Tak lama lagi nak masuk 2020 😂

So sekarang ni kan, macam biasa la. Nad tengah tanam anggur. Jadi penanam anggur yang berjaya. Nad dah habis final exam hari tu. Last paper 18 Jun yang lepas. Report FYP (final year project) pun dah submit buat kali terakhir untuk dibuat hard covernya. Maka terbang melayanglah duit. Kalau tak bayar, nanti fail FYP and then tak boleh graduate. Tak ke naya tu.

Currently, nad tengah busy looking for job vacancy. Dah apply banyak dah. Tengah tunggu company call or email je. Last week, nad dah pergi 1 interview. Interview untuk jadi assistant supervisor kat Watsons. Dekat dengan rumah ni haa. Tapi tak tahu dapat ke tak. Hopefully dapat la eh. At least boleh cari duit poket untuk bayar duit konvo nanti. Kalau boleh, nad nak bayar duit konvo nanti guna duit sendiri. Tak nak la susahkan abah. Baru baru ni nad dah register untuk join graduan aspire career fair 2019. For details, boleh refer gambar kat bawah ye 😁 Saje je join. Mana tahu ada rezeki nanti kan hehe.

Image result for graduan aspire career fair 2019


Last but not least, tadi ada company call nad. Dia offer position real estate agent. Nad pun serba salah nak kata ye. Sebab dah lari bidang kan. Esok nad ada interview kat Mid Valley. Tapi position tu tak ada kena mengena dengan course nad pun. So, apa pendapat korang semua? Kalau boleh, share la tips ke apa ke. Tolong doakan nad dapat jawab interview dengan baik eh 😘

Sunday, May 26, 2019

Done Viva FYP 2

Image result for happy animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! How are you? I hope you're doing fine. Dah beli baju raya ke belum? (sibuk je nak tau hehe). Mesti sekarang ni most of people tengah busy shopping raya kan. Nasib baik la nad dah habis shopping. Tak larat weh nak hadap crowd. 

Merujuk kepada previous post, nad dah balik rumah dah. Uwu syok gila dapat balik rumah. Nad dah settlekan viva pada selasa lepas. Nak share kat sini tapi tu la kan. Dah syok duk rumah sampaikan terlupa hehe. Alhamdulillah, everything went well. First time nad rasa nad buat presentation dengan baik. Sampaikan panel tak tanya soalan banyak sangat. Thank you, Dr sekalian hihi 😋

Nad sepatutnya present pukul 12. Jadi orang second last gitu untuk morning session. Tapi nad pi awal ke tempat presentation tu. Btw nad present kat dalam lab tau. Lab embedded system kalau tak silap. Nasib baik lab tu tak besar sangat. So kurang sikit rasa nervous tu. Padahal sebelum tu tak tidur mana pun sebab nervous punya pasal. Tidur tak lena weh for the first time.

Then, masa nak buat preparation nak setup laptop bagai, tetiba je cable HDMI tak dapat detect pula. Slide presentation tak boleh view kat projektor. Entah kenapa la. Padahal sebelum tu okay je orang pinjam cable nad tu. Dah la start lambat sebab nik punya session drag masa sikit. Terpaksa la pinjam laptop orang lain. Fuhh nasib baik. Bayangkan la nad present tu tak ada script apa pun. Spontan je speaking. Sebab fikir "kalau waktu intern dulu boleh speaking spontan, takkan sekarang tak boleh". Ada la juga tersasul sikit. Biasa la kan hahaha.

Bila dah habis present kat panel, bermulalah Q&A session. Session ni paling ramai orang tak suka sebab takut kena hentam. But, alhamdulillah la. Tak kena hentam pun. Panel first just tanya benda basic je. Tu pun nad dah speechless sebab entah la. Maybe tak sabar nak cepat habis kot. Nasib baik panel second which is supervisor GDP nad backup dan explain kat panel first. Masa Q&A tu berlangsung, depa siap promote lagi suruh sambung master. Sebab project nad tu boleh buat improvement and then sambung untuk master. Haihhh macam supervisor FYP nad je la. Tak habis habis duk recommend sambung master under dia. Apa la nasib.

Dah habis Q&A session tu, sv GDP nad pulangkan balik report nad tu. Sebab nanti nak hantar correction report untuk buat hardbound punya. Balik rumah baru perasan banyaknya yang berconteng kat report tu hahahaha. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Rasa lega dan puas hati sangat. Boleh la betulkan report dengan senang hati memandangkan flowchart tak payah betulkan pun yeayyy 😄


With didi and nik. Thank you for being a good fypmates. Good luck for upcoming paper 😎


Baju kurung tak bawa sehelai apa pun weh. Sebab tu la pakai macam gitu 😂


Here's a little bit of tips for those yang bakal menghadapi presentation / viva :

  • Make sure tahu overview pasal presentation yang bakal dilakukan. At least tahu tentang basic knowledge tajuk yang bakal dibentangkan
  • Kalau boleh, slide presentation tu kurangkan words, lebihkan diagram or graphic. So that boleh explain lebih dan bukannya baca slide semata-mata
  • Kalau ada rubric, make sure ambil tahu tentang rubric tu. Apa kriteria yang diperlukan untuk mendapat markah yang baik semasa presentation
  • Berpakaian kemas. Kalau berpakaian formal tu compulsory, so follow it. Sometimes pemakaian pun ada markah juga tau
  • Be confident. Jangan rasa takut takut dan tunjukkan rasa nervous tu sangat. Kalau boleh, practice la sehari sebelum tu
  • Present benda yang kita tahu je. Jangan present benda yang kita tak tahu sebab susah nanti kalau kena soal
  • Senyum selalu. Eventhough kena hentam or tak tahu jawapan pun, senyum je
  • Jangan tengok slide sangat. Kena ada eye contact antara presenter dengan panel or examiner

Tu je la kot tips yang dapat nad berikan. Apa apa pun, be confident okay! Hanya kita yang tahu pasal topik or project yang dibentangkan tu. Last but not least, good luck and all the best 😊


Monday, May 20, 2019

Last Viva for Degree


Related image

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Apa khabar semuanya? Harap korang semua baik baik saje. Btw, esok nad ada viva utk FYP 2 (final year project). Merangkap last viva (presentation) untuk degree ni. Fuhh pejam celik pejam celik dah nak habis degree rupanya. Tinggal sebulan je lagi nak jadi degree student. Dah 6 tahun nad menetap kat Perlis ni. Rasa macam baru semalam je register untuk diploma 😅

Slide untuk viva dah siap dah. Dah email ke supervisor. Tinggal nak practice je haa. Dah la nad dapat first day viva. Memang seronok la. Paper final exam pula ada lepas raya. So, esok habis viva boleh la terus balik rumah. Dah 3 bulan nad tak balik rumah (sebab cuti mid sem hari tu tak balik). Sumpah rindu gila nak duk rumah. Rindu nak makan masakan mama. Tak payah duk pening fikir nak makan apa tiap hari. Hehe 😊

Korang semua tolong doakan nad eh. Doakan supaya nad tak kena attack teruk teruk oleh panel esok. Risau juga la walaupun one of the panel tu sv GDP (group design project) nad. Dah la project nad ni memang dalam bidang dia. Huhu. Wish me luck, okay? 😉
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg