Monday, April 13, 2015

Rindu jemah, peah, senah dan kiahku


Assalamualaikum w.b.t.

Wuhoo... Holla ! Dah 2 hari blog ni sepi tanpa entry. Maap maap. Sejak dapat novel baru ni, blog ni terabai. Alololo. Kesian dia. Haha. But first of all, entry ni sarat dengan pic dari mula sampai la akhir ni. Maybe some people pernah tengok gambar ni kat insta nad, but do I care ? Just kidding. Kahkah. Entry ni special sebab sebagai pengubat rindu la konon. Geli la pula. Puihh. Kihkih.

Memandangkan tengah cuti sem ni, of course la life terus berubah. Tiada lagi kelam kabut pergi class. Tiada lagi rungutan tunggu bila nak habis class sebab nak pergi makan. Tiada lagi suara-suara sumbang yang asyik duk menyakat nad. Tiada lagi orang yang selalu cari pasal dengan nad kat belakang class. Tetiba rindu la pula nak ada class. Tu la. Dulu bukan main merungut kalau class pack atau habis lambat. Sekarang ni dah rindu la pula. Well. Normal la tu kan as uni student. Haha.

Yang paling utama ialah rindu dengan classmates nad merangkap besties nad kat sini. Walaupun kitorang daripada negeri dan background yang berbeza, tapi tu tak menjadi halangan untuk kitorang terus berkawan. Sumpah wehh... Nad rindu korang sangat sangat. Sengaja je tak nak contact. Nanti kantoi la yang nad rindukan diorang semua. Ego ni masih ada lagi. Aishh. Huhu.



Nad selalu jadi photographer diorang. Dari kiri Sarah, Ija, Ecah dan Nik.


Apa motif gambar ni pun tak tahu. Macam kanak-kanak ribena je ni. Kahkah.



Snap gambar kat tangga pejabat kolej pun boleh. Dah sah tak ada kerja ni. Hihi.



Semasa dinner sem 3 tahun lepas.



Nah. Amik kau. Nak sangat snap gambar kat pintu utama yang siap ada red carpet lagi tu. Acah-acah retis je ni. Hehe.



Gambar ni menggedik je nak snap. Nad yang paling sakai sekali. Dengan tudung indon tu. Muka tu pula bertepek dengan pimple cream. Muahaha.


Tak sabar rasanya nak tunggu buka sem. Sem depan dah la last sem kita dapat bersama. Then, dah kena pergi Industrial Training. Huhu. Walaupun sem depan kita mesti busy dengan class, assignment, test, quiz dan final year project lagi, tapi harap kita still boleh buat kerja gila bersama-sama lagi. Haha. Pergi class lambat, ponteng class, ponteng perjumpaan, ponteng tutorial *jangan dicontohi perangai buruk ni*. Hope sem depan akan berikan kita kenangan yang paling terindah dan sukar untuk dilupakan sebelum kita berpisah dan convo nanti. Miss and love uolls so much. Muah muah. Haha.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg