Friday, April 22, 2016

4.00 For The First Time


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais ! How are you? Harap korang semua sihat sihat belaka la ye. Hihi. Kenapa la entah makin lama makin tak ada mood nak berblogging. Biarkan macam tu je. Maybe sebab penat bekerja kot *nanti nad akan share nad kerja apa* Padahal sebelum ni boleh je berjaga sampai pukul 3 4 pagi semata-mata nak online sebab line masa tu tersangat la laju. Tapi sejak dah bekerja ni, asal masuk bilik je tak lama lepas tu terus pengsan. Penat sangat la kot. Hahaha.

Finally, alhamdulillah result nad untuk last sem telah keluar. Sumpah rasa macam tak percaya je. Unexpected result gitu. Rasa macam segala penat lelah sepanjang nak habis sem terakhir yang merupakan latihan industri sangat berbaloi. Kalau korang baca previous entry nad, korang akan tahu betapa meroyannya dan stressnya nad buat preparation untuk presentation latihan industri tu. Dengan last minute printer buat hal. Terpaksa la print kat kedai walaupun harganya mencekik darah la juga.

Alhamdulillah. Nad dapat 4.00 pada sem lepas. Rasa macam nak menangis je. Sebab macam tak sangka yang orang yang tak berapa pandai macam nad ni boleh dapat 4.00. Padahal presentation dan report hari tu tak ada la perfect mana pun. Still ada mistakes tapi nad dah tak larat nak betulkan balik. Biarkan macam tu je. Huhu. Padahal punya la acah acah tak nak check result hari tu. Siap suruh adik nad checkkan lagi tu. Apa la kau ni oiii. Haha. Btw, thanks so much kepada family Computer Engineering yang banyak membantu selama ni. Jasa korang  semua tak mampu nad balas. Terlampau banyak jasa korang. To my dearest roomate, thanks for everything. Thanks for always be there for me through ups and downs. Walaupun macam-macam orang mengata pasal kita, kau tetap sudi berkawan dengan manusia macam nad ni. Aduhhh sedih la pula. Sekarang ni just counting day for convocation day. Permohonan ke degree dah buat. Tinggal nak send ke pihak universiti je. Good luck for your future, guys. Till we meet again. Ada rezeki, nad sambung kat sana balik.

7 comments:

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)