Friday, November 21, 2014

Keep Moving Forward




Assalamualaikum w.b.t.

Sobahul khair. Salam Jumaat barakah. Salam sayyidul ayyam. Hari ni, 21 November 2014. Genap 2 minggu selepas tarikh ulangtahun kisah kita yang ke 4. Means, sudah 2 minggu menjalani kehidupan dengan keputusan yang telah dibuat. Saat membelek fb dan tiba-tiba ternampak status yang dibuat khas untuk dia. Ye, dibuat pada tarikh kita yang sangat bermakna bagi hidup ni. Baca balik apa yang telah ditulis dan ternampak yang dia like status tersebut. Mungkin dia sudah mengerti apa yang diri ni cuba sampaikan kepadanya. Sungguh tidak menyangka yang dia akan membaca dan meng'like' status tu (memandangkan tu private status).

Harap saat dia membaca status tersebut, dia boleh rasakan apa yang diri ni rasakan selama ni. Harap dia mengetahui bahawa diri ni sangat menghargai pertemuan kita yang tidak dijangkakan ini. Mungkin bagi dia semua ni tidak penting lagi dalam hidup dia. Namun sebaliknya bagi diri ini. Masih menyimpan semua peristiwa berkaitan kita dalam lipatan hati. Kalau dulu diri ini akan menuding jari kepada dia. Meletakkan semua kesalahan dan apa yang telah terjadi kepada dirinya. Namun, kini tidak lagi. Sebab diri ini telah berfikir mungkin apa yang terjadi ini merupakan kesalahan diri ini juga. Kesalahan diri ini yang tak pernah dia nyatakan dan ungkapkan kepada diri ini.

Sepatutnya diri ini mengambil keputusan ini sejak dulu lagi. Namun diri ini tetap kuatkan diri, topupkan kesabaran yang semakin menipis dan runtuhkan tembok ego semata-mata untuk dia. Lama-kelamaan kesabaran semakin menipis. Hati semakin tenat dan nazak. Harapan semakin melayang jauh. Sengaja bertahan sehinggalah sampai suatu masa diri ini akan menyerah dan mengalah. Tu lebih memudahkan untuk melangkah pergi bagi diri ini. Ye, diri ini cuba melangkah jauh dari hidup dia. Semakin lama semakin jauh. Apa gunanya bertahan kalau hanya diri ini je yang berusaha. Sedangkan pihak satu lagi hanya mendiamkan dan menghilangkan diri. Apatah lagi semua usaha yang dicurahkan seolah-olah tidak dihargai dan tak memberi makna langsung kepadanya.

Kepada dia, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih untuk kebahagiaan yang diberikan. Terima kasih kerana sudi mencipta kenangan bersama. Andai diri ini jatuh tersungkur dan rebah dalam perjuangan ini, jangan risau. Itu hanya sebentar. Kadangkala hati ini akan rapuh jua. Tidak kuat seperti yang dibayangkan. Tidak mengapa. Asalkan kekuatan diri itu masih ada walaupun sebesar kuman. Maafkan saya atas segalanya. Atas segala kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukan. Maaf kerana mungkin pernah ter'aib'kan diri awak di laman sosial. Sungguh, diri ini hanya insan biasa. Bukan insan yang kamil. Maaf kerana stuck terlalu lama dalam kenangan kita. Sepatutnya diri ini faham mengapa awak melakukan seperti ini kepada diri ini. Faham mengapa awak mengundurkan diri dengan cara begini. Diri ini sangat menghargai pertemuan dan memori yang kita cipta. Semoga ia menjadi pedoman kepada diri kita pada masa akan datang. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita untuk masa akan datang. Kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi. Kalau tidak di dunia, mungkin di syurga sana. In shaa Allah. Maaf andai kata rasa tu masih bersisa dalam hati ini. Fi hifzillah :')






No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)