Monday, July 1, 2019

New Chapter Begin

Image result for finish exam animated gif

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Rasa macam dah lama tak berceloteh kat sini. Hopefully korang semua sihat la ye 😊 So raya pun semakin sampai ke penghujungnya. Kejap je rasanya. Pejam celik pejam celik dah nak habis raya. Sekarang ni pun, dah masuk bulan Julai dah. Maksudnya kita dah lalui separuh daripada tahun 2019. Tak lama lagi nak masuk 2020 😂

So sekarang ni kan, macam biasa la. Nad tengah tanam anggur. Jadi penanam anggur yang berjaya. Nad dah habis final exam hari tu. Last paper 18 Jun yang lepas. Report FYP (final year project) pun dah submit buat kali terakhir untuk dibuat hard covernya. Maka terbang melayanglah duit. Kalau tak bayar, nanti fail FYP and then tak boleh graduate. Tak ke naya tu.

Currently, nad tengah busy looking for job vacancy. Dah apply banyak dah. Tengah tunggu company call or email je. Last week, nad dah pergi 1 interview. Interview untuk jadi assistant supervisor kat Watsons. Dekat dengan rumah ni haa. Tapi tak tahu dapat ke tak. Hopefully dapat la eh. At least boleh cari duit poket untuk bayar duit konvo nanti. Kalau boleh, nad nak bayar duit konvo nanti guna duit sendiri. Tak nak la susahkan abah. Baru baru ni nad dah register untuk join graduan aspire career fair 2019. For details, boleh refer gambar kat bawah ye 😁 Saje je join. Mana tahu ada rezeki nanti kan hehe.

Image result for graduan aspire career fair 2019


Last but not least, tadi ada company call nad. Dia offer position real estate agent. Nad pun serba salah nak kata ye. Sebab dah lari bidang kan. Esok nad ada interview kat Mid Valley. Tapi position tu tak ada kena mengena dengan course nad pun. So, apa pendapat korang semua? Kalau boleh, share la tips ke apa ke. Tolong doakan nad dapat jawab interview dengan baik eh 😘

3 comments:

  1. all da best for your interview

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segalanya. Btw saya dah follow blog ni. Thank you sudi singgah blog saya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)