Wednesday, April 17, 2019

Trip To Hatyai, Thailand


Image result for travel animated gif
Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais! Dah lama tak membebel kat sini. Rindunyaaa! Entry ni pun duk terperam kat draft almost 3 minggu. Tak ada mood nak menaip weh. Hihihi.

Nad just nak share sedikit pengalaman pergi Hatyai (2D1N) waktu cuti sekolah hari tu. Ni dah masuk kali kedua nad pi Thailand. First time dulu waktu join program universiti dulu time amik diploma. Dah berkurun lama dah pun. Nad gerak dari kolej je memandangkan tak balik bercuti mid sem hari tu. Bersiap awal la juga. Sebelum pukul 6 dah bersiap. 

Lepas je solat subuh, terus order grab tapi kan tak dapat dapat. Dah banyak kali try kot. Rasa macam nak menangis je masa tu (tipu je. hehe). End up terpaksa tebalkan muka minta tolong roommate hantar sampai stesen ktm Arau. Kesian dia kena hantar nad. Tak dan pun nak naik train. Sampai sana first train dah pergi dah. Nak tak nak kena cari alternatif lain. So, nad decide naik grab je dari situ ke ktm Padang Besar. Nak kejar masa punya pasal. Masa tu, tak terkira berapa kali abah call. Duk tanya dah gerak ke belum. Sumpah kelam kabut.

Nasib baik dapat juga grab ke ktm Padang Besar. Dalam RM30++ la juga. Pejam mata je la. Nasib boleh claim kat abah hahaha. Sampai je kat ktm tu, kena isi borang apa entah. Sebab nanti kena serahkan borang tu dengan passport kat imigresen. Dari ktm Padang Besar tu kan, nad just naik van je sampai la ada satu tempat tu kat Thailand. Kiranya kat situ ramai orang naik turun van. Van pula bayar RM 7. Kalau van yang direct dari Malaysia sampai ke hotel kat Hatyai, kena bayar RM20 seorang. Tapi abah prefer amik yang tak direct. Total baru RM14 seorang. Just kena transit dan tunggu van kat Thailand tu cukup penumpang la. Dari imigresen tu nak ke tempat transit van tu sat je. Dari tempat transit tu nak sampai ke bandar Hatyai tu dalam masa 1 jam la juga.

Then, bila sampai kat depan hotel tu kan nad dah rasa excited sangat. Sebab dah rasa barai gila. Dengan tak cukup tidurnya. Dengan rushing nak ke sini. Btw, nad stay kat hotel Grand Pink (4 star). Hotel ni betul betul kat tengah bandar. Dekat dengan 7eleven dan Watson. Tapi yang tak bestnya kan, receptionist hotel punya la lawa tapi speaking ke laut. Jenuh juga nak communicate.

View dari pintu depan hotel. Lawa kan. Yang spoilnya, ada pula cermin kat siling atas katil tu

Toilet view. Nice gila ada bath tub. Boleh fefeeling gitu hihi

Nad dapat la juga berehat kat hotel almost 1 jam. Penat kan. Lepas tu pi merayap keluar cari makanan sebab tak breakfast. Terjumpa la satu restoran ni (tak ingat namanya apa). Restoran tu ada jual masakan Melayu la. Kitorang just order nasi goreng je. Take away nak makan kat hotel. Lepas dah habis makan tu, baru sedar yang mahal la juga nasi goreng tu. 4 bungkus nasi goreng kalau convert ke duit Malaysia mahunya RM70++. Dah lapar sangat, tak berapa sedap pun telan je la. Buat alas perut. Tak lama lepas makan tu, bersiap siap la mandi bagai sebab nak keluar. Keluar pun pi jalan jalan around town je. Jalan kaki je weh. Lantak la panas terik ke apa. Btw, kat tepi jalan tu berlambak jual barang. Macam-macam barang la. Makanan pun ada.


Kabel berselirat tu memang identiti diorang kot. Tapi internet kat sana lagi better than Malaysia. Memang salute gila la.


Banana milk ni nad sempat grab kat 7eleven diorang. Murah je. Sebotol tu 12.50 baht (RM1.63). Tu yang sampai borong tu sebab susah nak dapat



Lunch kat Restoran Kelantan. Ada masakan melayu. Tapi biasa la kan quite pricey la juga

Bergambar sebelum naik tuk tuk. Jumpa uncle driver tuk tuk masa lunch kat restoran tadi

So, naik la tuk tuk lepas habis lunch. Naik tuk tuk pun sebab nak pi Samila beach. Jauh la juga perjalanan nak ke sana. Ambil masa dalam sejam dari bandar Hatyai. Dengan panas teriknya, perghh memang tadah muka free free dalam tuk tuk tu. Sunscreen pun tak sempat nak touch up. Best juga dapat tengok permandangan sekeliling. Yang nad perasan sepanjang perjalanan ke Samila beach tu, banyak kot universiti dan budak sekolah kat tepi jalan. Eh lupa pula. Malaysia je yang tengah cuti sekolah. Diorang punya universiti majoriti ada specific course. Contohnya, technology university. Specific untuk yang berminat nak belajar teknologi.

Mermaid statue. Dekat Samila beach juga. Tapi nak snap gambar tu ya ampun. Macam kena ambil nombor giliran. Ramai gila orang nak bergambar

Benda paling wajib try bila sampai sini. Coconut ice cream. Tak sure berapa baht (maybe tak sampai RM 3). Sampai je kat tempat abah, terus abah pi beli aiskrim ni

Acah acah model sikit (perasan je lebih) :p


Selebet dah tudung sebab angin bertiup kuat sangat masa tu

Lepas dah round round, snap gambar dan beli souvenir kat Samila beach tu, kitorang pun naik tuk tuk tu balik dan bergerak ke Asian Night Market. Nad yang suggest nak pi sana memandangkan nad ada la buat research sikit sikit dan floating market tak buka hari tu. Sampai je sana, apa lagi merayap la. Cuci mata sambil cari barang nak shopping. Kat sana banyak jual pakaian, kasut dengan souvenir. Makanan pula ada kat tingkat 1. Nad tak pi tingkat atas memandangkan dah barai sangat. Rasa nak tercabut kaki haa. Sempat la juga grab sepasang sport shoes. Alaa yang murah murah je. Dalam 150 baht (RM 19.51). Boleh la buat pi jogging.

Wuu dating ke tu hahaha

View depan Asean Night Market. Punya la banyak kedai kat situ

Lepas dah habis shopping tu kan, pi la gerak ke bandar Hatyai balik. Then melilau la cari tempat nak dinner. Time ni nad tak dinner rasanya. Sebab rasa penat sangat. Bila kat sini, memang tak lalu nak makan sangat. Nak minum air je memanjang sebab panas dia tak boleh bawa bincang. Penat tu tak payah cerita la. Balik je hotel, terus tidur lepas mandi. Nampak sangat penat tu.

Keesokan harinya, nad bangun lewat sikit je. Sikit je okay. Sebab abah dah pi keluar cari breakfast dulu. Then lepas mandi, terus kemas barang sebab tengahari nanti nak check out. Sementara tunggu mama kemas barang lepas keluar breakfast berjemaah, nad dengan yaya pi la merayap kat luar hotel. Niat di hati nak beli baju. Btw kat hotel tu ada macam pasar pagi gitu. So nad pun tengok tengok je la. Nasib sempat grab sehelai blouse warna putih. Style macam dolly blouse gitu. Harga blouse tu pula 200 baht je (RM 26). Siapa je yang tak nak grab kan? Dah la comel siap ada bunga kecik kecik pula. 

Lepas check je out, kena tunggu van nak ke imigresen kat bawah hotel. Tak sure berapa baht sebab nad tak keluarkan duit langsung untuk trip ni. Bila dah melepasi imigresen, naik la macam jambatan sampai ke ktm Padang Besar. Quite jauh la juga. Tapi nasib baik ada jambatan berbumbung tu. Kiranya macam short cut gitu. 

Kat depan imigresen Malaysia

Tips :

  • Kalau boleh la kan, tukar la duit Baht siap siap kat Malaysia. Senang sikit nanti
  • Sim card nad beli siap siap kat Changlun. Sim card tu ada unlimited internet untuk seminggu. Berbaloi la bayar RM14 untuk sim card tu
  • Kat imigresen, kononnya tulis "No tips please". Padahal kena selitkan duit tips kat passport. Driver van kena inform siap siap. Kalau tak, driver yang kena nanti
  • Better plan awal awal schedule. Means plan la first day nak pi mana, second day nak pi mana and so on
  • Kat sana panas gila. Lebih kurang macam kat Perlis. So be prepared la ye. Stand by sunscreen/sunblock dan topi siap siap. Nad yang pakai sunscreen pun muka boleh jadi burn.
  • Dah pi sana why not la kan try kopi Arabus yang famous tu. Ada macam-macam jenis for example latte, mocha, etc. Boleh dapatkan kat 7eleven dalam 39.00 baht (RM 5.08)

7 comments:

  1. nice.. best kalau dpt cuti makan angin gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala boleh la. Kalau selalu lagi best hehe :)

      Delete
  2. hai nad! wahh bestnya dpt p dgn family. puas gak la dpt jejak sana & dpt pengalaman kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak! Best sangat lagi2 tak payah keluarkan duit apa pun hihi ;)

      Delete
  3. tak sampai kaki nak jejak Hatyai lagi..walhal dekat je kalau balik kg husband...InsyaAllah..soon eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Nanti sampai la ke situ hehe :)

      Delete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)