Assalamualaikum w.b.t.
Holla, gais! Apa khabar semuanya? Hopefully korang semua berada dalam keadaan yang baik baik sahaja. Hungry people? Pernah dengar tak? Hah, orang yang lapar? Tak la. Nama penuh (mengikut dalam IC?) dia ialah Hungry People Fresh Food Mart. Fuhhh panjang bebenor. Dah namanya mart. Mesti la nama kedai kan hehe. Hungry people ni macam ala-ala family mart la. Cuma lain parents hihi.
Kedai ni baru je wujud rasanya. Sejak tahun lepas gitu. Nad pun almost terlupa kewujudan dia. Padahal ada je haa kat depan office. Tu la kau. Tak habis habis pi tempat yang sama je. Seriously, kedai ni betul betul terletak bersebelahan dengan Family Mart. Actually, plan asal nak makan ramen Family Mart yang baru je keluar tu. Tup tup macam tak ada je. Keluar la balik dari Family Mart tu.
Then, nad masuk la kat kedai sebelah. Sumpah weh terkejut gila. Sebab apa? Sebab majority makanan dah habis. Barang yang dijual pun lebih kurang macam kat Family Mart. Round round la kat Hungry People tu. Nak tengok aiskrim dia yang famous tu. Alaa aiskrim daim la, oreo la, toblerone la. Tengok je la dulu. Pandang kat area sebelah, tetiba "eh, ada makanan lagi la". Rezeki la ni kot.
Belek punya belek, nad grab la makanan tu. Untuk nad makan seorang. Perut pula minta diisi. Ternampak la ada sticker tertampal kat atas makanan. Ada 30% discount. Harga asalnya RM 6++ gitu. Tak ingat berapa harga asal. Tak apa tak apa. Kita bayar je dulu eh. Masa tengah scan tu, wow! Memang betul ada discount la. Jimat jimat. Expired date pula hari ni. Tak kisah la. Janji dapat jimat duit.
Makanan yang nad grab waktu lunch tadi
Sticker pun comelnya lahai
My first impression, ingatkan tak kenyang makan benda alah ni. Sekali, amik kau. Kenyang nak mampuih. Menyesal ikut nafsu yang entah apa tu. Rasa dia ada masam masam sikit. Ayam dia banyak kot. Kalau kat Family Mart, nasi macam ni boleh cecah lebih RM 10 gitu.
Gambar ihsan dari uncle google
Location :
No. 16G, JLN PJS 11/28, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Malaysia
14G, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Malaysia
For more info, click HERE