Assalamualaikum w.b.t.
Holla, gais! How's your weekend? Dah lama rasanya menghilangkan diri dari sini. Bila buka dashboard, pergh berduyun comments yang kena approved. Terima kasih la ye sebab sudi drop comments kat blog yang tak seberapa ni hihi ðŸ¤
For your information, nad ada interview pada Selasa lepas which is on 13 August. Nad ada share kat previous entry. Pada hari Selasa tu pula, nad ada 2 interview. Kat Pasar Seni dengan Bangsar. Pagi pagi lagi nad gerak dengan abah ke Pasar Seni tu. Awal la juga nad sampai sampaikan sempat lagi makan roti hehe.
Then, 5 minit sebelum pukul 9 tu nad dah naik ke bangunan company yang first tu. Rupa-rupanya company tu merupakan recruitment agency. Sampai je kat sana, kena isi borang dulu. Staff chinese yang sambut nad pun peramah gila. Tunggu kejap then staff tadi tu pun interview la nad. Interview santai santai je.
Dia cakap yang resume yang nad send through website lagi better dari yang by hand punya. Hahaha nad ada lebih kurang 4 set resume yang berlainan. Yang nad bawa tu resume in 1 page only. Dia cakap lain kali bawa je resume yang lagi satu tu. Jimat ink sebab resume 1 page tu consume ink colour 😅 I thought interviewer suka resume yang ringkas ringkas je. Dia tanya la pasal background study, kenapa nak kerja dalam position tu eventhough tak related dengan course etc. Nad pun jawab dengan jujur je la kan. Siap boleh gelak gelak lagi dengan staff tu hehe.
Staff tu cakap setakat ni tak ada position yang sesuai dengan expected salary yang nad minta dengan location yang nearby dengan tempat tinggal nad. I was like "okay". Dia akan call if ada vacancy yang sesuai. Tup tup petang tu nad dapat call suruh pi interview kat PJ esok. Email pun masuk tapi nad tak check details pun. Just tengok dari notification je. Sumpah staff kat sana friendly dan ada effort nak bagi nad kerja juga.
Long short story, nad pi interview yang kat Bangsar tu lepas habis je interview kat recruitment agency tu. Nasib baik sempat masuk untuk 1st session. Masa nak pergi tu, tetiba nad perasan yang duit nad tercicir. Aduhh menyesal pula tak letak dalam purse. Letak dalam poket je. Call abah and then a few minutes later abah sampai semata-mata nak bagi duit kat nad je. Rasa terharu la pula sebab abah sanggup keluar dari office bagai. Then, nad pun gerak ke Bangsar naik LRT. Turun je LRT, jalan sikit dah sampai ke menara company tu. Sekejap je dah sampai.
Masuk je company tu, kena tulis details kat logbook. Isi application form and then mereput tunggu giliran. Tunggu punya tunggu, tiba juga turn nad. Interviewer nad kali ni staff perempuan Melayu. Nad punya interview session kejap je sebab nad make it short. Tak ada mood sangat sebenarnya. Interviewer cakap la kat nad yang nad sebenarnya bagus, bukannya tak bagus. Yang spoilnya nad ni A to A person. Bukan elaborative one la. Dah position tu pun nad tak berapa minat sangat. Main apply je. Rupanya position tu kena ada level critical thinking yang tinggi bila deal dengan client. Keluar je dari situ, nad dah redha habis dah sebab memang takkan dapat kerja tu hahaha 😌
Keesokan harinya, nad kena pi interview eventhough penat semalam tak hilang lagi. Nad gerak lambat sikit sebab interview pukul 9.30. Naik LRT dari Pasar Seni sampai PJ. Rupanya company tu dekat je dengan tempat intern nad masa diploma dulu. Memang dah familiar la dengan tempat sana. Unfortunately, nad stuck tunggu bas rapid KL lama sangat kat PJ tu. Sampaikan staff recruitment agency tu call nad tanya kat mana dan inform interviewer yang nad lambat sikit. Sumpah la cuak sebab nad jarang gila tak punctual. Terpaksa la korbankan duit pi naik grab. Nak cepat punya pasal 😪
Sampai je sana, nad tanya la kat akak receptionist tu. Baik gila akak tu. Staff yang sambut nad tu pun baik. Siap boleh borak borak lagi sementara nak tunggu bos department datang. Lepas je interview tu, ada test session la pula. Nasib baik nad boleh buat. Staff tadi pun tolong nad sikit. Terharu kot haha. And guess what? I've got that position. Position as temporary clerk / admin. Walaupun sementara je untuk 2-3 bulan, tak apa la. As long as boleh bayar yuran convo nanti. Alhamdulillah. At least tak tanam anggur. Bosan kot tanam anggur lagi. Nad dapat tahu yang nad dapat position tu masa otw balik ke KL. That's why la nad menghilangkan diri lately ni. Busy kerja meh. Nanti nad share pasal kerja nad kat next entry ye. Hopefully ada la orang yang sudi nak baca. Sorry la kalau entry kali ni quite long 😂